Patutkah Dia Disayangi

Patutkah Dia Disayangi

Assalamualaikum semua. Kalau tengok tajuk, dia merujuk kepada salah seorang adik beradik aku (abang) . Aku berasal dari 7 adik beradik dan abang ada seorang saja. Ringkas mengenai kelemahan abang, dia ni seorang yang tak suka sosial, panas baran. Tak ramai kawan takpa ini sampai benci membenci (dia anggap ayah kami macam musuh dia). Tak tahu mana silap. Memang mak kata dari kecil lagi abang tak suka ayah. (Ujian ALLAH nak bagi mungkin) .Pada dia, apa yang ayah buat, semua silap semua nya berdosa bagi dia. Dia selalu salahkan ayah kenapa hidup dia begitu puncanya ayah, ayah tersalah didik dia , ayah tak sayang dia, semua nya salah pada mata dia. Ya, mungkin aku tidak tahu apa masalah hatinya kenapa dia terlalu berdendam dengan ayah.

Kalau berdendam sahaja tidak mengapa, ini tidak. Apa yang tak kena pasti akan mengamuk. Barang barang dilambung. Sebab itu,Aku tak suka duduk di rumah. Kalau dia ada di rumah dia memang akan cakap pasal keburukan ayah. ‘ ni ayah la ni, buat ni. Buruk. Dan macam macam ‘ . Semua nya dia akan share dengan mak. Mak mampu diam sajalah. Kalau pertahankan ayah, mesti abang mengamuk. Menanah telinga dengar. Kalau ditegur, makin baranlah dia. Seperti api yang dah ada, kita tambah tambah pula minyaknya. Dia akan mengamuk dan mengutuk ayah time ayah tiada di rumah. Boleh bayangkan, keselamatan kami perempuan perempuan di rumah?

Aku bukanlah taknak tolong keluarga aku daripada masalah ini. Tapi, aku buntu mana aku nak start. Dari segi perubatan hospital dah cuba, perubatan islam pun dah cuba. Berdoa? Bukan nya tak berdoa, selalu berdoa , selalu buat solat hajat. Aku tahu kalau bukan abang yang ubah diri dia, siapa lagi . Masalahnya, dia tunggu hidayah, hidayah yang mampu ubah dia. Kami bersabar, kami menangis, kami rasa itu dan ini, Sebab aku tahu, di akhir nanti akan ada pelangi yang muncul. Tapi tak tahu bila.

Cuma sekarang ni aku sedih. Dengan tindakan abang yang macam tu,Jadi secara automatik, aku jadi benci kat abang aku. Aku takrasa yang dia lelaki yang baik. Aku menyampah kalau ada dia. Aku tak rasa yang dia perlu disayangi. Apa yang dia buat kat ayah , aku rasa itu karma. kami adik beradik rasa benci dengan dia. Memang takkan cakap dengan dia. Ramai je yang nasihat cuba dekati dia, faham masalah dia. Aku tak boleh. Tak boleh nak rasa rapat dengan dia. Kami tak bercakap. Kalau bercakap, sah sah kami yang sakit hati. Bila nak cakap, aku terbayang apa yang dia buat. Kalau boleh aku taknak dia ada di rumah.

Mungkin ini masalah kecil bagi orang lain, tapi aku rasa ini berat tambah melibatkan mak ayah. Mak ayah bukan nya makin muda. Tapi abang takhabis habis menyusahkan mereka. Betul lah, apa yang kita rasa orang tak kan faham . Benci kami kat abang aku tak ada orang faham. Benci abang dekat ayah , takda orang faham.

Patut kah abang disayangi? Sedangkan diri dia tak menyayangi orang tua nya. Betulkah apa yang aku rasa? Senang cakap tapi susah nak buat.

Jadi, aku confess kat sini bukanlah untuk menyalahkan takdir. Cuma aku agak down. Kebelakangan ni, aku serabut, aku letih ,penat. Mak ayah lagi lah. Boleh tak pembaca pembaca bagi kata kata semangat kat aku. Apa apa aja, mana tahu kata kata kamu semua boleh runtuhkan ego benci aku. Kan?

– Jia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit