Pemergian Di Bulan Mulia

Pemergian Di Bulan Mulia

Subuh yang hening di malam ke 10 terakhir Ramadhan tahun ini, bertalu-talu message di Whatsapp masuk. Dah kenape pagi sebegini aktif pulak Whatsapp ni. Ya Allah ada kematian rupanya. Ku baca lagi. Ya Allah shes still so so so young , 1987. And her babies, too young . 2++ years and 7 months. And suami dia bukan ke outstation far far away?

Betul, kematian tak mengenal usia. And this time it hit right on my face. Tersentap orang kata. Lagi lagi it happened to one of my not-so-close friend. It felt so surreal. Mak arwah sedar pemergian arwah when she heard the baby cried longer than usual, it was around 2 in the morning. Bila pegi ke bilik arwah, anaknya yang masih menangis mahu disusukan berada di sisinya, di sisi sekujur badan yang sudah mula membiru menyejuk. Saat itu baru ahli dunia mengetahui malaikat maut telah mencabut nyawanya dengan cara yang paling aman, dalam tidurnya. Siapa yang tidak mengimpikan pengakhiran yang semudah itu di bulan yang termulia ini? Everyone does , right? But what made my tears so cheap that day, was knowing that the fully breastfed baby had lost his source of food.

“Oh Allah makes the best part of my life the last part,
my best deed the last deed,
my best day in which I meet you” – brilliant isn’t it?

Ini antara kata2/doa arwah yang sempat aku stalk di laman Instagramnya. So rasanya Allah made it happened kan? Whats so special about this wonder woman right here?

Shes a freelance designer. A mother of two. And her husband was sent away to work oversea, leaving them in long-distance-relationship for quite some time. Being a mother myself, I know how hard it is to raise a kid , inikan pulak 2 orang yang masih kecil cili padi. But she made it somehow.

Melalui cerita perkongsian rakan2 arwah, arwah merupakan seorang yang sentiasa mencari sudut ruang dan peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. If it was me, having to raise kids on my own, I would have only mind about my own kids. Tapi tidak bagi arwah yang merasakan sumbanagannya diperlukan masyarakat. Di tengah kesibukan menjaga anak2, arwah masih sempat menghasilkan buku2 yang aku kira mampu menjadi bukti bahwa arwah telah menyampaikan ilmu yang bermanfaat yang mana pahalanya tidak akan terputus. Itu janji Allah. Tidak cukup dengan buku, arwah menggunakan kelebihan creative artwork untuk menukilkan kata2 petikan dari pelbagai sumber terutamanya Al quran. Kau bayang kau tengah stress kecewa, tiba2 kau scroll newsfeed kau dan terbaca benda2 yang menaikkan semangat macam ni, kau rasa apa? Allah sent her to this world for a very strong valid reason kan!

Dengan kuasa teknologi sekarang yang menjadikan dunia tanpa sempadan, arwah sentiasa dilihat cuba membantu dengan aktiviti kemasyrakatan. Arwah rajin melontarkan idea dan semangat dari kejauhan. Perbincangan di group Whatsapps tak sepi dari luahan bernas arwah. Her presence was felt evetho her body wasn’t around in town. Isnt shes magical, kan?!

I am not a good writer, I admit. Berterabur ceritanya dari ke sana ke mari. Tapi yang nak ditekan, menyumbanglah kepada masyarakat selagi nyawa masih di badan. Jangan ditangguh. Jangan menunggu. Ini antara sebab aku rasa aku perlu share kisah arwah. Our friendship was short and sweet. Tapi kesan pemergiannya begitu menusuk. I cried thinking of her on my way to work. Dah kenapa kan? Coz shes so special, and only realized it when shes gone. Lagi satu nak pesan, kalau teringat akan seseorang , terlintas di hati ke kepala ke, contact lah orang tu terus, say hi or whatever, supaya kau takkan rasa terkilan bila Allah menjemputnya secara mengejut. Tak perlu sakit tak perlu masuk hospital tak perlu kemalangan. Arwah pergi begitu sahaja.

Semoga Allah mudahkan urusan suami dan anak-anak arwah yang masih kecil. Semoga kita semua mula mencari titik yang akan menjadikan kita selebriti di langit kelak. And lagi satu , kurangkan rasa attachment dengan dunia ni. Sebab lepas Allah Tarik nyawa kau, segala isi dunia akan turut Allah Tarik dari kau. Harta, wang ringgit, rumah, kereta, kerja, jawatan. Yang tinggal hanya doa dari anak yang soleh ( kalau kau Berjaya didik anak kau), sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Dari sini aku dapat satu point penting, jangan terlalu mengejar dunia. Jangan terlalu sibuk bekerja sampai kau abaikan keluarga. Jangan terlalu mengejar membeli rumah hartanah sampai terlupa membantu yang dalam kesempitan. Jangan terlalu berkira dalam berkongsi ilmu. Jangan terlalu kedekut masa untuk bergaul dengan masyarakat.

Akhir kata, Alfatihah untuk arwah, May Allah grant her the highest Jannah. And may Allah ease her family.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments