Perempuan Tak Suka Lelaki Baik?

Perempuan Tak Suka Lelaki Baik?

Hai pembaca iium confession !

Tujuan aku tulis confession ini adalah untuk meminta tak pembaca tentang lelaki yang baik ini. Terus terang la aku perempuan dan mestilah aku nak cari lelaki yang baik untuk dijadikan pasangan. Tapi, kita mesti dengar ayat clince bila nak breakup baik lelaki mahupun perempuan

‘Awak terlalu baik untuk saiaaa’

Sebenarnya aku nak cerita pasal adik lelaki aku seorang ni. Dia masih bersekolah menengah dan dia satu-satunya lelaki dalam adik beradik 5 orang ni. Aku no.2 dan sedang belajar di kolej.

Cuti sem baru-baru ni aku balik ke rumah dan aku sedar adik aku ni ada perubahan sikit. Aku panggil dia mat (bukan nama sebenar). Mat ni tiba-tiba jarang bercakap ( padahal kalau cakap atau sembang bising satu rumah). Dia jugak selalu tidur dan menyendiri dalam bilik ( mat ni selalu suka keluar lepak cc tapi mat ni jarang main dia selalu tengok kawan dia main game). Tapi , mat ni still cakap macam biasa dan makan sama-sama kalau ada peluang. Aku syak dia baru lepas putus cinta.

Satu hari aku nak pinjam phone dia sebab aku lupa phone aku letak kat mana. Masa aku nak cari nombor aku kat phone log aku tetiba tertengok phone call history. nombor phone sama didail banyak kali. Aku tengok mesej inbox & ya, dia direject sebab dia terlalu baik. Nak kata adik aku baik, hmm mungkin tak lah baik sangat tapi lurus tu ya.

Aku dapat tahu dari kawan adik aku yang perempuan tu dulu luah perasaan kat adik aku. Itu pun sebab heboh memang adik aku si mat tu menyimpan perasaan kat perempuan tu. Aku difahamkan perempuan tu lepas clash dia berpasangan pulak dengan seorang lelaki yang aku difahamkan lelaki itu student yang problematic ( menurut kawan adik aku ) maknanya dia ada banyak masalh disiplin di sekolah

Situasi ni tiba-tiba mengingatkan aku kat segelintir kawan aku. Elok berpasangan dengan yang baik, tiba-tiba break up dan cari pasangan yang bagi aku bermasalah. Bila aku tanya kenapa break, dia kata lelaki itu bosan gila, jarang nak keluar date, chat sepatah balas sepatah itu dan ini. Kenapa aku kata lelaki baru ni bagi aku bermasalah? Heret kawan aku date sampai lewat malam ( sebagai housemate, mesti kita risau kalau kawan housemate kita balik lewat malam & lagi teruk boleh jatuh fitnah ), otp sampai ke subuh, mencarut tak tentu hala dan lain-lain.

Kadang-kadang aku kesian kat lelaki yang terlalu baik ni. Tapi aku sedar, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Aku ada cakap kat adik aku si mat tu pasal ni sebab aku tak nak dah tengok adik aku frust menonggeng lagi. Pasal kawan aku itu, aku tahu manusia boleh berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin lelaki itu sekarang problematuc, tapi dia mungkin boleh berubah jadi baik dari aku pada masa akan datang ( berprasangka baik ). Cuma aku tak nak jadi apa-apa tak baik kat kawan aku.

Aku tertanya-tanya apa pendapat pembaca tentang lelaki yang terlalu baik yang selalu direject ni. Aku tahu perempuan pun mengala mi masalah yang sama cuma kebanyakannya direject sebab tak lawa ( kalau baik tak lawa pun apa guna , macam aku , haha. Aku tak kata cantik itu jahat, tapi cantik itu adalah keistimewaanya. Mungkin aku ada keistimewaan yang lain – ayat sedapkan hati ). Jika lelaki dipilih kerana harta , perempuan pula dipilih kerana kecantikan.

– kakak mat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments