Parenting Kak Senah

Assalamualaikum

Aku emak kpd 3 org anak perempuan. Actually aku nak dengar comment tentang parenting pd masa sama aku nak sharing…

Masa awal2 dulu anak sorang…aku berazam nak jadi mak yg selalu bagi positive vibes kat anak. Zaman aku dulu dibesarkan mak aku susah nak puji anak…almost zero. Asyik kena marah…kena perli…kena ejek adalah. So aku sebagai anak rasa aku nakkan mak yg boleh memahami dan jd pendorong aku…

Aku selalu puji anak aku…dan protective kalau ada yg nak memperlekehkan anak aku…walaupun masa tu dia 3-4 tahun…dia seorang yg konfiden… but then aku perasan anak aku jadi over konfiden. So aku try revise balik cara aku

Aku perhatikan …yg dekat dengan aku…dan juga yg jauh. Some parent yg selalu puji anak, yes…anak2 become independant, confident, tahu matlamat. But actually they might not see… tak dapat bezakan yg baik dan yg buruk… susah terima kritikan orang lain sebab rasa diri mereka betul. Parent sendiri puji, sokong mereka… so tak ada apa yg salah. Walaupon sebenarnya benda tu salah… contoh paling ketara adalah aurat, pergaulan bukan muhrim. Bagi aku they lost… sebab parent tak bagi guidance yg betul…mungkin sebab parent terlampau sayang anak…takut anak kecik hati…dan sebenarnya aku kesian kat budak, rosak budak tu tanpa disedari

At this point… aku renung balik cara mak aku besarkan anak2.. ye kami low confident..walaupun berjaya dlm pelajaran…but actually we know…apa yg betul apa yg salah. Bila kami buat salah…mak akan terus tegur on the spot. Baik aurat, pergaulan, tingkah laku, kerja2 rumah. So walaupon kecik hati…tapi tau mak tegur apa yg kena betulkan. Kami pun dah ada akal..boleh fikir. Sebab apa yg mak tegur…samalah dengan apa yg cikgu/ustaz/ustazah ajar kat sekolah. Kalau pegi rumah orang…mak terus tegur adab kami depan2 tuan rumah. Biasanya tuan rumah pulak yg serba salah… jadi kami beringat la nak buat perangai tak senonoh dan mengada2

Bila anak aku 3-4 tahun tu aku tengok dia over konfiden.anak besar tu tak berapa faham kita melarang…bagi diorang nak main je… tp aku tak senang duduk tengok dia over konfiden. So aku mula melarang apa yg patut…in a good way.. budak..walaupun kau rasa dia kecik lagi…actually bila kita cakap elok2…dia faham punya. Mungkin kalau dia tak faham atau memberontak…itu mungkin cara kau approach tak betul. Gertak dia ke marah tetiba ke…

Aku try explain…bisik kat dia bila masa dia nak tido…anak ni lagi dengar cakap bila kita nasihat dgn rendahkan tone. Drpd menjerit tak tentu pasal. Jerit tu boleh la…masa dia tgh seronok main, just to get their attention. Lepas tu dia dah fokus kat kita, takut kena marah ke..betulkan la balik tone suara tu..jangan la balun dia nak lepas marah kita pulak

After practising this… anak aku yg sulung sekarang 6thn…mmg ramai cakap dia sopan, tau hormat orang tua.. kat sekolah pun dia tau bezakan good friend and bad friend…apa perangai dan adab2 sebenarnya yg sepatutnya kena ada

Aim aku adalah supaya anak aku mumayyiz…maksudnya boleh berfikir sendiri. Aku apply konsep mendorong dan mencegah. Apa yg baik aku dorong…apa yg salah aku cegah…. bila dia dah 6thn, makin boleh berfikir, aku explain la kenapa sesuatu benda tu aku dan suami benarkan…kenapa kami tak benarkan…dia boleh faham. Aku dan suami puji bila perlu…bukan puji sepanjang masa… hehe taknak la jadi macam aku yg dahaga pujian dari mak hahahha. Nak tegur anak pun ada adab tau…bukan boleh perli, herdik mcm mak aku buat hahahaa…

Aku percaya…kita as parent boleh guide sahaja…at last apa sahaja yg anak nak buat, itu adalah atas pilihan dan kehendak mereka sendiri…kalau ikut aku nak memberontak dgn mak dulu boleh ja, tapi kita tau la kita salah hahahha…asasnya kita bagi anak tu ilmu dan pendidikan. Supaya dia tau pertimbangan betul atau salah…
Kalau suatu hari nanti…Allah tarik hidayah anak , ya kita tak mampu nak melawan…at least kita dah sediakan la apa yg patut utk anak

Mungkin la cara aku ni korang tak setuju…aku okey la korang nak kecam ke apa…aku terima..aku just nak tau pendapat korang

Utk makluman korang…anak kedua dan ketiga tak sama la dgn anak pertama.. bagi aku setiap anak dilahirkan sebagai individu berbeza . So takde istilah cara parenting nak kena sama dgn semua anak… aku kena adjust juga utk no 2 dan no 3. Sebab yg no 2 ni nakal sket…hehe. yg no 3 manja dan sensitif …

– Senah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit