Peranan Ibubapa Yang Menjaga Anak-anak Kecil

First of all, maaf seandainya post ini agak deep buat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang layak digelar dewasa.Berkaitan tajuk saya di atas, maksud saya anak2 yang masih kecil itu ialah yg berada dalam lingkungan umur 4-6 tahun,di mana waktu ini mereka sudah pandai berjalan & agak aktif.

Pengalaman yang akan saya kongsikan ini berlaku di sebuah restoran di Penang. Masa semua orang tengah2 seronok2 makan, tiba2 terdengar bunyi macam ada benda jatuh. Rupa – rupanya ada seorang pekerja restoran tu terjatuhkan dulang makanan yang dia bawa. Cuba teka, macam mana benda tu boleh jadi?

Sebenarnya, waktu tu ada seorang budak dok meniarap dekat lantai sambil kepala bawah meja sebab nak ambil mainan dia yang masuk bawah meja tu. Disebabkan tak mahu terlanggar budak tu, pekerja tu pun elak la budak tu. Ya la makanan yang dia bawa tu kan masih Tapi nasib tak menyebelahi pekerja tu bila dia tersadung jugak kaki budak tu yang menyebabkan makanan yang dia bawa semua jatuh. Pinggan pecah,kuah tumpah.Cuba fikir macam mana keadaan & perasaan dia waktu tu? Malu sebab semua orang tengok, sakit sebab memang jatuh atas lantai.

Mak budak tu jerit & terus lari pi dekat anak dia. Saya ingat dia nak minta maaf dekat pekerja tu, rupanya tak. Sedih saya tengok si pekerja tu kutip serpihan pinggan & jalan dengan kaki yang sakit, angkat dulang tu terus pi dekat dapur. Nasibla ada pekerja lain yang tolong dia & kuah yang panas tu tak tumpah atas dia.

So, dekat sini apa yang saya nak highlight kan ialah parents/ ahli keluarga, tolonglah jaga anak2 anda supaya kejadian2 macam ni tak berlaku. Ya, memang semua orang nak makan. Tapi kita kena fikir juga yang budak2 kecil ni depa bukannya boleh stay lama2 dekat sesuatu tempat dan cepat boring. Sebagai parents, kena bijak fikir macam mana nak kawal budak2 yang dikategorikan sebagai buas ni.
Ada beberapa cara yang anda boleh buat,

Contohnya:-

*bergilir-gilir jaga anak, macam bagi mak makan dulu sementara ayah jaga budak tu sat pastu tukar pula.

*bawa buku tulis + pensel warna supaya depa ada benda nak buat.

*bawa mainan (sediakan box untuk letak mainan depa)

*bagi phone/tablet at least boleh la tengok kartun/ didi n friends/main game ( ni jangan selalu sangat nanti asyik nak main phone ja, sekali sekala ok la)

Paling penting parents ingatkan anak2 siap2 untuk duduk baik2 masa dekat restoran/ mana2 tempat yang ramai orang & parents pun boleh juga janji dengan anak untuk bagi depa reward kalau depa jadi good boy/girl. At least dapat la jugak elak kejadian2 macam tu.Jangan disebabkan anak kita, orang lain yang terpaksa tanggung. Ingat, kalau perkara macam tu jadi, orang tak akan salahkan budak tu sebab depa kecik sebaliknya depa akan salahkan parents sebab tak pandai nak kawal anak.

Thanks untuk yang luangkan masa baca confession ni, hopefully ini akan menyedarkan kita dan ambil tindakan yang sepatutnya.

– Yang berada di tempat kejadian.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit