Pesanan Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada admin iium kerana sudi kongsikan kisah aku “ Travelog Kehidupan Mangsa Pedofilia” . Kepada pembaca dan pemberi komen, doa-doa kalian menaikkan semangat ku untuk terus menjalani hidup seharian. Aku doakan kembali untuk kalian “ Ya Allah, Kau kurniakan mereka balasan yang terbaik..Kau kurniakan mereka serta ahli keluarga mereka keselamatan dan perlindungan dunia dan akhirat. Kau temukan, Kau kumpulkan kami bersama di syurga kelak. Aamiin ya Rabbalalamin”.

Terima kasih semua, syukur alhamdulillah kerana ada saudara seumat yang menyayangi aku walaupun kita tak pernah bertemu. Aku berharap tulisan aku yang ni di publishkan juga oleh admin, kerana ada isi penting yang ingin aku sampaikan dan ini adalah tulisan aku yang terakhir diruangan iium. Mohon jasa baik admin ya, In shaa Allah.
Aku bukan sesiapa, aku bukan penulis, aku hanya insan yang ingin melihat kanak-kanak di seantero dunia menjalani kehidupan dengan baik, gembira dan dilindungi. Setiap kisah yang aku tulis adalah confess yang benar dengan tujuan berkongsi kisah dan pengajaran kepada para pembaca supaya peka terhadap isu yang aku sampaikan.

Dengan medium yang ada ini, aku harap lebih ramai orang berhati-hati terhadap jenayah Pedofilia, dan ketahuilah kisah derita manusia itu ada walaupun ada sesetengah insan mengatakan ianya sukar di percayai penderitaan itu berterus-terusan atau luar kebiasaan sesetengah masyarakat. Aku akui aku insan yang terpilih untuk menghadapi ujian besar dan derita ini. Pasti ada hikmah mengapa aku dipilih Allah untuk melalui semua ini.

Para pembaca, berikut beberapa kisah yang ingin aku sampaikan yang pada awalnya aku keberatan untuk berkongsi, tapi setelah difikirkan dan mohon keredhaan Allah aku jadi terbuka hati untuk jadikan ia sebagai pengajaran untuk kita bersama terutamanya kepada kalian yang bergelar ibu bapa. Aku bukan mahu mengecam, tapi terimalah hakikat kebenaran sebenar ada perkara yang mungkin tidak diketahui umum tapi diketahui sesetengah pihak. Sekitar tahun 2006, ingat tak lagi kejadian aku duduk di rumah mak angkat aku ? Sebenarnya salah seorang anaknya yang berusia 4 tahun ketika itu pernah diculik oleh Pedofilia ketika dalam jagaan adik bapa mereka pangkat makcik untuk kanak-kanak tersebut . Pada hari kejadian makcik mereka ketika itu sibuk memasak untuk makan malam.

Kejadian berlaku sekitar 6 petang dimana mereka empat beradik bermain dihalaman rumah. Menurut makcik tersebut tidak sampai 5 minit, anak bongsu dan anak ketiga mak angkat aku yang berusia 7 tahun kedua-duanya perempuan hilang dari pandangan mata. Puas mereka mencari sekitar rumah dan kampung. Ketika itu pula bapa mereka tiada. Mak angkat aku belum balik dari kerja. Mak angkat aku hilang akal dah memikirkan anaknya setelah ditelefon adik iparnya mengenai kehilangan dua kanak-kanak berkenaan.

Dalam pukul 7.30 malam mak angkat aku call mengadu aku kejadian tersebut. Jantungku berdegup kencang memikirkan perkara negatif. Sejak dulu aku memang akan cepat merasakan perkara yang bukan-bukan bila berlaku sesuatu khususnya melibatkan kanak-kanak. Aku bukan berfikiran negatif kosong, tapi aku ibarat ada telepati terhadap kanak-kanak.

Walau aku tak kuat ketika itu, aku baca surah Yassin dan solat hajat agar Allah permudahkan urusan mak angkat aku dan kanak-kanak itu. Pukul 8.30 malam, anak ketiga mak angkat aku di hantar polis ke rumah. Menurut polis, kanak-kanak tersebut di tinggalkan disebuah kedai tepi jalan oleh seorang lelaki berkereta perodua kancil berwarna merah. Kata kanak-kanak tersebut, lelaki yang membahasakan dirinya abang menyuruh dia turun dari kereta untuk membeli rokok di kedai berkenaan dengan menghulurkan duit RM 5. Kanak-kanak tersebut turun dan dalam berapa saat, kereta itu meluncur laju meninggalkannya terpinga-pinga di tepi kedai berkenaan.

Adik bongsunya masih dalam kereta tersebut dan dibawa pergi oleh lelaki tidak dikenali itu. Kerana gusar dengan kejadian tersebut, pemilik kedai runcit berkenaan menghubungi polis dan apabila polis tiba di kedai runcit, kanak-kanak tersebut dibawa pulang kerumah mak angkat aku. Kebetulan, pemilik kedai itu kenal keluarga mak angkat ku dan tahu jalan kerumah mereka. Setibanya polis di rumah, mereka sekeluarga termasuk adik ipar mak angkat aku disoal siasat mengenai kejadian itu. Pukul 10.30 malam, masa tu polis dah tiada, aku baru sampai di rumah mak angkat aku, bapa mereka pun dah pulang, sebuah kereta berhenti didepan pintu pagar.

Anak bongsu mereka keluar dari kereta tersebut. Kami cepat-cepat ke pagar, namun tak sempat mengejar kereta berkenaan, tak sempat catat nombor flat. Kanak-kanak tersebut berjalan lemah longlai. Aku dan mak angkat ku merapati kanak-kanak itu dengan tangisan. Aku sentuh rambutnya, basah seperti baru mandi.

Pakaian yang dipakainya tetap sama seperti waktu dia hilang petang itu. Muka kanak-kanak tersebut muram dan seperti baru menangis.
Kami bertanya pelbagai soalan padanya, dia ceritakan lelaki berkenaan membawanya kesebuah rumah yang penuh dengan “tali leher” atau “neck tie” katanya. Bila bertanya tentang apa yang dilakukan lelaki tersebut, kanak-kanak tu berkata “ dia suruh adik baring buka baju, dia cium mulut adik”. Nafasku terus turun naik dan menggigil. Aku berpeluh.

Memori silam ku datang kembali. Aku menasihati mak angkat aku ke hospital untuk check keadaan kanak-kanak tersebut. Tapi aku sedih sebab nasihat aku itu ditolak dengan alasan malu dan sesuatu yang aku tak tahu dirahsiakan dari pengetahuanku pada awalnya. Aku lihat wajah kanak-kanak itu, dia menanggung sesuatu sebenarnya. Seminggu dia termenung dan menyendiri.

Laporan polis di buat, namun ada beberapa keterangan yang kedua orang tua itu tidak berterus terang pada polis. Walaupun nasihat aku ditolak, tapi kejadian itu membuatkan aku rapat pada kanak-kanak di rumah itu. Tujuan aku, ingin mengembirakan mereka dan menganggap mereka seperti adik-adikku sendiri. Setelah berlakunya kejadian durjana bapa mereka terhadap ku, dan menceritakan segalanya pada mak angkat ku, disitulah aku tahu anak bongsu mereka itu pernah di rogol bekas jiran sekampung mereka ketika kanak-kanak itu berusia 3 tahun lebih.

Aku menangis semahunya selepas mendengar. Disebabkan keluarga tu baik dengan keluarga perogol anaknya, mereka menyelesaikan hal tersebut antara sesama keluarga sahaja. Dan oleh kerana itu juga mak angkat aku tidak melaporkan kes aku menikam suaminya pada pengetahuan polis.
Kisah berikutnya, terjadi ketika aku masih bertugas di salah sebuah taska 2 tahun sebelum aku membuka taska sendiri.

Pagitu, kanak-kanak berumur setahun setengah aku namakan Rania(bukan nama sebenar) dihantar oleh ayahnya ke taska dalam keadaan kelam kabut. “ Rania dah mandi, ya cikgu” kata ayahnya. Aku sempat mengerling keluar pagar, ku lihat ayahnya memandu sebuah lori bersamanya 3 orang lelaki bergelak tawa. Aku pandang Rania. Dia seperti baru lepas menangis.

Aku pelik, baju kurung kanak-kanak itu seperti baju kurung yang aku pakaikan padanya pada petang sebelum. Badan kanak-kanak tersebut juga berbau semacam. Dan aku kenal bau tu. Aku tak puas hati, aku buka baju kanak-kanak itu dengan tujuan ingin mandikannya. Ketika aku buka bajunya aku ternampak sisa cecair melikit di dadanya.

Akalku menyuruhku membuka pampers kanak-kanak berkenaan. Bila aku mula membuka pelekat pertama dia bersuara “akittt cikgu” sambil menahan sakit. Aku berdebar-debar. Aku buka yang kedua. Lalu terbuka pampers kanak-kanak tersebut.

Aku tergamam dengan kejutan itu. Di pampers Rania, ada titisan darah, aku tengok dicelah kemaluannya ada darah. Rania menangis. Aku menjerit dan laporkan hal tu pada majikan ku. Majikan aku menelefon ibu Rania.

Dalam setengah jam, ibunya sampai. Untuk pengetahuan, ibunya seorang jururawat klinik swasta. Bila melihat keadaan anaknya, dia terjelepok dan menangis. Tahulah kami kemaluan Rania tu di tusuk sesuatu yang tidak sepatutnya, yang buatkan aku ingin bunuh sahaja mereka yang melakukan perkara itu terhadap kanak-kanak tersebut ketika itu. Masih ada tinggal kesan lekitan yang boleh dijadikan bukti, kami menasihati ibunya melaporkan sahaja ke pihak polis dan membuat pemeriksaan lanjut.

Namun, apa yang kami nasihati itu tak akan pernah di lakukan oleh ibunya. Walaupun kami terangkan undang-undang akan melindunginya dan anak-anak sekiranya perkara itu dilaporkan. Untuk pengetahuan pembaca lagi, perkara itu dilakukan beramai-ramai oleh ayah Rania dan kawan-kawannya… Ibu Rania di ugut bunuh dan dipukul sekiranya melaporkan perkara tersebut. Dan majikan ku juga diugut bunuh dan akan dibakar taskanya sekiranya bertegas ingin melaporkan kejadian itu. Semua ini kami ketahui dari teks terakhir Ibu Rania.

Tidak berapa lama selepas kejadian itu, keluarga tersebut entah hilang kemana. Ya Allah……bila diingati aku menangis. Menangis bersungguh-sungguh. Aku lemah dan bodoh ketika itu kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk Rania. Ampunkan aku Ya Allah, maafkan aku wahai masyarakat.

Daripada dua kisah yang aku sampaikan di atas, inilah sikap sesetengah dari masyarakat yang seperti mementingkan diri. Aku berterus terang disini, walaupun aku bukan penggubal undang-undang, kesalahan merogol kanak-kanak bukan satu kesalahan yang “eh, aku tak sengaja merogol” “alaaa.. aku terogol” atau “aku seolah-olah di pukau orang lalu merogol”, bukan. Kanak-kanak bukan penggoda, kanak-kanak masih tak tahu bagaimana untuk jadi pelacur. Kanak-kanak itu suci. Jadi, kenapa ada pihak yang tidak ambil serius perkara ini?

Seperti Rania, ibunya seperti lebih mementingkan diri. Dia tak dapat hadam, bahawa bukan anaknya sahaja yang akan berterusan jadi mangsa malahan akan ada ramai lagi mangsa-mangsa lain kerana penjenayah berkenaan bebas berlegar-legar sekitar masyarakat umum. Adakah ajaran agama membolehkan gejala bahaya itu berleluasa? Semestinya tidak. MALU? Itu bukan alasan. Ibu bapa yang tidak melaporkan penjenayah seperti ini, hanya menggalakkan kerosakan jiwa.

Ingat jangan sesekali membiarkan penjenayah itu terlepas.
Kesan jenayah ini, sangat serius. Aku sendiri melihat pada diriku yang lepas. Ianya menghantui mangsa. Ada pula desas desus kata-kata “nanti laki kau tau kau ada dara atau tiada ketika malam pertama”, lagi mencengkam perasaan para wanita yang pernah menjadi mangsa rogol.

Mereka akan takut dengan perkahwinan, mereka takut diri mereka akan dikutuk bakal suami, dan selainnya. Benar sekarang ada lelaki yang tak kisah semua tu, namun pasti ada sedikit kesan pada kehidupannya kelak. Seperti aku yang pernah dikutuk macam-macam oleh mereka. “entah-entah kau ni bukan dirogol masa kecik, tapi mungkin pelacur” walau hakikat sebenar aku bukan begitu. Aku bukan wanita liar dan aku bukan wanita yang bertepuk tampar dengan lelaki.

Aku wanita berkerudung penuh. Kejadian masa kecilku yang meragut kegadisan ku. Pesanan, nasihat aku sekali lagi, kasihani kanak-kanak, lindungi mereka dan jika berlaku sesuatu jenayah jangan biarkan penjenayah terlepas begitu sahaja. Jangan berfikiran “ooh, takpe sebab mereka orang terdekat, ahli keluarga, kenalan dan sebagainya sebabtu kami tak buat report” “sebab dia suamiku, nanti tanpanya bagaimana aku nak hidup, aku takut”(petikan ucapan Ibu Rania) perkataan-perkataan seperti ini amat menjengkelkan.

Wahai ibu, wahai ayah lindungi anak-anakmu. Mereka amanah terindah kurniaan Allah pada kalian. Setiap amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jika mahu generasi mu sentiasa dilindungi, maka lindungilah diri dari kemaksiatan dan apa jua perlakuan sumbang dari dalam diri mu sejak awal lagi. Walaupun dua Pedofilia yang menghantuiku berpuluh tahun lepas terlepas dari hukuman dunia barangkali, tidak mungkin aku bersikap tidak acuh terhadap jenayah ini.

Dan aku amat berharap golongan Pedofilia ini dihukum setimpal dengan jenayahnya dan memohon agar Allah beri petunjuk pada mereka untuk berubah. Insaflah, insaflah wahai Pedofilia!

Terima kasih admin, moga Allah membalas jasa kalian. Doakan aku dapat hadapi penyakit ku dan hari-hari mendatang dengan tenang..In Shaa Allah.

– Azwa Humaira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit