Pekerja Melayu dan Negara Lain

Semalm saya dan beberapa kawan saya telah pergi ke satu pejabat bank di bandar KL. Bank itu merupakan bank korea. Kami ada urusan di situ disebabkan masalah kad kami semasa kami exchange student ke korea semester lepas. Kiranya cerita dia , kami buat kad kat sana tapi orang sana tak active kan international banking (sebab masa buat tu memang tak reti cakap korea so takda la mintak dorang activate kan international banking) So bila nak keluar duit dari Malaysia dah tak boleh. Sebab tu kami pon cari representative office bank tersebut di malaysia dan membuat keputusan utk pergi ke bank tersebut dengan harapan masalah kami dapat diselesaikan dan duit kami dapat dikeluarkan.

Padi kali pertama kami kesana, kami terus handle dengan boss dia, memang orang Korea tulen la, english dia pon pelat bebenau sampai memang kena pasang telinga. Nasib kami semua memang dah biasa dengan english-korean punya slang so kami boleh faham and sembang sikit2.

Sebelum tu saya nak cakap yg ini bukan cawangan bank dia. Ini hanyalah representative office kepada bank tersebut. Bank tersebut tiada cawangan di malaysia. Terdekat ialah di Singapore. Si boss ni, (nama dia Mr Kim lah katakan) Mr kim ni tersangat lah baik. Dia kata memang dia tak dapat nak bantu masalah kami sebab the only way is to go back to Korea and activate the card itself. Which is not possible for us sebab kuliah tak habis lagi, duit apatah lagi kan? Tapi dosebabkan Mr Kim ni tersangat lah baik dan sangat cuba untuk membantu, dia memang tolong kaw-kaw punya. Dia siap tolong buat international call ke Korea guna private phone dia! Saya rasa kalau international call mahu kena beratus ringgit tu. Kami pulak bertiga, memang lepas sorang cakap, pass dekat orang sebelah sampai lah org yg ketiga. So memang rougly kami on call dalam satu jam setengah jugak la. Berapa la kena bayar bil tu agaknya . Last2 masalah tak selesai jugak sebab org yg on call tu mintak number buku bank which kitorang tak bawak and tak igt pulak.

Tapi Mr Kim tu beriya bagi number direct ke international call tadi and dia kata if kami still ada problem nanti just contact him and dia pon bagi number Malaysia dia.

Dijadik kan cerita, 2 minggu lepas tu since masalah tak selesai lagi, kami pon tekad nak kembali ke office bank dia. Tapi kali ni kami buat appointment siap-siap sebab dah ada contact number Mr Kim. Kami contact Mr Kim and dia ingat kami! Dia even ingat tempoh last kami jumpa dia which is 2 weeks time. Tapi malangnua Mr Kim outstation pada hari appointment tersebut. Walaubagaimanapon Mr Kim kata dia dah pon bagitahu secretary dia pasal kami and dia dah suruh secretary dia tolong kami. Kami pon macam “alhamdulillah at least ada secretary dia”.

Esoknya… kami pon gerak la ke pejabat tu. Tengok-tengok secretary dia org melayu.. perempuan.. bertudung. Kami ketuk pintu, kami bukak pintu… secretary tu dah buat muka kelat. Muka mcam taknak layan, (mentang2 la kami bawak beg galas lepastu muka penat abeh kelas) dia pon terus menonong tanya “siapa yg contact saya semalam eh? Saya dah bagi nombo kan? Ada try call tak?” (Kawan saya ada contact secretary ni and secretary ni bagi contact number international call tu tapi kawan ada try call tapi tak lepas2). Kami pon cam semua tengah berdiri waktu tu so dia suruh duduk “ha duduk la, kerusi ada satu je. Tak cukup” dengan muka kelat and suara ketat. Masatu aku dah macam “apehal dia ni macam taknak layan kitorang ni, kerja kau kot, layan je la nak taknak kau dapat duit jugak bukan rugi pon”. So kawan saya sorang ni duduk la and start cerita yg dia dah try call guna nombo sendiri and nombo rumah tapi dua-dua tak lepas and bagi mesej tiada dalam perkhidmatan.

Lepas dengar semua ni secretary tu pergi call TM punya number. Lepas dah reach tu, dia cakap “hello kalau saya nak buat international call ke koreA, macam mana boleh saya buat ye? Sebab saya dah cuba tapi dia bagi mesej tiada dalam perkidmatan”

Lepastu TM tu mintak nombo rumah yg nak try call ke korea tu so secretary pass la phone tu ke kawan saya ni. Lepastu lama jugak la kawan saya cakp dengan org TM tu. Org tu kata telepon rumah kalau nak buat international call kena tukar idd. Nak tuka idd kena owner telephon rumah tu datang menara TM kat kl tu utk daftar idd. Ha bila secretary tu dgr mcmtu dia macam nampak happy sikit. Seronok la kot bila tahu kami dah tak dapat nak dibantu so dia boleh buat keje dia (main phone je pon). Arghhh stress aku!
Masa kawan saya still on call sengan orang TM tu, secretary ni sebokkk dok main phone, lepastu tiba2 ada org call, dia angkat. Dia kata “ha sekarang ni dalam office tengah ada orang, tunggu bawah eh” masatu saya dah mcm rasa dia nak blah kot ni nak dating ke apa ke. Sebab memang lepas call tu dia bangun and start kemas meja, collect buku and amik phone. Lepastu bangkai dia boleh cakap kat kawan saya yg tgh sibuk on call dengan org TM tu “ha adik cepat sikit eh , akak nak keluar”. wtf?? Mind youu masatu baru pukul 3.40!!!!! Office hour belum habis lagi!!!!!!!

Masa tu saya sumpah dah bengang and annoyed. Ye betul kami student tapi so what? Ni urusan kerja so pls la jadi professional. Dia layan kami ni macam kami budak2! Saya sangat disappointed dengan work ethic dia dan sebab tu rasa nak confess tu.

Lepas dia cakap macamtu, kawan saya pon terus letak phone tu and kami pon keluar dari office dia. Bila dah jauh sikit kami pon cakap la rasa tak puas hati la apa la. Senang cerita kami mengutuk dia la even belum keluar building office tu.

Mesej saya sebenarnya just nak cakap, kalau kita buat kerja tu, especially kerja yg kita buat duit makan minum kita, cuba buat bersungguh2, jangan buat just sebab bos kita suruh buat. Kalau la semua pekerja melayu macamtu, sumpah malu dengan negara luar. Mr Kim tu, dah la kerja kat Malaysia, bukan negara dia, english pon tonggang langgang tapi dia berusaha nak tlg kami sebab work ethics dia sgt bagus.

Bukan dia sorang je, semua korean macamtu, masa saya dan kawan2 exchange kat korea haritu, takde sorang pon korean yg tak membantu. Semua sngat2 membantu even terang tantang kami ni muka foreigner dengan tudung belit2 bagai. Saya sgt kagum dengan dorang.

Saya harap pekerja-pekerja kita amik la benda-benda positive dari mereka. Saya tahu ramai anti korea sebab kpop segala bagai tapi cuba kita tgk the positive side sebab banyak sangat kita boleh belajar dari mereka.

Tu je lah cerita saya harini. Terima kasih kepada yg sudi membaca kisah saya huhu

-TAETAE

– 태태

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit