Penipu Jual Agama

Salam admin, saya harap sgt cerita ni disiarkan kerana saya memerlukan pendapat bernas anda semua.

Baru2 ni abang saya (saya panggil F) telah ditipu oleh seorang perempuan berpurdah. Betina tu telah melarikan duit abang saya sebanyak RM 3K dan terus melarikan diri beberapa hari sebelum mereka bernikah.

Sebelum saya mula cerita lebih panjang biar saya intro dulu. Abang saya telah kenal dan berkenan dengan perempuan berpurdah ni (orang Borneo) masa raya tahun lepas. Perempuan ni kawan kepada kakak saya. Dia dtg beraya di rumah saya dgn alasan bahawa dia tiada keluarga di sini, tapi rupanya perempuan tu, saya namakan dia S, ada abang kandung di Semenanjung dan dia beritahu kami yang abang dia tidak pedulikan dia. Lama kelamaan kami dpt tahu betina tu menipu abangnya mengatakan dia bekerja di hari raya padahal dia beraya di rumah kami.

Abang saya merupakan seorang guru tahfiz tertarik dengan penampilan S yang berpurdah dan lemah lembut. Ibu saya juga suka padanya yang berlakon rajin. Abang saya berkenan memperisterikan S dan ibu pun setuju.

Tapi tak berapa lama lepastu abang saya terima mesej di FB menyuruh dia berhati2 dgn S kerana S ni merupakan perempuan licik. S beraya dgn kami selepas dia memperdaya seorang lelaki dan meninggalkan lelaki itu sehari sebelum tarikh pertunangan mereka. Lelaki yg mesej abang saya itu mengaku bahawa dirinya adalah H, abang sulung S. Abang sy kemudian menyatakan hasrat berkenan dgn S dan H berkata jika kamu benar serius, datanglah meminang S di Borneo. F hanya mengiyakan dan terus block lelaki itu atas nasihat betina yang bernama S.

Dipendekkan cerita, bercinta punya bercinta abang saya F telah meminang S di rumah keluarga angkat S di Negeri Terang Bulan. S meyakinkan kami bahawa keluarganya maklum tentang pertunangan dia dan F. Kami yang bodoh terus menerima bulat2 tanpa menghubungi seorang pun family kandung S. Kami menetapkan tarikh kahwin minggu lepas dan di sinilah mimpi buruk kami bermula apabila S telah melarikan diri bersama duit 3000 milik F. Kad kahwin sudah diedar. S beritahu bahawa dia akan berwali hakim kerana ayahnya pasti tidak setuju dengan pernikahan F dan S. Namun akhirnya kami bergelap mata apabila S terus menghilangkan diri.

Masa ni barulah kami mula mencari keluarga kandung S. Kami sedar bahawa kami bodoh terus percaya pada S, bertunang tanpa keluarganya (sedangkan dia ada abang kandung di sini) dan menetapkan serta mengedarkan kad kahwin kerana kami percaya S akan menggunakan wali hakim (bapa kandungnya masih hidup di Borneo). Kami mula mencari keluarga kandung S untuk menuntut kembali duit yang dia bawa lari.

Masa inilah satu demi satu kebenaran terbongkar. Rupa nya S ni telah lama tidak menghubungi keluarga dan memburukkan nama keluarganya di seantero dunia. S juga sering dilihat bermesra dgn lelaki lain dan bertukar lelaki oleh rakan2 kolejnya, sampai tahap tanggal purdah dan check in hotel. Ada juga saksi mendakwa pernah lihat S bercium di taman KLCC. Nauzubillah.

Sekarang S sedang melarikan diri dan menulis panjang lebar pada kami bahawa keluarganya pasti menentang sekiranya dia berkahwin, sebab itulah dia lari… sedangkan penjelasan yang kami dapat adalah keluarga S tiada masalah menerima F sekiranya F menghubungi kami. Kini nasi telah menjadi bubur dan saya sebagai adik kandung F memohon pendapat dan cadangan bagaimana untuk dapat kembali duit kami serta amaran kepada mana mana lelaki kalau jumpa ular atau S, bunuh S dulu sebelum dia peras duit kamu habis2an dgn memburukkan keluarganya sendiri.

Kepada S aku doakan semoga kau bahagia memakan duit orang dan teruskan menipu di balik purdah atas nama agamamu.

– JNH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *