Perempuan Jangan Cepat Perasan

Perempuan Jangan Cepat Perasan

Assalammualaikum,
Terima kasih kepada admin jika confession ni dapat disiarkan.

Hari ni aku nak sentuh pasal perangai perempuan yang cepat perasan kalau dia berkawan dengan lelaki. Aku ada seorang kawan perempuan yang bila dia tengah berkawan dengan lelaki kan, dia selalu rasa yang lelaki tu anggap dia someone special. Kira macam dia perasan yang lelaki ni dengan dia ni konon-konon couple la. Walaupun lelaki ni tak pernah declare atau confess pape pon kat dia.

Aku paham sebagai perempuan, kita ni kadang-kadang cepat perasan kalau lelaki tu layan lebih sikit. Memang kita akan cepat jatuh suka kalau lelaki tu caring terlebih. Tapi pada aku, memang aku akan tunggu lelaki ni declare dulu kalau betul dia suka kat kita mesti dia akan confess terus kan. Macam kawan aku ni masalahnya kawan lelaki dia tu memang ada ramai gila kawan perempuan, dan dia pulak jenis yang gentleman semua perempuan pon dia layan baik. Jadinya kawan aku ni selalu la hangin bila kawan laki dia ni layan perempuan lain lebih-lebih.

Aku pon tak taw macam mana nak nasihatkan dia. Aku dah cakap banyak kali jangan duk mengharap sangat kat lelaki selagi lelaki tu tak declare betul-betul hubungan diorang tu macam mana. Tapi dia still jugak insist yang lelaki tu layan dia lebih dari kawan biasa, so dia ada hak la nak rasa jealous ke apa bila lelaki tu kuar dengan perempuan lain. Memang sejak dari diorang start berkawan tu dia tak habis-habis asyik rasa heartbroken la sakit hati la bila lelaki tu keluar dengan perempuan lain.

Actually bukan dengan lelaki ni je, sebelum-sebelum ni pon kes macam ni jugak dan aku pon memang dah berbuih mulut cakap benda yang sama je. Tapi still benda sama jugak yang jadi, sampai aku sendiri pon pernah highlight kat dia yang lelaki tu anggap dia macam kawan biasa je, so tak payah la dia nak over sentap pastu sakit hati kan bila lelaki tu keluar dengan perempuan lain.

Lagi satu, aku pernah jugak usulkan kat dia suruh dia terus terang je dengan kawan laki dia tu. Tanya betul-betul dia anggap kawan aku tu apa, kawan biasa je ke? girlfriend ke? Tapi kawan aku tu tak nak sebab dia takut lelaki tu reject dia lepas tu dia terus tak dapat berkawan langsung dah dengan lelaki tu. Aku bukannya apa, kesian sangat dengan kawan aku ni. Banyak kali dah asyik dia je yang suka kat lelaki tu beria, tapi lelaki anggap dia macam kawan biasa je. Bila dia heartbroken tu bukan biasa-biasa tau siap nangis-nangis dengan selera makan hilang lagi.

So kalau korang ada idea-idea bernas macam mana aku nak nasihatkan kawan aku ni mungkin korang boleh komen kat bawah ni hahaha boleh la aku selamatkan kawan aku dari heartbroken lagi. Pastu pada lelaki-lelaki kat luar sana kalau korang takde niat nak ambik perempuan tu jadi bakal isteri korang tak payah la duk tunjuk caring terlebih. Sesetengah perempuan ni memang hati dia cepat cair, tak pasal dia perasan cam kawan aku ni ha dan terjatuh hati kat korang pulak. Okay akhir sekali terima kasih sebab sudi baca confession aku ni. Aku doakan semoga kawan aku ni akan bertemu lelaki yang betul-betul suka kat dia satu hari nanti dan dia takde nak heartbroken lagi. Amin….

– Minn Edina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments