Penyewa Bermasalah

Salam admin & pembaca. TQ admin sebab sudi publish post saya ni. Ok, saya kenalkan diri saya Hannah (bukan nama sebenar). Berusia akhir 20-an dan masih bujang. Tinggal di negeri S bersama-sama dengan 3 orang lagi penyewa lain yang berasal dari negeri K. Tentu admin dan pembaca sekalian dah dapat agak apa isu yang saya nak kongsikan sekarang, kan? Saya bosan. Bosan sangat tinggal dengan 3 orang penyewa yang tak reti nak jaga kekemasan & kebersihan rumah ni.

Asalnya saya tinggal berseorangan dalam rumah tu. Tapi bosan punya pasal, saya sewakan satu bilik kosong untuk penyewa baru. Untuk pengetahuan, rumah tu rumah mama saya. Mama saya beli rumah tu untuk persinggahan keluarga kalau-kalau family datang untuk shopping kat sini. Tapi memandangkan saya dapat kerja disini, mama bagi saya tinggal di rumah ini. Tambah pulak rumah ni dekat aje dengan office saya. Kalau drive 5 minit je dah sampai. Awalnya mama agak keberatan untuk membenarkan saya menyewakan bilik tapi selepas saya bagi concrete justification, barulah mama izinkan. Itupun dengan syarat kebersihan rumah kena jaga betul-betul.

Saya iklankan dalam ibilik.com untuk sewakan bilik. Tak sampai sehari, saya dapat banyak mesej dari orang yang request nak view rumah. Memang penat melayan orang yang datang untuk view rumah tapi saya happy sebab saya mudah mesra dengan orang. Saya buat sistem first come, first serve. Ada 3 orang yang datang dari negeri kelahiran saya datang untuk view rumah dan dia orang terus bayar deposit time tu jugak. Dia orang suka tengok rumah saya yang cantik kemas tersusun. Pada hari view itu, saya jemput sepupu perempuan saya dan suami dia untuk temankan saya juga. Takut kalau-kalau ada orang yang bukan-bukan datang rumah. Sepupu dan suami dia juga bersetuju untuk ambil housemates dari 1 negeri sebab senang untuk berkomunikasi.

Sebulan selepas itu, dia orang official masuk ke rumah saya. Saya excited sangat sebab dapat housemates baru. Satu negeri pulak tu. Orang luar selalu cakap gegadis negeri kami ni pengotor dan tak kemas rumah. Maaf ya. Saya tak macam tu. Mama dan papa didik kami adik beradik untuk selalu menjaga kebersihan di mana saja. Masa mula-mula housemates baru masuk, rumah saya memang kemas. Saya suka menghias rumah dengan barang-barang Ikea, Kaison dan Daiso. Saya beli sikit demi sikit barang-barang hiasan kat 3 kedai tu. Barang murah tapi kalau pandai hias memang akan nampak mewah dan mahal. Saya pulak buat tema putih, hitam & tiffany blue untuk hias rumah.

Housemates saya bertuah sebab rumah saya dah fully furnish. Peti ais, mesin basuh, tv semuanya ada. Saya beli semua tu dengan duit saya sendiri. Dia orang masuk bawak pakaian je. Mula-mula rumah tu memang meriah. Tapi agaknya saya terlalu baik dengan dia orang sampaikan sekarang ni dia orang macam pijak kepala pulak. Gereyy sero…

Mula-mula saya perasan setiap kali dia orang masak, dia orang suka tinggalkan segala periuk belanga dalam sinki sampai berhari-hari tak bercuci. Saya pulak sakit mata tengok sinki penuh, saya tolonglah cucikan semua. Tapi makin hari makin kerap pulak dia orang buat perangai macam tu. Akhirnya, saya biarkan aje sinki penuh. Pandai pulak dia orang cuci. Tambah pulak setiap kali makan, pinggan mangkuk dibiarkan atas meja makan berhari-hari. Kadang tu boleh sampai seminggu lebih. Kalau dia orang nak guna pinggan tu, barulah dia orang akan cuci. Dah la guna pinggan mangkuk saya. Langsung tak reti jaga adab pakai barang orang. Dah lah kalau masak tu guna gula garam saya. Tak reti nak ganti pulak tu kalau dah habis. Saya tak berkira pun tapi kalau dah selalu sangat jadi macam tu, sakit jugak hati saya ni.

Getah rambut dibiarkan atas lantai. Brooch tudung kadang-kadang dibiarkan atas rak tv dan dicucuk kat sofa di ruang tamu. Kulit buah dan sayur-sayur dibiarkan kat lubang sinki dapur. Paling saya geram, dia orang menyapu dalam bilik dan segala habuk & sampah dari dalam bilik dibawa ke ruang tamu dan dibiarkan kat belakang pintu masuk rumah. Macam tak berani nak kutip sampah-sampah tu masuk dalam tong sampah.

Rumah saya berwarna cerah, jadi cepat nampak kotor kalau tidak dijaga. Setiap minggu saya akan bersihkan rumah tapi hanya bertahan sejam dua je. Lepas tu akan kotor balik terutamanya di bahagian dapur. Selepas masak, dia orang tak pernah nak lap dinding yang terkena percikan minyak. Meja makan saya juga berminyak-minyak dan tidak di lap. Kalau ada makanan tumpah, dia orang biar macam tu je.

Saya pernah tegur perbuatan dia orang tapi dia orang sentap pulak. Budak-budak perempuan sekarang memang tak boleh ditegur langsung kan?
Bila tegur je, sentap. Officemate saya suruh saya halau je dia orang bertiga. Memang saya akan minta dia orang keluar dari rumah itu. Saya hanya tunggu masa yang sesuai je. Umur dah 28-29 tahun. Lebih kurang sebaya dengan saya dah. Dah layak jadi mak orang dah tapi perangai… alahai, sedih! Mama belum dimaklumkan tentang hal ini. Kalau mama tahu, confirm akan jadi isu besar. Confirm dia orang bertiga akan dihalau dari rumah tanpa dibayar deposit sesen pun. Saya taknaklah jadi sampai macam tu sekali.

Sekarang ni saya dah ugut akan potong sikit demi sikit deposit dia orang if dia orang tak jaga kebersihan rumah. Sewa rumah dahlah murah, barang-barang semua guna free tak payah bayar. Kalau barang rosak, saya tanggung seorang. Dia orang bukannya nak share bayar pun. Itupun dia orang masih lagi tak reti nak hargai. Apa punya manusia pun tak tahu laa… Satu negeri ke, satu negara ke, tak adanya saya nak bertolak ansur kalau dengan orang macam ni.

Nasihat saya kepada para pemuda, kalau nak cari isteri, selidik betul-betul. Jangan cari perempuan yang tahu bergaya aje. Tengok juga cara dia uruskan rumah. Housemates saya ni semuanya jenis Islamik. Aurat terjaga. Solat tak tinggal. Tapi dia lupa, ALLAH swt juga tak suka kepada orang yang tak menjaga kebersihan. Dan saya berharap pembaca sekalian jangan judge orang negeri K ni aje yang pengotor. Sebab saya pun orang negeri K juga. Jangan hanya nila setitik, rosak susu sebelanga.

Dan gadis-gadis sekalian, tolonglah jadi rajin sikit. Sekarang ni dah macam terbalik pulak. Rumah lelaki lagi bersih dari rumah perempuan. Tak malu ke dengan lelaki? Jangan hanya pandai bersolek dan bergaya hispter je sedangkan rumah tunggang-langgang mengalahkan reban ayam. Tolonglah jaga martabat perempuan & tolong buat perangai elok sikit. Kikis persepsi orang luar yang mengatakan gadis-gadis negeri kita ni pengotor & pemalas!

-Hannah-

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit