Pesan Jodoh Dari Ibu Ayah

Pesan Jodoh Dari Ibu Ayah

Assalamualaikum, admin and the Readers. Ini kali pertama aku buat confession kat sini. Okey, aku nak berterima kasih kat admin yang sudi approve, and readers yang sudi membaca.

Malam tadi, masa tengah Dinner 1 family. Ayah buka cerita pasal Jodoh, Ayah tanya Angah and Kakak aku pasal diorang punya Jodoh. Sebab Angah aku ni cakap yang dia stress duk fikir pasal orang asik tanya bila nak kahwin. Maklum lah, musim cuti sekolah ni musim kahwin jugak.

So Ibu cakap laa, Ibu dulu lagi stress sebab Uwan (Moyang aku) asik cakap “Bila laa aku dapat tengok Lina kahwin ?” “Aku naakk sangat tengok kau kahwin sebelum aku pergi”. Itu je lah Uwan duk cakap hari-hari kat Ibu tau. Tapi last sekali dapat jugak Uwan tengok Ibu kahwin.

Ibu dulu-dulu, doa sejak Ibu umur 15 lagi. Ibu doa, semoga diberi jodoh yang baik, yang dapat membimbing Ibu, yang tak merokok, yang dapat jaga kedua IbuBapa, yang berbakti pada keluarga, yang cantik rupanya, secantik akhlaknya. Alhamdulillah, allah makbulkan. Dapat lah Ayah.

Then, aku tertanya kat Ibu aku, “Ibu, macam mana Ibu jumpa Ayah ?”.

Then, Ibu aku cerita lah. Ayah aku ni kerja Technician di Telco company. So 1 hari tu, ayah aku nak betulkan 1 nombor ni, but ayah tersalah dial. Ayah ter dial no rumah atok aku, tapi masa tu Mokde aku yang angkat call tu. And then ayah pun minta maaf bla bla bla, lepas seminggu macam tu. Ayah call lagi no rumah atok aku.

Tapi Mokde cakap dekat Ibu aku “Akak ambik laa no ni, aku taknak lah” so sejak dari itu Ibu aku take over. Ibu cakap, Ibu jumpa Ayah 5 kali je, lepas bertunang 3 kali. Takde nak dating bagai, tengok wayang pun tak. Cuma jalan-jalan and makan, lepas tu balik. Tapi macam mana boleh kahwin dengan Ayah ?

Sebab dulu, Ayah lelaki pertama yang Ibu kenal jaga solat. Walaupun dulu Ayah tak berapa tahu mengaji, tapi effort Ayah untuk belajar tu tinggi. Ibu sikit-sikit ajar Ayah, sama-sama belajar masa tu sekarang, Ayah dah terror daripada Ibu. Walaupun dulu Atok cakap “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”. Tapi Ibu yakin dengan Ayah.

Tengok sekarang ? Ayah lah menantu yang jaga Atok dan Uwan sampai akhir hayat. Ayah lah yang hari-hari bawak uwan naik motor ke Surau, Ayah lah yang rajin bawak Atok kesana sini. Ayah lah yang menggantikan tempat Atok di surau. Walaupun dulu masa kahwin, gaji Ayah hanya RM200. Tapi Ibu tak pernah minta emas, itu ini.

Dulu, Ayah ni ramai yang minat tau. Sebab, dulu Ayah Bilal surau, setiap kali Azan, mesti ada yang mengintai sebab nak tahu siapa yang Azan. Ayah memang setia dengan Ibu, walaupun ramai je yang try kacau rumahtangga Ibu Ayah.

Sebab itu Ibu cakap, doa dari remaja. Minta Jodoh yang baik-baik, Ibu bukan nak suruh fikir pasal kahwin ni awal-awal, tak. Ibu cuma suruh doa minta yang baik-baik dari awal. Ada rezeki, allah akan makbulkan.

And Ayah pesan to anak lelaki Ayah, kalau dah suka, terus beranikan diri jumpa Ayah dia. Macam mana yang Abangah nak orang buat dekat Adik-Adik perempuan Angah, macam tu juga Angah kena buat dekat Anak Gadis yang Angah minat. Jangan biar gantung tak bertali. Jangan bawa ke hulur ke hilir, hormat dan jaga maruah dia sebagai seorang perempuan. Ingatkan dia pasal solat dan agama. InsyaAllah, dia akan yakin dengan Angah.

Ayah pesan lagi, Angah kena ingat. Angah ada adik perempuan, kalau Angah buat tak elok dekat anak orang, Ayah takut bukan Angah yang dapat balasan tu, tapi Adik-adik yang akan dapat Balasannya. Ingat tu.

So kat sini, aku nak terangkan. Aku bukan nak tunjuk Ayah aku itu and ini, tapi apa yang aku nak sampaikan is. Jodoh tu boleh datang bila-bila masa and dekat mana je. Yang penting, kita kena doa.

Aku nak cakap lebih-lebih pun tak boleh jugak kan, sebab aku pun still muda. Tapi aku dah start doa. Kisah Ibu Ayah aku memang jadi inspirasi untuk aku. Itulah beza orang lama and orang baru. Orang dulu jumpa nya sekejap and jarang. Orang sekarang ? Belum apa-apa dah pegang tangan.

Korang cuba tanya how your parents boleh berkenalan and kahwin.

So ni je lah confession aku, Assalamualaikum.

– Anak Ibu Ayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments