Perasaan Sebuah Lelaki

Assalamualaikum.
macam dekat tajuk di atas, aku seorang lelaki yang baru habis pengajian dan dah dapat kerja di sebuah syarikat bertempat di Kuala Lumpur. Cerita ini adalah berkaitan aku yang kadang-kala aku mahu orang yang aku sayang faham dan tahu perasaan ini. Dipendekkan cerita, Insha allah sabtu dua minggu lagi aku bakal bertunang dengan perempuan idaman aku tetapi sekarang ini situasi menjadi tidak menentu.

Baru dua hari lepas kami berjumpa kerana aku membantu dia untuk menyiapkan dan bersedia untuk temujanji kerja pada minggu hadapan. Segala dokumen menggunakan komputer riba milik aku. Nak dijadikan cerita, sampai dirumah aku bukak komputer dan nak layan facebook untuk buang masa sebelum tidur, tetapi rupa-rupanya si Dia tak log out facebook miliknya di komputer aku dan ketika itu sedang rancak chatting box antara dia dan seorang lelaki lain (bro. I). Kalau korang sedar sekarang, bila orang hantar message ke inbox, automatik chat box tu akan terbuka dan aku nampak lah apa ditulis dalam tu.

I: Cantiklah baju raya you tahun ni. nampak lawa pulak :-)
Si Dia: Yeke ? I biasa-biasa je, tak cantik macam tunang you.
I: U cantik la, tu la dulu sebenarnya I suka dekat you tapi time tu you macam ada orang lain je.
Si Dia: Kenapa baru cakap ? I dulu pun suka dekat you. I diam sebab ingat nak tunggu U tegur I :(
I: melepas lah I, kalau tak mungkin kita dah bersama sekarang
I: *bunga*
Si Dia: bunga je ? ingatkan bagi love ke apa
I: <3

Lepas terbaca chat ni, aku terus tutup.. tak sanggup nak teruskan bacaan aku sebab aku rasa bersalah sebab baca tanpa izin, yang kedua aku rasa sedih sebab aku tahu yang aku cintakan dia sepenuh hati tapi kadang-kadang selalu jugak dia cakap dia terima aku sebab takda siapa nak dekat dia.Walaupun nada dia main-main, aku tetap rasa sedih tapi selalu baca orang lain post:

“perempuan walaupun dia sayangkan orang lain, orang yang datang melamar dia yang akan Win!”

Sekarang aku dah mula doubt dengan ayat atas ni, lepas aku tarik nafas aku mesej dia dan aku cakap

Aku: awak, saya terbaca chat awak time nak bukak facebook tadi tapi saya dah logout, siapa lelaki tu?”
Si Dia: lelaki tu kawan online I je, pakwe lame.. dia cakap dia suka dekat I dulu. hihi
Aku: kenapa awak borak perkara-perkara macam tu sedangkan dia dah ada orang lain, saya ada untuk awak.
Si Dia: dia kawan jelah. awak ni kuat cemburu. kan saya memang ramai kawan lelaki!
Aku: tak boleh ke kalau saya jadi kawan lelaki awak yang satu-satunya.?
Si Dia: bye awak, suka sangat jelous over!

Lepastu aku terus diam, hati aku rasa seperti dihiris. Adakah salah aku kerana buat dia terpaksa terima aku dalam hidup dia ? aku pun tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku dah lama jauhkan diri dari perempuan lain semata-mata fokus kepada dia, dia pun tahu aku buat kerana aku tahu itu boleh buat dia tahu dialah segalanya. kadangkala kalau kawan perempuan mesej aku, aku suruh dia balaskan dan kalau perkara tak penting aku biarkan saja mesej tu. Aku berharap dia boleh buat keputusan untuk decide apa yang dia mahukan.

Apa yang aku nak sampaikan selepas ini adalah usaha seorang lelaki untuk menghalalkan seorang wanita:

Aku baru mula bekerja dengan gaji RM2400 sebulan, kami target untuk kahwin pada awal bulan 3 tahun hadapan. Jadi dengan gaji yang aku dapat, aku tahu tak mampu lagi untuk kumpul duit untuk segala-galanya. Duit kenduri, mas kahwin, hantaran, duit rumah/duit sewa, duit untuk beli kenderaan. Jadinya usia muda yang ada, aku gunakan kudrat untuk usaha mencari duit. Alhamdulillah ayah aku memberi aku pinjam kereta axia untuk ulang alik kerja kerana risau aku menggunakan motor dalam perjalanan jauh, jadi untuk mencari duit lebih aku masuk kerja pukul 8, aku mintak dekat bos untuk rehat 30 minit dan keluar 4.30 ptg setiap hari. untuk makan tengahari, selalunya aku makan nasi + telur mata RM2. kadangkala memang rasa nak makan sedap (McD, Ayam goreng, sushi dan lain-lain) tapi aku kena jugak control dan akhirnya aku rasa dah selesa makan nasi dengan telur hari-hari. RM2 x 24hari baru RM48 sebulan untuk makan tengahari. Aku keluar 4.30 petang, aku terus buat uber sampai pukul 10malam. Jadi uber ni tak menentu tapi selalunya sehari dapat dalam lingkungan RM250-300, tapi ini bukan bersih sebab tak tolak duit minyak dan lain2. Hujung minggu pulak aku kerja part time dekat kedai buku jadi sebulan dapatlah dalam RM600-700 sebulan. Aku cuba nak memberikan perkahwinan idaman buat si Dia, aku tak mengharapkan ganjaran tapi aku cuma mengharapkan dihargai sahaja.

Dalam masa aku bekerja pun, ada masa je aku akan balas mesej dia. aku tak pernah abaikan dia. tapi selalu dia kata aku ni macam tak sayang dekat dia je. sedangkan semua yang aku buat untuk menghalalkan dia, walaupun aku nak makan makanan sedap/beli barang-barang untuk aku, aku akan terus tak jadi sebab aku fikir tanggungjawab aku untuk cari duit dan aku kena control diri aku. aku tak tahu lagi dekat mana salah aku dalam bab ni sampai dia kata, aku tak serius sayang dekat dia.

perempuan kena tahu juga, lelaki ada perasaan. selalu korang usha lelaki time keluar siap korang cakap depan-depan lagi.
“awak cubalah jadi macam dia tu, hensem dan bergaya pulak tu”
“wah, pakwe hensem lah”
lelaki rasa je dalam hati tapi sebab sayang, perasaan tu diabaikan tetapi still perempuan cakap
“LELAKI SEMUA SAMA!!”

perempuan terlupa juga yang lelaki buat segala-gala untuk dia dan kadang-kadang kami terlupa perkara kecil, jadi kami berharap yang kamu boleh bantu kami untuk memahami kamu. kalau tak nak direct, bagilah klu yang berkaitan contoh macam:

“Cantiknya baju tu”
“Perut I kosong lah”

Janganlah bagi klu macam ni:
“gelapnya luar tu” tapi dalam hati ( jomlah keluar)
“panaslah hari ni” tapi bila lelaki offer air atau ajak masuk tempat sejuk awak merajuk (rupa-rupanya awak nak aiskrim)

Jadi, kalau nak bagi klu bagilah yang berkaitan agar kami faham, anda pun gembira.

Teguran dari seorang lelaki kepada orang yang dia sayang tu bukan suatu kritikan tetapi tu tanda kasih sayang, walaupun selembut mana teguran tu, janganlah ambil dari sudut negatif. Dalam era pemodenan sekarang ini, kita lebih suka terima teguran dari orang popular dari orang terdekat yang ada dengan diri kita (keluarga dan yang tersayang).

Natijahnya, apa yang kami buat dan usahakan sebenarnya untuk kamu juga, sementara belum berkahwin bolehla kami usahakan sehabis baik tapi lepas dah berkahwin, kehidupan keluarga dengan kerja hendaklah disama-ratakan agar kita lebih bahagia. Hargailah dan jagalah hati siapa yang ada bersama kita dan sekarang hidup aku masih celaru. mohon doakan aku terus kuat dan dapat kebahagiaan yang diimpikan.

Kesetiaan dan komunikasi yang efektif menjadi kunci kebahagiaan (mengikut prinsip aku, sang fakir yang selalu gagal tapi mahu bangun kembali)

Aku cerita cuma nak meluahkan bukan hendak menghukum kerana mungkin aku tidak layak untuk dia dan moga apa yang aku tulis ini dapat memberikan kesedaran kepada diri aku sendiri untuk menjadi lebih berguna dan memahami. amin

1.09am,
Titipan dari atas pondok,
Ditemani kehijauan malam,
ditemani angin sepoi-sepoi bahasa,
Hidup Sekinmal! (Sekinchan + Jamal)

– GoJ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit