Perangai Orang Yang Kuat Meniru

Perangai Orang Yang Kuat Meniru

PERANGAI ORANG YANG KUAT MENIRU

Salam readers. Tq jika confession aku di approve. Sedikit pengenalan nama aku Ann( bukan nama sebenar). Bulan 2 ni adalah sem terakhir aku di IPTA. Aku nak cerita pengalaman aku berdepan dengan orang yang kuat meniru sepanjang dekat u.

1. Orang yang kuat meniru ni dia suka ajak kawan-kawan lain join sekali. Dalam erti kata lain share jawapan. Pastu ayat dia; sharing is caring. Pui ! Nak meniru, meniru la diam-diam jangan dok ajak kawan yang lain join sekali. Orang lain nak belajar dalam keberkatan, tolong jangan mempengaruhi minda suci kami!

2. Mereka suka berdamping dengan golongan dean list. Minta tengok report la assignment bagai. Kalau suruh ajarkan boleh la den nak tolong. Ini tak siap suruh email assignment/lab report yang dah siap dengan alasan nak tolong print. Puiii tolong jangan percaya aku dah kena dah masa first year dulu. Last-last kena panggil dengan lecturer dan siap kena potong markah!

3. Kalau ada test depa akan cop tempat untuk golongan dean list ni(walaupun hang tak rapat dengan depa). WAH DAEBAK! Pandai permainan dia. Mereka akan pastikan mereka berada di antara golongan DL supaya senang nak meniru. Aku tak bagi meniru k! Dia yang usya kertas aku macam nak tembus! Kalau dia tanya pun aku bagi jawapan salah. Hahaha padan muka.

4. Kebanyakan peniru ni MUKA TEMBOK. Yang ni paling aku meluat sekali, dah la meniru pastu dok acah innocent cakap tak study bla bla tup-tup dapat markah tinggi. Pui memang la tinggi dah dok kutip jawapan orang. Tak malu betul.

5. Pada pemerhatian aku, kebanyakan yang meniru ni memang kuat bodek lecturer, pastu mengaku study sampai tak tidoq. Lagi satu suka canang keburukan orang dekat lecturer. Pui hebat permainannya!

6. Aku pernah cuba nasihat. Last-last dia cakap aku acah suci, tak sporting, nerd, bajet alim la bla bla. Dia cakap banyak lagi orang pandai dalam kelas ni yang boleh ‘bantu’ dia. Dan dia mula canang keburukan aku dekat orang supaya semua orang bencikan aku.

Jadi tu la serba sedikit perangai depa ni. Mungkin ada yang aku tertinggal, hampa pandai-pandai la tambah kat komen.

– Ann

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit