Permintaan Daripada Mak

Permintaan Daripada Mak

Ini hanya luahan hati aku. Aku tak ada niat nak burukkan mak atau keluarga aku.

Dalam family aku ni macam yang paling pandai. SPM 2017 haritu result aku okay; lepas la kalau aku nak minta scholarship bagai. Adik beradik aku ramai and aku ni yang second last so lagi tinggi la harapan mak ayah dekat aku. Lagi pulak aku seorang ja yang masuk MRSM dari form 1.

Mak aku nak sangat at least seorang anak dia jadi doktor. Biasa la tu, mak aku orang kampung. So kalau anak kau jadi doktor kira hebat la keturunan kau ni. Mula mak aku letak harapan dekat kakak sulung aku sebab dia pun pandai jugak tapi dia taknak and decide nak ambil nursing. And abang abang aku memang tak la. Dua dua ambil engineering. Jadi secara tak langsungnya harapan tu turun dekat aku.

Aku memang tak minat bio bagai ni and aku sendiri rasa yang aku ni lagi bagus ambil maths, accounting etc. Mak aku memang tak support lah aku minat benda ni; takut duit haram la, tak jalankan amanah la. Sampaikan waktu tengah isi UPU, mak aku cakap ambil la asasi Sains. Aku time ni dah give up. Aku macam okay la, aku ambil jugak route nak ke doktor walaupun dalam hati tak rela.

Waktu aku still sekolah, mak aku ada cakap jangan la minta matriks nanti tak kemana. Sebab dulu kan sijil matriks ni tak boleh buat kerja and cuma valid untuk sambung university. Lepastu aku pun cakap la yang start 2016 sijil matrik dah laku. Mak aku pun cakap okay. Aku tahu sangat yang okay mak aku ni maksudnya dia tengah sedih la orang tak iya kan cakap dia. Aku still isi jugak matrik sebab budak MRSM memang wajib isi. Mulanya aku ambil sains lepastu aku ubah jadi akaun diam diam.

Lepastu time isi upu mak aku suruh ambil asasi sains UPNM. Aku jujur cakap yang aku rasa aku takkan lepas interview sebab aku ni bukan athletic pun. Mak aku tak bagi ambil diploma sebab dia kata buang masa. Time ni aku memang dah reda. Apa yang dia cakap and suruh, aku ikutkan ja. Bila mak aku tau aku ada pilih UiTM dia macam tak puas hati sebab dia kata yang UiTM ni tak bagus. Dalam hati aku dah bengang, apa hak yang dia ada nak judge benda tu bagus tak bagus?

Mungkin ada yang cakap aku ni anak tak guna, mak mintak sikit je pun. Tu pun berkira. Aku just nak cakap yang kalau hidup kau dari tadika mak kau tentukan sampai kau nak kerja pun dia pilih, akan timbul jugak rasa nak rebel bagai. Mak aku ni jenis nak menang. What she says, goes. Ada jugak kadang aku rasa macam nak melawan tapi aku sabarkan hati, aku buat tak dengar. Ni aku submit pun sebab aku tak boleh nak cerita dekat adik beradik aku. Takut nanti ada yang terasa.

– Ali

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit