Perempuan Berhati-hati

Assalamualaikum wbt

Terima kasih admin sekiranya sudi menyiarkan confession ini. Aku harap rambutan dan perempuan-perempuan lain dapat baca confession aku ni.

Baru-baru ini kita dihidangkan dengan banyak kisah mengenai teman sebilik/roommate. Kisah-kisah tersebut menceritakan tentang karakter buruk perempuan, sebagai contoh, Maria dalam confession Roommate Dalam Selimut (RDS). Maria digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, suka mereka cerita untuk memburukkan orang lain dan membuat fitnah.

Spesies Maria ini memang banyak kan? Dekat sekolah ada, dekat universiti ada, dekat tempat kerja lagi berlambak. Macam mana spesies Maria ni boleh membiak dan bertambah?

Sebabnya adalah kerana orang disekeliling yang bagi muka pada golongan ini. Jadi aku terpanggil untuk memberikan 2 tips macam mana kita boleh memupuskan/ mengurangkan bilangan spesies Maria ini dari muka bumi ini. Kalau korang ikut 2 tips ni, inshaAllah hidup korang akan lebih bahagia dan kurang drama.

Tips 1 : Jangan layan bila ada orang cerita buruk pasal orang lain.

Sekiranya ada kawan atau siapa-siapa yang datang dekat korang nak menjoyah/menjemah/ nak cerita buruk pasal orang lain, korang pergi bisik dekat telinga dia,

“Yusoof Taiyuuuuuuubbbbb”.

Ok, gurau.

Korang pergi azan dekat telinga dia. Cerita buruk pasal orang lain/ mengata/ mengumpat tu berdosa.

Hadis Nabi, “Dari Imran bin Husain radhiallahu anhu dari Nabi sallallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Aku diperlihatkan syurga. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir (miskin). Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari, 3241 dan Muslim, 2737)

Sebab apa dekat neraka banyak perempuan? Salah satu sebab adalah kerana tidak menjaga mulut. Orang perempuan ramai yang suka mengata/mengumpat orang lain. Lelaki pun ada yang suka mengumpat, tapi tak seramai dan sehebat perempuan. Sebab tu perempuan ni banyak drama berbanding lelaki, sebab ramai yang suka jadi makcik bawang.

Aku ada seorang kawan. Dia pernah jadi cikgu dekat sekolah. Dia kena label ‘kera sumbang’ sebab dia tak join cikgu-cikgu lain makan dekat kantin sekolah. Dia tak suka makan dekat kantin sekolah sebab bila dia makan dekat situ, pasti ada cikgu-cikgu perempuan lain yang sibuk mengata/mengumpat pengetua/ cikgu perempuan lain. Setiap hari. Every single day. Kantin tu seolah-olah taman neraka. Daripada dapat dosa kering dengar orang mengumpat, lebih baik dia bawa bekal dan makan dekat bilik pantri.

Jadi kepada rambutan dan classmate Maria, bila Maria buka mulut cerita buruk pasal orang lain, korang jangan layan. Eh Maria aku tak berminat la nak dengar cerita ni. Aku pergi toilet dulu ek. Cuba lari/ elakkan diri dari dengar cerita buruk pasal orang lain.

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?” (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Hujurat, ayat 22)

Tips 2 : Jangan percaya 100% pada cerita yang sampaikan

Bila kawan korang datang nak cerita buruk pasal orang lain, please jangan percaya 100%. Walaupun kawan korang tu alim macam ustazah, pakai tudung labuh sampai buku lali, please jangan percaya.

Selidik dulu betul ke tak cerita tu. Islam mengajarkan kepada kita konsep tabayyun. Tabayyun adalah kita teliti dan selidik dulu sesuatu cerita/kisah/berita, untuk memastikan kesahihan/kebenaran. Jangan dengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Kena dengar dari kedua-dua pihak.

Sebagai contoh, Maria cakap dekat Rambutan , “Eh rambutan, ko nak tahu, Lisa cakap ko gemuk, Ana cakap ko mulut busuk”.

Kepada rambutan, jangan percaya terus apa yang Maria cakap. Pergi selidik dulu. Jumpa dengan Lisa & Ana, tanya betul ke apa yang Maria cerita tu.

Korang bayangkan kalau semua orang mengamalkan sikap tabayyun ni, sudah pasti fitnah tidak akan tersebar, drama pun tak akan berlaku.

Masalah orang perempuan Melayu kita adalah, bila dengar je cerita buruk, terus percaya. Ada yang sampai tahap boikot lagi. Sebab tu banyak drama. Cuba kalau korang selidik dulu, jangan percaya bulat-bulat, sudah pasti spesies Maria ni akan kantoi dan semakin terancam. Lama-lama diorang pun tak berani nak cerita buruk/ reka cerita pasal orang lain. Maka akan mereput la spesies Maria ini. Hidup korang akan lebih aman tenteram.

Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita, maka tabayyunlah (telitilah/selidiklah dulu) berita tersebut, agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.
(Surah al-Hujurât, ayat 6).

Aku akhiri confession ini dengan serangkap pantun,

Kerana mulut badan binasa,
Kerana mulut masuk neraka.

Kepada perempuan, berhati-hatilah dengan mulut anda dan mulut orang disekeliling anda!

– Ustazah Jadian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit