Parenting Tips

Saya sekadar ingin berkongsi tip mendidik anak berdasarkan pengalaman sendiri, pemerhatian, dan pembacaan. Saya tidak ada degree dalam psikologi kanan-kanak tapi bekerja dgn kanak-kanak dgn kerap.

Saya berumur hujung 20-an, anak sulung, ada adik2 yg kesemuanya lelaki. Telah berkahwin dan mempunyai anak2.
Saya juga sedang berusaha belajar dan mencari formula terbaik untuk mendidik anak2. Lebih2 lagi pada hubungan adik beradik kerana saya mempunyai krisis sendiri dgn adik2.

1. Didik anak hormat harta awam dan harta orang lain.
Semasa saya seorang kecil, saya mempunyai beberapa barang yg sangat saya sayang. Biasanya ia adalah mainan yg berharga kurang dari dua ringgit yang dibeli menggunakan duit sendiri ataupun hadiah pemberian kawan2. Kadang2 ianya alat tulis atau barang2 yg dijual di kedai buku. Tapi sebagai anak kecil, setiap barang yg kita ada itu mempunyai ‘sentimental value’ atau ’emotional attachment’ yg sangat kuat. Mungkin sebab kita tidak banyak harta berharga, maka apa yg ada itu sangat mahal rasanya. Dan saya ada adik yg sangat cemburu pada koleksi harta berharga itu. Dia akan curi dan simpan jadi dia punya walaupun itu mainan budak perempuan. Saya selalunya akan marah dan bergaduh dengan adik dan bapa dan emak selalunya akan menyuruh saya mengalah dah memberi mainan itu kepadanya. Sejujurnya saya memberontak di dalam hati walaupun saya tidak zahirkan di hadapan bapa dan emak. Saya rasa sangat terkilan. Kesannya sekarang saya akui saya sangat kedekut terhadap adik beradik kerana dari kecil lagi harta saya telah banyak ‘dikorbankan’ kepada adik beradik atas dasar mengalah. Saya masih menyimpan rasa terkilan hingga ke hari ini.
Sebagai ibu bapa bersikap adil lah terhadap anak2. Walaupun terhadap anak sulung. Jangan terlalu kerap menyuruh anak mengalah. Ia mungkin konsep diluar pemahaman dan logik anak. Tetapkan peraturan di rumah agar setiap anak tidak mengambil hak anak yang lain. Ajarkan anak untuk menulis nama pada barang2 dan mainan kepunyaan. Dan sediakan mainan untuk kegunaan semua orang iaitu ‘public property’. Ajarkan anak untuk menjaga mainan hak bersama, mengemas dan anak didenda jika berlaku kerosakkan pada barang2 di dalam rumah yang diwartakan sebagai public property. Ajarkan juga anak untuk menghormati ‘private property’ dan sentiasa meminta izin sebelum meminjam barang adik beradik yang lain. Apabila anak terdidik untuk menghormati barang2 yang bukan miliknya dia akan membawa akhlak ini di luar rumah apabila bergaul dengan rakan dan menjaga harta awam. Jika terdapat baju, beg atau apa2 barang anak yang tidak muat atau tidak lagi dipakai dan ingin diberikan kepada adik beradik atau didermakan, tanya dulu anak tersebut supaya dia boleh berlapang dada melepaskan barang yang mungkin berharga padanya.

2. Didik kebersamaan melalui makan
Kebiasaannya jika kita berhenti di stesen minyak atau pergi ke pasaraya membeli barang dapur mesti anak2 akan meminta dibelikan snek. Kadang kala kita membelikan setiap satu anak snek yang berlainan. Mungkin boleh diubah pendekatan ini. Kita akan membelikan snek dengan syarat anak perlu memilih satu snek yang boleh dikongsi bersama semua termasuk ibu bapa. Letakkan syarat jika bergaduh memilih snek, kita tidak akan membeli apa2. Juga boleh berikan keistimewaan memilih kepada anak yg telah melakukan sesuatu dgn baik sebagai ganjaran. Secara tidak langsung kita mendidik anak untuk berkongsi dan bertolak ansur. Anak2 juga lebih ‘aware’ terhadap minat dan kesukaan adik beradiknya. Selain itu, amalkan makan di dalam talam bersama2. Jika anak2 lebih dewasa, boleh dibudayakan masak bersama2 di hujung minggu. Selain itu, kita boleh menjadikan makan diluar sebagai ganjaran jika anak2 melakukan kerja2 urusan rumah bersama2 dan menyambut kejayaan anak2. Jadi anak2 akan lebih berkerjasama dan saling menyokong satu sama lain kerana mereka dapat berkongsi ganjaran dan kegembiraan. Pada zaman ini kita mungkin lebih mewah dan tidak berkira dengan anak2 soal makanan. Namun kita boleh cuba bermain dengan strategi2 untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui makan.

3. Berlaku adil dalam menghukum.
Jika anak2 bergaduh, jangan hanya meletakkan kesalahan pada anak yang lebih tua dengan alasan dia lebih tua dan sepatutnya lebih matang dan boleh bertolak ansur. Sila jangan melakukan kesilapan ini. Jika anak yang lebih tua hanya baru berusia 6 tahun, adakah logik untuk meletakkan kesalahan hanya pada dia dan menyuruh dia bertolak ansur? Siasatlah dengan teliti siapakah dan apakah punca pergaduhan dan berikan hukuman yang adil dan wajar. Menghukum anak yg lebih tua dan meletakkan kesalahan hanya padanya akan membuatkan anak itu menyimpan dendam dan rasa tidak puas hati dalam diam. Kelak apabila dia dewasa, dia mungkin akan menyimpan kebencian dan rasa tidak senang terhadap adik beradik. Sejujurnya, itulah perasaan saya terhadap adik beradik. Akibat terlalu banyak pergaduhan yg gagal dileraikan secara adil dan bijaksana pada zaman kanak2 saya, sekarang saya tidak langsung merasa kebersamaan dengan mana2 adik beradik. Bahkan saya merasakan bahawa mereka ini menyusahkan sahaja. Dari kecil saya rasa dibuli dan tidak dihormati oleh adik2 dan sekarang saya rasa seperti tidak mahu ada kaitan apa2 pun dengan mereka. Dari kecil sampai besar asyik menyusahkan saya. Jadi tolonglah, ibu bapa gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mengadili anak2 jika bergaduh. Jangan berat sebelah kepada mana2 anak. Kelak anak itu akan dicemburui bahkan tidak disenangi anak yg lain.

4. Assign buddy pada anak2
Ini merupakan idea yang saya dapat dari menonton rancangan tentang mat saleh yg mempunyai hingga 20 orang anak. Oleh kerana anak mereka ramai, setiap anak yang lebih dewasa akan dipasangkan dengan anak yg lebih kecil. Anak yg lebih tua akan membantu menguruskan ‘buddy’ yang ditetapkan kepada mereka. Jika pergi berjalan di tempat yg ramai orang, mereka akan berjalan bersama buddy masing2. Setiap pagi sebelum ke sekolah, buddy akan membantu memastikan pasangan bersiap dengan rapi. Di samping meringankan beban ibu menguruskan anak, ianya dapat membina hubungan rapat antara adik beradik. Sangat penting untuk ibu bapa menghargai usaha mereka dan jika ada kekurangan dalam mereka membantu, ajarkan cara yg betul tanpa menghukum mereka.

5. Solat berjemaah.
Berdoalah dengan kuat dan boleh didengari seluruh keluarga ketika memohon keluarga dilimpahkan dengan rasa kasih sayang dan jika anak baru bergaduh sebutkan nama anak2 doakan mereka dilapangkan dada untuk saling memaafkan jika masih belum selesai.

Semoga anak2 kita sentiasa mempunyai rasa keterikatan dan saling sayang menyayangi.

– Ibu NF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit