Pengorbanan Abang Ngah

Pengorbanan Abang Ngah

Assalamualaikum,
terima kasih admin sebab siarkan.aku nak cerita tentang pengorbanan bf aku.aku namakan cho(bukan nama sebenar).kisah ini kisah benar dan diceritakan sendiri oleh cho

Kisahnya bemula sejak Cho di bangku sekolah rendah.cho merupakan merupakan anak kedua dari 7 orang adik beradik.cho berasal dari keluarga yang agak susah.di usia yang masih kecil cho sudah hidup berdikari.di waktu lapang cho tidak seperti kanak kanak lain yang menghabiskan waktu dengan bermain.cho pergi setiap rumah untuk mengutip botol.duit hasil dari kutip botol dia gunakan untuk belanja sekolah.alhamdulilah allah kurniakan otak yang pintar kepada cho.ketika keputusn upsr diumumkan cho berjaya dapat keputusan yang cemerlang dan dia menjadi terkenal di kawasan perumahan tu sebagai Budak pengutip botol yang pandai.
Di sekolah,cho selalu tengok kawan kawan nya di hantar oleh ibu bapa masing masing dengan menaiki kereta mewah.cho bertanya kepada kawannya’eh ayah kau kerja apa?kawannya menjawab’ayah aku engineer’.sejak haritu cho tanam cita cita untuk menjadi seorang engineer kerana di matanya engineer bergaji besar dan dapat mengubah nasib keluarga nya suatu hari nanti.

Hari berganti hari,tahun berganti tahun cho belajar bersungguh sunguh untuk mengapai cita cita nya.akhirnya dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm.cho ditawarkan masuk ke sebuah ipta di selatan tanah air dalam jurusan engineering.cho berasal dari utara tanah air.disebabkan ibu bapa cho tidak berkemampuan,cho terpaksa pergi seorang diri dengan menaiki bas.sesampai di universiti,cho terpaksa mendaftar masuk seorang diri.dia sedih melihat orang lain yang dihantar oleh ibu bapa masing menaiki kenderaan sedangkan dia terpaksa mengangkat barang barang yang berat sambil berjalan kaki sampai ke kolej kediaman.(time ni cho cerita kat aku sambil nangis :'( )

Bermulalah kehidupan cho di universiti sebagai seorang pelajar.dia belajar sungguh sungguh sampai setiap sem dia dapat dean list.dia mendapat pinjaman ptptn.dan yang paling sedih setiap kali duit ptptn masuk cho akan bagi semua ke ayahnya untuk belanja makan minum dan sekolah adik adik nya di rumah.ayahnya akan bank in rm 20 ringgit untuk seminggu.dia terpaksa beli sardin dan masak sendiri di hostel untuk berjimat.
Pernah cho terfikir untuk berhenti belajar sebab ingin bekerja dan mencari duit untuk keluarganya tapi dia kuat kan semangat dan tabahkan hati dan akhirnya dia berjaya menghabiskan degree nya.alhamdulilah rezeki cho ni murah.selepas grad die terus dapat kerja sebagai engineer di utara tanah air.

Bermula la kehidupan cho sebagai seorang engineer di sebuah kilang yang agak terkenal di utara.cho kerja keras dan membuat part time untuk menyara keluarganya.akhirnya cho berjaya membeli sebiji rumah untuk mak ayahnya dan menghadiakan sebuah kereta untuk kegunaan keluarganya.gaji cho dalam 5k dan separuh dari gajinya diberikan kepada ayahnya untuk belanja adik adiknya setiap bulan.cho pergi kerja dengan hanya menaiki kereta kancil secondhand.ramai orang gelakkan dia sebab dia engineer tapi naik besi buruk yang berlumut.tapi cho tak kisah.baginya asalkan dapat pergi dan balik kerja dia dah bersyukur.kawan kawannya semua pandu kereta mewah tapi dia tidak pernah malu dengan keretanya malah berbangga kerana kereta uzurnya ni lah yang bawa dia mencari rezeki untuk keluarganya

Bersambung~

2.30am dah nanti aku sambung aku dah ngantok.okbai

– Gf abg ngah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit