Parasit

Salam admin tolong hide nama fb saya..

Cerita ni pengalaman saya hampir setahun sebab tak lama lagi birthday saya (takkan lupa pengalaman pahit ni seumur hidup) ianya bermula pada tarikh birthday saya tahun lalu
Ceritanya begini, saya boleh katakan KAWAN YANG PARASIT.

2 tahun yang lalu, saya masih ingat waktu tu, saya dan mak sarapan kat kedai roti canai, kebetulan K dan keluarganya pun makan sekali kat situ. Dah habis makan mak K (saya namakan kawan parasit saya ni sebagai K) tanya saya, kat tempat kerja ada tak kerja kosong. Kebetulan time tu memang tinggal saya sorang staff. Sebab staff lagi sorang dah berhenti. Saya pun utarakan K untuk bekerja dengan saya. Untuk pengetahuan korang, tempat kerja saya ni kedai accessories wanita, tapi disebabkan bos selalu ke luar negara, jadi bos jaranglah turun tengok kedai.

Masa setahun saya kerja tu, kedai bos suam-suam kuku, pelanggan ada yang datang, tapi pendapatan setiap hari tu biase biase ajelah. Tapi disebabkan saya kerja ikhlas, jadi saya pegang betul betul amanah yang diberi. Urusan kedai dari awal pagi hinggalah malam sayalah yang uruskan.

Oh ye bos duduk dekat hq, kawasan timur. Kat timur bos bukak cawangan hq, jd kedai yang saya uruskan ni memang bos jarang turun, (monitor dari cctv je). Sebenarnya sebelum ni bos mmg rajin turun, sebab hubungan saya dengan bos macam adik dan abang. Jangan salah paham ye sebab bos dh rumahtangga dan wife dia pun saya dah anggap macam kakak sendiri. Tapi sejak kawan saya yang parasit tu buat macam macam, saya tak pastilah dia guna ape kat bos sampai sekarang ni kedai yang saya uruskan macam dianaktirikan. Berkali kali saya mintak stok yang semakin surut tapi takde tindakan dari bos. Tapi saya fikir ni kedai dia, tak apelah biar bos je yang decide sendiri.

Sejak K mula rapat dengan bos, apa-apa maklumat bos inform pada K, mulanya saya rasa pelik kenapa bos tak beritahu saya sendiri, tapi saya jenis malas ambil port, saya abaikan jelah. Lama lama macam-macam yang berlaku. Bos mula marah marah saya tanpa sebab, bos potong gaji saya, alasan dia saya malas buat kerja, sedangkan demi Allah dia boleh tengok macam mana saya buat kerja dari cctv. Orang sekeliling yang kenal saya akan tahu saya ni jenis yang perfectionist dan workaholic. Lagipun sepatutnya majikan tak boleh potong gaji terus, saya berhak ditegur dan diberi amaran. Tapi saya rasa sedih sangat sebab bos terus potong gaji saya. Kadangkala saya macam dapat rasa yang bos nak saya yang berhenti. Tapi ada sebab sebab yang saya tak boleh nak explain kenapa saya masih bertahan. Ada jugak rasa nak mengadu di pejabat buruh, tapi saya fikir tak de guna pun sebab bos boleh buat ape saje untuk belitkan fakta.

Sungguh saya menangis semahunya bila dapat tahu gaji saya kena potong sebab saya tak sangka K yang saya bawak masuk kerja boleh tikam saya sampai macam tu. Saya dapat tahu semua ni berpunca dari K pun sebab dari sumber yang dipercayai. Lepas dari saya tahu tu saya tanya betul-betul dekat K kenapa buat semua ni dekat saya. K mengaku dan minta maaf. Tapi lepas daripada tu, saya dapat tahu K semakin angkuh dan berani. Semua cerita staff luar dan dalam dia inform pada bos.

Dari sumber yang saya tahu juga, K dapat naik gaji sebab K dah di transfer ke hq, sedangkan dulu masa minta kerja dengan saya, alasan K nak dekat dengan family sebab adik-adik dia masih kecik-kecik dan semuanya masih sekolah. Kadangkala saya simpati dengan K sekeluarga, tapi bila dapat tahu apa yang die dah buat, saya sebagai manusia rasa marah dan geram.

Depan saya dan family saya K sangat baik, seolah dialah malaikat. Sekarang dia dah berpindah ke hq, semua staff dah mula pelik dengan perangai dia. Staff yang lama-lama semua dia nak kick dari bekerja. Betapa liciknya K sampai dia boleh buat bos backup dia walaupun dia salah. Sekarang wife bos pun dah takde tegur saya, apatah lagi telefon. Semuanya K je yang jadi wakil call dan tanya tentang kedai.

Setahu saya kebanyakan staff mula rasa nak quit je dari company bos. Saya dah lama berhasrat nak berhenti, tapi disebabkan saya dah biasa kerja kat situ, dan ada sebab lain jugak, saya cekalkan hati. Tapi saya sentiasa berdoa supaya saya dapat rezeki kat tempat lain yang lebih baik.
Sebenarnya saya kasihan dengan bos sebab dapat penasihat macam K tu, kadangkala idea idea yang dia sugest sangat tak memberangsangkan. Harap semua pembaca dapat ambil iktibar dari cerita saya. Walaupun saya rasa banyak bahagian yang saya skip, tapi cukupla untuk ambil iktibar.

Kalau kita tak dapat membantu kesenangan orang lain, usahlah kita menambah kesusahan orang lain.
Sekian luahan dari saya.

#luahandarilubukhatiyangdalam

– Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit