Penjenayah kah aku?

Penjenayah kah aku?

Okay. Cerita dia cmni. Aku ni seorang lelaki yg dari kecil mmg dah biasa cara hidup bandar. So kalau lepak dengan kawan2 memang ade yg akan free hair and aku nampak perempuan yg free hair tu macam biasa jer. Malahan, kalau balik kampung pon, sepupu2 aku pon relax je free hair kot lepak dpn tv ke etc.

Nak dijadikan cerita bila aku jumpa wife aku. Wife aku ni berasal dari keluarga yg alim2. So, soal aurat ni mmg dijaga betul. Kisahnya bermula masa aku balik kampung wife aku. Sepupu2 wife aku mostly perempuan semuanya tgh berkumpul kt dapur. Pastu aku pon nk menjengah la ke dapur nk minum air. Bila aku jejak je kaki ke dapur, kesemua mereka bertempiaran lari seperti takutkan sesuatu. Rupa2nya mereka semua mencapai apa sahaja untuk menutup kepala. Ade yg sempat mencapai tudung. Ade yg tak sempat, mereka mencapai tuala, kain batik, kain pelekat, tshirt dll. Tudung saji je belum lagi.

Aku terasa pelik laa mula2. Lpas bgtau bini aku pasal benda ni, baru laa aku tau. Kadang2 benda yg kita rasa normal dalam keluarga kita, sebenarnya mungkin pelik di mata orang lain.

Benda ni ada laa 2,3 kali juga terjadi. Sekarang, kalau aku nk g explore mana2 kawasan, aku suruh wife aku survey dulu untuk clear kan situation.

Bila benda ni terjadi, aku terasa macam seorang penjenayah yg nak merompak. Semua org bertempiaran lari. So, ade ke korang yg jd macam aku ni?

– Insan biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit