“Pegi Mati!”

“Pegi Mati!”

Hari ni dalam sejarah aku sound abang bawak van dekat jalan raya.

Mulanya, abang tu hon hon dekat aku, van dia dekat gila dengan belakang aku, pastu aku pon terkejut beruk atas moto tu. Aku pon bagila laluan dengan segala hormatnya van besar nak lalu ye. Yela, jalan punya besar ada tiga lane untuk kau potong, tapi lane paling kiri jugak yang dia nak. Dia sound aku apa tau, “NAK BAWAK MOTO KE NAK MAIN PHONE!” Pergh marah sangat tu bang. Chill chill.

Ok, mesti korang macam, “ha memang salah kau la pegi main phone masa bawak moto. Bahaya tau tak??” First, aku tak main phone, aku tengok waze masa tu. Tengok pon dalam 2 saat je. Nak suruh berhenti tepi dulu?? Sorry masa tu memang takde tempat nak berhenti kat tepi. Kalau aku berhenti kat tepi, memang banyak la kenderaan yg hon aku masa tu.

Second, aku dah siap2 pegi lane kiri sebab aku maybe akan slowkan sikit moto aku, walaupon aku tak slow sangat pon masa tu. Tapi tak taula pulak ada jugak kenderaan laju ikut lane kiri, dan dia tak nak potong aku dan memilih untuk hon dan suruh aku ke tepi. Dia tak ada niat pon nak masuk simpang kiri ke ape ke sebabnya aku nampak dia jalan terus je (simpang ke kiri tu lagi 500 meter ke depan ye). Lepas tu aku terpikir, kalaula pakcik2 ke, makcik2 ke yg bawak moto slow gila masa tu, adakah dia nak hon macam tadi jugak dekat penunggang yang bawak moto slow di LANE PALING KIRI??

Lepas je aku bagi laluan kat dia, depan tu ada traffic light, and dia mcm slow sikit. Aku pon balas balik, “Rilek la bang, saya tengok waze tadi,” Hahaha korang tau dia cakap apa kat aku?? “Pegi mati!” Sungguh negatif dan laser mulut abang ni. Aku tak kisah kalau orang hon aku kat jalan raya, sebab aku faham pegang fon atas moto memang bahaya, tapi orang bijaksana cakap, hati-hati dengan kata-kata sebab kadang ianya lagi tajam dari pedang.

So, ini bermakna dia hanya bengang kat aku sebab aku MAIN phone atas moto. Bukan aku nak tunjuk hebat eh bawak moto sebelah tangan, tapi sebab jalan kat KL ni sangat mengkonfiuskan, dan aku memerlukan waze untuk decide jalan mana yang aku patut ikut. Jadi para engineer, tolong la come up with something untuk memudahkan penunggang moto guna apps mcm google maps atau waze ni. Aku bawak moto scooter dan ada poket moto tu, jadi bagi aku dah cukup senang untuk aku grab phone dan letak balik lepas tu. Tapi still susah jugak sbb akan ada orang yg salahkan aku sebab pegang phone masa bawak moto. Kami pon nak tengok waze jugak. Jangan disebabkan mat rempit yang segelintir, semua penunggang moto korang pandang serong. Rider moto ni banyak tau benda nak kena buat, nak fokus dekat jalan, berpanas, nak tengok waze, nak balancekan moto lagi (hahahahaha, k gurau).

Tu jela, benda nak tekankan, nak sedarkan pihak ramai kalau korang ada nampak rider yang tengok fon masa bawak moto tu, just hon untuk ingatkan dia. Tak payah la nak keluarkan kata2 kesat. Mungkin masa tu orang tengah tengok waze untuk tentukan keep left ke keep right ke. Hehehe kadang waze ni pon lembab nak decide, sampai aku terlepas la simpang nak masuk tu.

– cik rider

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments