Pengalaman Terbuka Hijab

Pengalaman Terbuka Hijab

Assalamualaikum.

Terima kasih admin kalau siarkan kisah ni. Nak cerita kisah yang aku alami beberapa tahun lepas. Terpulang pada masing-masing nak percaya ke tak :)

Kisah ni bermula masa aku form 3. Which is setahun sebelum segalanya bermula. Mimpi pertama aku, aku mimpi diberi kucing berwarna putih oleh seorang lelaki yg aku tak kenal. Lelaki tu berjubah putih, berserban. Dia beri kucing tu pada aku & aku peluk belai kucing putih yg cantik tu. Cantik, putih dan berseri sgt. Putih bersih, sesuci lebaran. Pesannya, jaga kucing putih ni elok-elok tak kira apa sekalipun kena jaga. Kena! Okay. Aku sedar dari mimpi tu dgn perasaan yang tenang, tak ada rasa seram. Cuma sedikit pelik. Tak lama kemudian lepas beberapa hari, aku mimpi pula ibu dipangkuan aku tidak sedarkan diri. Dalam keadaan cemas aku cuba sedarkan ibu tapi ibu tetap tak sedarkan diri. Sehinggalah seorang lelaki berjubah putih muncul dan ajarkan aku beberapa zikir yang dia suruh aku bacakan pada ibu. Aku baca dgn bersungguh, dan ibu pun sedar. Lelaki itu hilang entah kemana. Dah, itu je mimpinya. Dua mimpi yang aku rasa sedikit pelik tapi takde lah menakutkan. Aku pun move on, hidup lah macam biasa haha.

Tahun depannya, masa form 4 aku dapat offer ke sebuah sekolah berasrama penuh di Johor. Nama sekolah rahsia tapi hint nya adalah di Batu Pahat, di celahan kelapa sawit. Hahaha. Aku mulakan persekolahan di sekolah tu dgn berat hati. Homesick. Selalu nangis nak balik.

Ini kisah seram julung kali yang aku alami. Aku ni biasa-biasa je. Nak kata penakut tu taklah, biasa je. Nak kata berani sgt pun tak la kot. Masa tu minggu exam. Aku dgn 2 org lagi kawan plan nk stay up nak study. Aku ingat lagi, subjek Bio. Jadi dua org tu berkumpul kat bilik aku. Roommate aku yang lain masing-masing dah hilang pergi study dgn geng sendiri. Kitorg masak megi, makan sambil borak-borak. Tepat 11.30 malam, lampu semua padam. Kalau yg biasa sekolah asrama mesti tahu kewujudan rule ‘lights off’. Asrama kami lights off pukul 11.30. Makanlah kami dalam gelap tu bercahayakan lampu koridor.

Habis makan, aku offer nk basuhkan mangkuk. Aku menapak ke toilet yang selang dua tiga bilik je dr bilik aku. Toilet tu ada dua pintu pintu. Toilet ni besar la sebab ada satu toilet je disetiap aras. Ada dua bahagian, satu untuk shower & satu lg untuk jamban. Dipisahkan dgn sink di tengah-tengah. Paham ke idok? Tak paham tak mengapelah. Takkan aku nk lukis pulak.

Tengah elok aku basuh, tiba-tiba dengar org nyanyi. Nyanyi takde lirik. Mcm hm hm hm tu, tapi bermelodi la. Terus aku teringat tadi aku keluar bilik dah lights off, so maknanya jam mungkin dah pkl 12. Aku diam je la sambil basuh2 sambil sedapkan hati sendiri, mungkin org lain masuk toilet kot. Toilet kan ada dua pintu. Mungkin ada junior/senior datang toilet malam-malam buta ni nak nyanyi hiburkan hati.

Sekali aku perasan, kelihatan mcm ada objek putih yang sedang menghala ke arah aku, aku nampak setiap cermin kt sink tu dia bergerak menghampiri aku. Sampai je kt aku, hilang. Ceh. Kejap je suspen. Masa tu macam blur je rasa. Confused. Mungkin berangan je la kot.

Kemudian, selesai membasuh mangkuk tu aku tak terus balik bilik. Entahlah mana datang keberanian aku waktu tu, aku decide nk gi buang air and amek wudhu terus sbb nak solat Isyaa. Aku pun pergilah ke side yg ada jamban tu.

Elok je aku mengadap ke jamban yg pertama, ada sekujur tubuh dlm jamban tu dkt penjuru. Elok je dia tengok aku. Muka dia berdarah-darah, lebam, huduh. Mata hitamnya penuh. Atas kepalanya ada bunjut berikat. Yeaa betul tu kawan-kawan. Pocongkah ia? Iyaaaa ternyata benarrr. Kainnya kotor, kepam & berdarah.

Beberapa saat berlalu dgn aku terkaku kt situ. Dalam keadaan terkejut & buntu tu aku taktau kenapa aku tak menjerit atau lari je berdesup balik bilik. Nak tahu apa aku buat? Aku masuk dalam jamban tu. Sumpah tak tipu. Agaknya masa tu otak pun dah cramp nk berfikiran waras. Aku pun tak tahu lah. Tahu tahu je aku dah masuk dalam jamban tu and tutup pintu. Muka aku mengadap pintu yg aku tutup. Kira membelakangkan la ‘sesuatu’ tu. Suspen nk pusing kebelakang. Oo reti pulak suspen. Yg masuk jamban tu apahal kan?

Aku pusingkan badan perlahan perlahan & terkejut sbb benda tu berdiri exactly depan muka aku. Macam, muka dia depan muka aku. Sepantas kilat lepas tu dia hilang. Badannya tak solid mcm kita, mcm kabus je. Kiranya kalau kau suluh dgn torchlight, lampu tu tebus. Aku pun termangu la buat beberapa ketika sebelum aku amek wudhu. Tak pasti apa yang aku rasa masa tu tapi yang boleh aku kata, aku mcm kepelikkan sangat. Selesai, aku keluar dan balik bilik.

Sampai di bilik, kawan dua org tanya kenapa muka aku pucat and senyap. Aku diam je. Ajak Zila (bukan nama sebenar) teman ke toilet. Sampai kat toilet aku tanya dia ada nampak apa-apa tak. Dia kata takde, dia tanya kau nampak apa-apa ke tadi masa gi toilet sorang? Aku geleng je. Karang kalau cerita mahu pengsan budak ni. Zila pun teman aku di toilet, pastu kitorg balik bilik & study. Malam tu aku tidur ok je. Tak ada gangguan, cuma rasa bingung & confused.

Esoknya aku bangun pagi aku mula nampak macam macam kelibat, jasad, bayangan & apa apa jelah yang tak ada penjelasan untuk bagi orang faham. Kebanyakannya aku diamkan sendiri je sebab takut orang tak percaya. Aku pun ada dengar cerita yang kawasan sekolah aku tu mmg kawasan panas untuk ‘pocong’. Pernah dengar cerita ustaz suluh pocong dgn torchlight time round block asrama puteri, cahaya tu tembus. Teringat pengalaman aku sendiri nampak benda itu hilang macam kabus.

Kadang-kadang rasa macam gila pun ada, tak percayakan diri sendiri. Selalu rasa aku ni berangan je. Sampailah aku bgtahu parents & berjumpa satu ustaz yang cakap apa yg aku dapat tu anugerah. Lega sikit sebab diri tak gila hahaha. Ustaz tu pun ada explain pasal kucing tu. Katanya itu bukan benda yang jahat. Mcm anugerah katanya. Wallahualam.

Itu jelah pengalaman pertama kali aku nampak benda tu. Ramai yg kata aku “terbuka hijab” tapi aku tak pernah guna term tu untuk explain apa yg terjadi kat aku. Aku ada juga rasa benda yg berlaku tu ada punca. Ada lah beberapa hari/minggu sebelum kejadian tu aku ada main-mainkan soal percaya hantu ke tak. Sekali padan muka terus terjumpa. Tak perlu la aku explain pada orang kan? Banyak lagi kisah-kisah yang aku alami sepanjang aku dapat ‘melihat’ makhluk-makhluk Allah ni. Aku rasa ramai lagi org lain yg mengalami benda ni jugak.

Klu ada masa or permintaan boleh aku share kisah-kisah yang lain. Untuk kali ni, ini sahajalah. Pesanan untuk korang yg lemah semangat, jangan takut-takut. Percaya pada kuasa Allah. Jaga hubungan dgn Allah. Dorang tu pun makhluk Allah je. Buat yang rasa cerita aku ni mengarut atau rekaan je, terpulang pada anda nak percaya ke tak :)

Sekian.
Kucing Putih

– Kucing Putih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments