Pelik

Assalamualaikum admin dan kepada pembaca yang sudi baca kisah hidup aku. Menulis dengan harapan family aku terbaca dan faham kenapa aku beperangai sebegini dan sebegitu..

Umur aku 24 tahun dah berkahwin dan tak bekerja.Aku anak bongsu dari 7 adik beradik, ramai orang tak tahu kewujudan aku terutamanya orang kampung aku sendiri. Sebab apa orang tak tahu yang aku ni wujud mungkin disebabkan jarak umur aku dengan kakak. Faktor lain pulak mungkin sebab start dari form 1 aku dah bawak diri hidup kat sekolah berasrama dengan harapan yang jitu nak berdikari lah kononya.Nak dijadikan cerita.

Aku duduk asrama dari form 1 sampai lah form 6..Asrama yang sama dan sekolah yang sama.Bayangkan betapa dalamnya sayang dan cinta pada sekolah yang satu ni.Sebab perangai aku kalau dah biasa dengan yang 1 tu.Aku akan still dengan yg tu je.Dari form 1 aku duduk dorm nombor 4 sampai ke form 5 lah aku akan merayu untuk dapatkan dorm yang sama.Begitu jugak lah dengan toilet,singki,katil,loker. Mesti korang tertanya-tanya apa yang peliknya..

Waktu makan kat hostel kan bercampur aspura dan aspuri.Bila turun nak pergi dewan makan biasanya ramai budak-budak aspura akan melepak depan dewan makan tu.Kalau aku turun ramai-ramai sekali dengan kawan aku akan nyelit lah follow dorang masuk dewan makan.Kalau turun betiga atau bedua aku akan ikut jalan belakang dewan sorang2 sebab aku malu.Sebab apa aku malu,penyebabnya aku sendiri pon tak tahu.Nak kata aku ni cantik nanti orang pandang sangatlah tidak betul kenyataan ini.Sebab aku gelap dan tak pandai melawa..

Aku tak pernah keluar pergi toilet waktu sekolah dulu.Nak kata pundi kencing aku rosak alhamdulillah aku masih sihat sampai sekarang. Kalau la ada anugerah untuk pelajar yang tak pernah pergi toilet masa kelas kat sekolah aku yakin aku boleh menang.haha.Bukan lah tak pernah langsung.Ada je aku masuk toilet sekolah tu tapi untuk tukar baju kalau ada kelas jasmani.Aku ni ada masalah sengugut.Setiap bulan kalau aku datang bulan dan waktu tu tengah ada dalam kelas aku tak kan mintak keluar pergi toilet tapi mintak balik hostel terus.Sebab aku kena makan panadol dan guling sorang2 dalam dorm sampai tertidur.Kesiankan aku.Sampai sekarang sengugut aku xhilang.Kalau sesiapa yang terbaca cerita aku ni yang ada petua untuk hilangkan sengugut bolehlah tinggalkan komen..hehe..

Habis cerita toilet, nak cerita pasal kantin pulak.Seingat aku waktu form 1 dulu aku xpernah pergi kantin dan makan kat kantin.Waktu rehat aku akan duduk dalam kelas je.Kalau rasa lapar aku akan pesan kawan belikan apa-apa.Banyak sebab kenapa aku tak keluar waktu rehat.Kelas aku kat tingkat 2 so malas nak turun dan naik tangga.Sebab aku tak lapar.Sebab aku malas nak berebut beli makanan.Sebab kat hostel dah makan 5 kali sehari kot.Perut aku tak besar nak menampung makanan yang banyak.Kalau aku rasa nak makan pon mesti ada sorang kawan aku ni akan belanja burger rm1.Teringat pula aku dengan kau kawan.Kawan yang selalu belanja aku ni ada penyakit kencing manis.Korang bayangkan hari2 dia akan baham 2 ketul burger 1 tin coke dengan kopok2 sampingannye lagi.Badan dia chubby yang amat tapi faktor badan dia xmematahkan semangat dia nak naik turun tangga untuk pergi kantin.Tapi dia jarang makan kat kantin.Dia selalu temankan aku dalam kelas sambil makan tanpa pedulikan orang kiri dan kanan.Kan aku cakap dia ada kencing manis kan.Setiap hari jugak lah aku hadap dia cucuk diri sendiri lepas makan.Orang kencing manis taulah cucuk apa kan.Itu dah bahagian dia,aku doakan kau sihat selalu ye kawan.Dah lari cerita plak ni.haha.Kisah xkeluar rehat ni berlanjutan lah sampai form 6.Kalau nampak aku kat kantin waktu rehat tu pon sebenarnya kena paksa dengan kawan-kawan tengok dunia luar.Tapi aku lagi suka duduk dalam kelas dan tidur.Aku bukan tidur waktu rehat je waktu cikgu mengajar pon aku tidur jugak.haha.Budak hostel kan,tak hostel la kalau tak tidur dalam kelas.

Kalau balik kampung hujung minggu aku memang dah biasa naik bas sorang-sorang dari form 1 lagi.Tapi aku ada masalah bila nak tekan butang loceng.Aku akan fikir macam -macam waktu tu.Takut loceng tu rosak satu hal,takut pakcik driver tak dengar,dan malu orang dalam bas tu akan pandang.kenapa ye,ke semua orang pon rasa apa yang aku rasa.hmm

Aku habis je sekolah dulu aku terus masuk kolej ambik diploma.Kenapa aku ambik diploma sedangkan aku belajar sampai stpm.Aku masuk form 6 tak lama sebab terikut kawan-kawan.Korang bayangkanlah elok je mula-mula ada 30 orang 1 kelas.Keputusan UPU keluar ja semua pakat keluar pi masuk UITM POLI.Last-last tinggal bape kerat je.Semangat nak bersaing dalam pelajaran pon hilang macam ni beb.haha aku plak tak dapat mana-mana tawaran.Bayangkan aku lah satu-satunya pelajar form 6 yang duduk hostel masa tu.Tak mati kutu dibuatnya.Aku nekad mohon mana-mana kolej yang aku rasa ok masa tu.Selang seminggu alhamdulillah dapat tawaran masuk kolej.Dan bermulalah kisah aku sebagai pelajar kolej Universiti Islam Melaka.Sesiapa budak KUIM yang terbaca cerita aku ni haii saya ex KUIM.

Rasa macam dah panjang cerita ni sebab jari pon dah kebas menulis.3 Tahun hidup kat kolej aku macam student lain jugak pergi kelas balik kelas makan layan movie outing hari minggu.Tapi aku still terbawak perangai masa sekolah dulu.Kalau nak pergi kuliah kena lalu cafe .Kalau dah namanya cafe mestilah penuh dengan student yang tengah makan,acah-acah study,dating dan mesyuarat hal-hal negara.Tengok keadaan kalau orang ramai aku akan lalu belakang cafe tu sorang-sorang.Kalau cafe tu sunyi aku akan follow kawan-kawan je lalu cafe sambil usha lauk untuk makan tengahari.Aku tak boleh tengok orang ramai-ramai aku mula la rasa malu,rasa tak confident.Rasa macam kalau lalu depan orang ramai tu orang akan pandang atas bawah.Sebab tu kalau tak ada kelas atau hal penting aku lagi suka duduk dalam bilik.Alhamdulillah jugak lah aku dapat rumah,bilik,dan katil yang sama dari sem 1 sampai sem 6.

Habis je study lama jugak aku menganggur.Ada jugak lah hantar resume sana sini.Tapi takda rezeki aku.Aku jaga anak buah aku kat kl sementara tunggu mana-mana company panggil.Dengan rasa diri yang takda keyakinan memang dari awal aku elakkan kerja-kerja yang kena hadap customer.Tapi betul la kita jangan terlalu tak suka sesuatu tu sebab takut nanti itu yang kita dapat.Akhirnya aku dapat kerja kat MPH sebagai cashier yang memang kena hadap customer hari-hari.Memang hura hara hidup aku.Dengan nak scan barang,nak masukkan barang dalam plastik nak layan ape yang customer tanya,nak kira duit lagi phewwww meleleh peluh ketakutan masa mula-mula kerja tu.Tapi lama-lama makin biasa.Tapi aku still takut kalau kena duty sorg-sorg xda partner.Partner pi rehat,pi solat memang mengigil kepala lutut.Lagi mengigil kalau nampak customer foreigner yang datang nak bayar.BI aku cukup-cukup makan ja dulu oi.Yes no thanks you je aku fasih.Aku memang lemah bahasa ingeris.Tak lama tu aku dapat kerja lain as kerani data entry.Ni memang pekerjaan idaman aku.Buat keje sendiri xyah hadap customer ataupon orang ramai.Hadap PC ja sampai muntah. Aku pon kerja la menaip je sampai aku rasa bosan.Kawan-kawan aku ramai yang jadi Ustaz Ustazah kerja kerajaan.Takpa lah itu rezeki dorang.Aku pon tak rasa nak cari kerja lain sampailah aku berhenti lepas 3 bulan kahwin sebab kan faktor jauh nak pergi kerja.Jadilah isteri sepenuh masa.Duduk rumah,masak,kemas rumah dan bahagiakan suami.haha. Kalau keluar jalan-jalan pon dengan suami je sebab tak berani nak drive sendiri.Aku ada lesen tau tapi tak pernah drive semenjak lulus lesen P.

Kalau keluar dengan family tetibe dorang nak singgah makan,aku perati dulu kedai tu kalau ramai aku sanggup duduk berjam-jam dalam kereta daripada turun makan sekali.Sebab aku tak suka dan memang tak selesa.Macam tu jugak lah kalau singgah kedai ke mana-mana kalau aku kena suruh, aku memang tak nak pergi beli.Bukan sebab aku malas tapi aku tak suka berurusan dengan orang agaknya.Aku takut dan rasa takda confident.Kalau jalan jauh naik kereta singgah rnr pon aku tak turun pergi toilet.Sebab memang tak nak turun.Kadang-kadang tu sampai kena paksa pergi kencing.haha.Maaf kalau cerita aku terlalu panjang dan bosan.

Aku sendiri tak tahu aku ni sebenarnya pemalu atau takda keyakinan diri.Kalau sesiapa yang terbaca cerita aku ni harap korang boleh bagi tips yang baik-baik.Niat aku nak berkongsi masalah aku je.Nak orang faham kenapa aku macam ni.

Bulan ni genaplah 8 bulan aku berkahwin tapi masih belum ada rezeki anak.Harap korang sudi doakan kami dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke syurga ye.Moga dipermudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat.

Puan A

– Puan A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit