Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.
Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia & dia setuju.
6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.
Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.
Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.
Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.
Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.
Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke.
-bersambung
– Faizin Islam
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Ada smbunggannya x….ksian prmpuan tu, kan dua sdg dlm tmpoh nak brubah
Ada smbunggannya x….ksian prmpuan tu, kan dua sdg dlm tmpoh nak brubah
U’re so cruel!! U’re so mean!! Die nk brubah, kn bagus..npe xbimbing die?npe tinggalkn die?sekurang2 nya die brusaha n u NOT APPRECIATE HER AT ALL
U’re so cruel!! U’re so mean!! Die nk brubah, kn bagus..npe xbimbing die?npe tinggalkn die?sekurang2 nya die brusaha n u NOT APPRECIATE HER AT ALL
Ok confession ni menarik dibaca. Baru sesuai dgn page ni
Ok confession ni menarik dibaca. Baru sesuai dgn page ni
Mana sambungannya?
Mana sambungannya?
Kesiannya…aku menanti smbungan cite
Kesiannya…aku menanti smbungan cite
.
ohh bab2 ni laju je ea Sajidah Razak ?
.
Bosan~
Bosan~
Ego melebihi kewarasan. Padan muka da gila talak.
Ego melebihi kewarasan. Padan muka da gila talak.
Menyampah betul ade plak sambungan. Ingat drama ptg2 gamaknye.
Mohon bertabah sis
Sis taa kuadd ??
Menyampah betul ade plak sambungan. Ingat drama ptg2 gamaknye.
kau sepatutnya bimbing dia bukan ceraikan dia……arap kau tak menyesal la…
kau sepatutnya bimbing dia bukan ceraikan dia……arap kau tak menyesal la…
To be continue
To be continue
Adoii.. Hg ni.. Insaf cepat sikit!
Adoii.. Hg ni.. Insaf cepat sikit!
Sambungan plss
Sambungan plss
Nyirap nengok confess kau ni..belagak ego tinggi melangit….cam si
Nyirap nengok confess kau ni..belagak ego tinggi melangit….cam si
Sampai hati kau buat dia mcm tu…
Sampai hati kau buat dia mcm tu…
Kau sebagai suami, kau didik lah dia, abis tu apa tugas kau seorang suami?
Kau sebagai suami, kau didik lah dia, abis tu apa tugas kau seorang suami?
Kalo utk part ni, hmmm mmg bro ni bg aku laki x matang.. Part ni la.. Tp dah kata ada sambungan, tunggu jela.. Sebaik2 manusia. Manusia yg sedar dirinya nak berubah ke arah kebaikan.. Beruntung sbnr nya dpt yg sedar nk berubah sbb insyaAllah dia akan jd lbh baik dan baik pd masa akan dtg..

Sorry to say..aku taknak judge or kate ape2 lah..but eventually, kau dah 1st, jatuh kan maruah dia sebagai seorang isteri.. 2ndly, kau sangat bongkak dengan ilmu yg kau ada..isteri kau nak belajar benda tu semua..nak belajar agama ni tak ada istilah dah terlambat atau tak..even kau dah berumur 100 tahun pun, kau kena faham, hidayah itu milik Allah..3rdly, sebagai suami yang berilmu pengetahuan, kau bimbing lah dia..kalau kau setakat tahu semua benda tapi asas2 mcm ni pun kelaut, tak kemana bro.. Dia menangis i can sense that dia tu seorang yg lemah lembut & bersopan santun..ape2 hal pun, good luck in everything.. Kau kena faham, nak belajar agama ni, tak kira pada umur..even golongan mualaf pun mereka start ambil tahu pasal agama islam dari 0 to hero..mereka berumur 25 tahun ke bawah ke? Hurmm..penceraian tu bukan benda main2 kot..kau ni lelaki tak tahan dugaan.. Kena duga sikit meroyan, pastu amek jalan mudah then terus simply cerai..sian lu der..moga Allah permudahkan urusan lu
semangatnya komen . ????
Mohammad Hafiz hidup mesti harus bersemangat..hahahhahaha..
Banyak nye likes..takut..?
Hehe. Mmg semangat. Tapi betul LA tu.
Hahaha tengs nur syahidda..sebab ai jadi geram bila ade kes macam ni..rase nak tampar2 je confessor ni..hahahha
Kesian lelaki mcmni xboleh jd pembimbing yg baik.. cerai dihujung mulut.. ni la ujian bg org yg berilmu mcm dy.. ade ilmu tp dgn isteri sendiri pn ego.. isteri tu sanggop nk belajar.. klu aku menangis dlm hati… tkesan dgn kesungguhan isteri.. sbb tu aku bkn lelaki.. perempuan.. ade hati nurani…
Setuju ngan komen sis. Tak sangka org mcm ni pun ada…
Dia ada otak & akal tapi dia beri zombie makan..nyam nyam
Agree lah w yr statement. Tgh baca tadi, ingt dia nak tlg ex wife dia tu, bimbing dia. Sekali sng2 lafaz talak. Kesian la laki mcm dia ni. Takde lah nak slhkan dia sgt, tapi kalau selfish sgt takleh jugak. Wife dia kita dpt rasa kot kalau kita dkt tmpt dia nak mengaku slh, tebal muka kot mengaku. Haih. Geram lahhhhhh ????
Sorry to say..aku taknak judge or kate ape2 lah..but eventually, kau dah 1st, jatuh kan maruah dia sebagai seorang isteri.. 2ndly, kau sangat bongkak dengan ilmu yg kau ada..isteri kau nak belajar benda tu semua..nak belajar agama ni tak ada istilah dah terlambat atau tak..even kau dah berumur 100 tahun pun, kau kena faham, hidayah itu milik Allah..3rdly, sebagai suami yang berilmu pengetahuan, kau bimbing lah dia..kalau kau setakat tahu semua benda tapi asas2 mcm ni pun kelaut, tak kemana bro.. Dia menangis i can sense that dia tu seorang yg lemah lembut & bersopan santun..ape2 hal pun, good luck in everything.. Kau kena faham, nak belajar agama ni, tak kira pada umur..even golongan mualaf pun mereka start ambil tahu pasal agama islam dari 0 to hero..mereka berumur 25 tahun ke bawah ke? Hurmm..penceraian tu bukan benda main2 kot..kau ni lelaki tak tahan dugaan.. Kena duga sikit meroyan, pastu amek jalan mudah then terus simply cerai..sian lu der..moga Allah permudahkan urusan lu
Kalau begini memang tak sepatutnya kau buat macam tu. Tugas suami la didik isteri bila isteri taktahu. Ini tak duk psiko sorang diri pisahkan isteri lepas tu jadi meroyan. Dia layak untuk bersama orang yang lebih baik hati budi dari kau.
Hmm satu je cakap, padanlah dgn muka tu. Awak suami yg kena bimbing dia bukan hukum dia n tinggalkan dia. Jaga jaga sbb dia dah mencari agama semula, dia akan dpt lebih baik dari yg dulu. Kesian hati seorang yg pernah jadi isteri awk tu.
Haha diriku dr cinta pun marah dan kecewa tau cam ni.. ?
Laila Abdul ???
Errr annoying gile
Pakaian, tak melambangkan keimanan seseorang.
Buat novel ke ni. Hmm
Bukankah tggungjawb seorg suami mendidk istri..
Bende dah lepas, ap blh buat.
Berdoa jelah, andai dia jodoh kamu, agr dpertemukan kmbali.. dan harp dia dpt memaafkan kamu..
Klu bkn jodoh, harp kmu blh lupakan dia..
Sesungguh nyer manusia sering melakukan ksilapan..
Alahai…patutnya awak.carilah sorang ustazah peribadi utk dia belajar solat…mengaji semula…saya pun sanggup jd ustazah tlg ajar bini awak..tak.bayar pun takper lah..apalah jenis suami awakni…kalau rasa nak cerai sbb si dia pernah curang ker berbaloi jugak..ni sbb dia tak tahu ngaji jer…ego sungguh ..
Tugas suami ade lah utk mndidik isteri nye.mohon tunduk kn ego tu sket
Best ah cite ni. Cane nak subscribe?
Sambung bro
Jangan mengharapkan yg sempurna, sedangkan kita pon sudah tentu xsempurna.. harapan wanita nie bila dah kahwin, dia ingin dibimbing.. sebab tulah perempuan selalu ckap yg kami nak lelaki yg boleh bimbing kami, sama2 menuju mardhotillah.. sebab tulah lelaki itu digelar sebagai pemimpin.. pemimpin agama, rumah tangga , anak bini.. bila dia xtahu, didiklah dia, bukan bila nampak kekurangan ,tinggalkan.. hmmm.. moga Allah mengampuni dosa kita semua dan moga hidayah Allah sentiasa dgn kita.. moga bekas isteri awk mendapatkan kehidupan yg lbih baik dan diredhai Allah..
Kejam. Kau patut merana. Bye .
Kau lah lelaki paling bodoh di dunia…
dia tak pandai ngaji , tp dia ada usaha nak belajar ngaji . kau ? konon suami tapi taknak ajar isteri ? ajar agama tu pun tanggungjawab suami , bro . bukannya kau perlekehkan dia . dah tay isteri tak pandai ngaji solat , ajarlah , besar saham kau tau tak . aku pantang lah orang bercerai berai hal remeh . lain lah bini kau tu kaki club ke , or kau nak ajar tp dia taknak ke . tapi tak , dia nak belajar tp kau buang dia . haishhhh . geramnya akuv.