Pesanan Untuk Kita

Bismillahirahmanirahim… dengan nama Allah yang maha pemurah dan lagi maha penyayang. Semoga secebis perkongsian dari saya ini mampu membawa manfaat kepada pembacanya.terima kasih kepada admin iiumc kerana menyediakan platform penulisan diruangan maya untuk orang ramai menyampaikan secebis nukilan dari luahan hati masing masing baik dari segi nasihat,masalah kehidupan, mahupun perkongsian tips tips menarik dalam kehidupan,baik yang boleh digunapakai untuk kebaikan dunia sahaja mahupun kebaikan keduanya iatu untuk dunia dan akhirat.

Ni perkongsian saya yang ke dua di ruangan iiumc, sebelum ini saya dah pernah berkongsi mengenai tip kebahagian dalam hidup. Pembaca yang masih belum membacanya boleh mencari posting terdahulu yang bertajuk ” kebahagian ” atau klik dibawah

https://iiumc.com/kebahagiaan/

Perkongsian saya yang kedua ini lebih kepada nasihat atau pesanan untuk kita semua khususnya orang yang muslim/muslimah dan diri saya sendiri.

Saya seorang pemuda, berumur 30 an, harini terasa ingin menegur dan menyampaikan nasihat yang mungkin boleh diguna pakai untuk sesiapa pom.semoga atas daya usaha saya yang sedikit ini mampu membawa kebaikan untuk diri kita semua baik untuk dunia yang sementara ini mahu pun untuk akhirat yang tiada penghujung serta tiada tidur disana.

Pesanan saya yang pertama, mengenai bab REZEKI.kebanyakan orang bila menyebut tentang rezeki, mindset mereka lebih terarah kepada pemahaman duit dan harta. Pertama,saya harap semua orang perbetulkan konsep pemahaman tentang rezeki.konteks rezeki itu luas,sangat sangat luas. Sihat itu rezeki,mempunyai pasangan atau zuriat itu rezeki,mempunyai kawan kawan baik itu rezeki,kesihatan itu rezeki,kelapangan pikiran itu rezeki dan berbagai lagi. Cuma atas kita yang menilai ikut pemahaman kita.bila kita memahami konteks rezeki itu membuatkan kita akan bertambah bersyukur atas limpah kurnia yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita.

Pesanan kedua, BERJIMAT CERMAT.Ditahun 2018 ini, setiap orang terutama ketua keluarga memang terasa akan bebanan kos sara hidup yang saban hari makin meningkat dengan pelbagai jenis cukai dan terutama cukai gst yang menjadi penyumbang utama kenaikan harga barang di dalam negara kita,dengan penurunan harga minyak sedunia telah memberi impak kepada ekonomi ekonomi seluruh dunia khususnya negara kita sendiri. Tidak seperti tahun tahun terdahulu sebelum dikenakan cukai gst.Dahulu,dengan berbekalkan wang sekitar rm200 hingga rm300 kita sudah mampu menyediakan keperluan barangan rumah untuk sebulan,tapi kini dengan jumlah yang sama,agak mustahil bagi orang yang ahli keluarga ramai. Setiap orang perlu berjimat cermat didalam perbelanjaan, dahulukan keperluan didalam perbelanjaan, jangan dahulukan kehendak atau mengikut hawa nafsu dalam membeli. Buat kira kira perbelanjaan sebaiknya. Sediakan duit tabung kecemasan dan jangan terlampau boros dengan duit hasil gaji. Rendahkan budget pada sesetengah barang. Sebagai contoh, dahulu membeli pakaian branded ataupom original dengan harga yang tinggi, untuk hadapi zaman sekarang beli pakaian yang biasa biasa tapi berkualiti dengan harga yang jauh lebih murah dari barangan branded. Dengan kemunculan kedai kedai ECO atau kedai rm2, ini telah banyak membantu mengurangkan kos sara hidup sesetengah rakyat di negara ini.Malahan penulis sendiri suka membeli sesetengah barang di kedai ECO kerana mampu menjimatkan budget penulis.hehe

Pesanan ketiga, am nya untk generasi yang baru habiskan pengajian, SUSUN PERJALANAN HIDUP elok elok jangan hanya follow the flow. Letak target dalam kehidupan, dan usaha gapai target tu. Jadikan diri sebagai role model untuk adik adik yang masih belajar. Jangan terlampau cepat nak senang, ceduk ilmu,nasihat dan pengalaman dari orang orang yang berjaya sebagai bekal untuk dijadikan garis panduan. Penulis ingin berkongsi sedikit tentang perihal diri penulis. Penulis hanya berbekalkan diploma semasa mencari kerja. Alhamdulillah,selepas 3 bulan tanam anggur yang tak berbuah dirumah. Penulis ditawarkan dua peluang kerja dalam satu hari yang sama. hanya berbeza masa tak sampai sejam,kedua duanya melalui interview pertama dalam hidup dan yang kedua dalam hidup.dan lebih membuatkan penulis bersyukur, kedua duanya dekat dengan kampung penulis sendiri.jadi penulis hanya perlu berulang alik dari rumah ibu bapa untuk pergi kerja.mungkin disebabkan keberkatan doa ibu dan ayah yang mendoakan penulis agaknya.hehe. semasa nak memilih kerja tu,disebabkan penulis dapat dua tawaran kerja serentak, penulis pergi bertanya pada orang orang yang dalam bidang berkenaan. Terutama tanya tentang career growth. Alhamdulillah dapat feedback yang baik baik dan penulis memilih company yang kedua offer pada penulis walaupom ketika itu perbezaan gaji antara keduanya RM1000++. Demi memikirkan tentang perjalanan yang kehadapan penulis memilih tawaran kerja yang ketika itu bagi gaji permulaan sebanyak RM1000. Ramai yang menegur tentang tindakan penulis, tapi penulis nekad. Nasib baik penulis menumpang rumah orang tua,dapatlah survive walaupom gaji ketika itu selepas ditolak epf dan sosco dapat sekitar RM900++.

Dalam tahun pertama dan kedua kerja tu, senang cerita kerja macam bangla laa cikit.kerja jadi general assistant. Kejap orang sana nak pakai khidmat pembantu, kejap orang sini nak pakai pembantu.dengan kurangnya tenaga kerja yang dapat tampung,tapi penulis redah je.kadang tengah cuti pom kena panggil masuk kerja,tapi masa tu penulis bujang lagi,takde awek, hidup kerja dengan keluarga je.komitmen pom takde,motor sebijik je ada buat merempit pergi kerja.hujan redah.ribut redah.banjir redah.tu semua mengajar erti senang susah dalam mencari rezeki.bila kita rasa erti susah nak dapat duit tu,bila dapat gaji,senyum panjang ke telinga dan akan menghargai sangat sangat nilai duit tu walaupun seringgit. Okey ni part penting, bila dapat gaji, jangan sesekali lupa hulur duit dekat mak ayah. Macam penulis, gaji tak besar, penulis hulur yang mane mampu, tapi penulis pegang konsep, dalam gaji penulis,memang dah tertulis dalam lauhul mahfuz rezeki untuk orang lain jugak, semakin memberi semakin murah rezeki. Kalau tak dapat beri banyak dari segi kewangan,penulis beri dari segi perhatian,pertolongan bantu mak ayah penulis yang kat rumah. Potong rumput ke,basuh pinggan ke, buang sampah ke,menda menda basic yang dapat buat mak ayah penulis rasa terjaga.

Berbalik pada kerja tu tadi, walaupun gaji sedikit, tapi Alhamdulillah penulis rasa cukup, walaupun kadang kadang duit gaji ngam ngam dengan akhir bulan tak dapat bermewah, tak dapat beli macam orang lain. Tapi penulis tak pernah meminjam dengan orang tua, rasa smooth je tiap tiap bulan tu.pasal hubungan dengan kawan kawan sekerja pom ok, tak pernah bergaduh, boleh enjoy n having fun semasa bekerja,memang normal dalam kita bekerja atau bermasyarakat kita akan berjumpa pelbagai jenis ragam manusia, yang positif mahupun yang negatif. Kalau kalangan kawan kerja tu jenis negatif,banyak buat perkara perkara yang tak elok,kita hindarkan lah,kalau kawan tu jenis positif dan banyak buat kebaikan,kita eratkan lah hubungan. Yang penting,kita jangan membuat diri kita dari kalangan orang yang bersikap negatif. Itu semua atas diri kita sendiri memilih.dalam masa sama kite jadikan diri kita sebagai orang yang boleh influence orang sekeliling kita ke arah lebih baik. Jangan menyombong,jangan hidup tongkat langit,jangan sembang sampai babi boleh terbang.no no..tu semua bad habit.

Dalam masa 2 tahun pertama bekerja tu, penulis belajar dengan senior senior, pasal kerja.cara nak improve diri, senior senior ni memang senior la.taraf taraf pakcik pakcik. penulis mase tu umur dalam 22 tahun, kawan kawan penulis pulak 40 tahun keatas.senior tapi jiwa muda.hahaha.sembang pom aku kau je,tapi kita orang muda kene pandai la hormat,walau kita bahasakan diri aku kau yang penting kita tunjuk kita hormat diorang.bila kita bergaul dengan orang yang lebih tua,banyak menda kita dapat,pengalaman kerja even nasihat nasihat tentang hidup. Selepas 2 tahun ,Alhamdulillah penulis dinaikkan pangkat. Dari gaji RM 1k terus naik jadi RM5K dan pernah sampai dapat rezeki rm30K sebulan,tapi tu dululah sekarang gaji biasa biase je, asal halal dan masa bersama keluarga terjaga. Penulis merasakan rezeki yang Allah kurnia tu berkat doa dari keluarga dan sahabat sahabat agaknya.Alhamdulillah. Bila gaji dah naik,kerja pom makin bertambah, tanggungjawab untuk handle pekerja pekerja dibawah makin tinggi. Kita kalau bekerja dan kita ada ilmu jangan lokek untuk berkongsi, kan ada hadis mengenai ilmu,tak silap berbunyi begini. Bila meninggal nya anak adam ,hanya 3 perkara yang menyambung diri nya dengan dunia, pertama,sedekah,kedua ILMU yang bermanfaat,ketiga, doa anak yang soleh dan solehah. Semoga asbab ilmu yang kita berkongsi tu pada orang sekeliling kita mampu menolong kita di akhirat kelak.insha Allah kita tolong permudahkan urusan orang lain,Allah akan permudahkan urusan kita.pegang konsep ni baik baik.kita bila jadi ketua, jangan lupa pimpin elok elok orang dibawah kita,kite diberi AMANAH, jalankan sebaiknya.jadilah leader yang memimpin dan membantu orang dibawah bila diperlukan.tanpa orang dibawah,kita bukan sape sape,jangan jadi bos yang hanya menyuruh buat itu ini.

Pesanan ketiga.MENJAGA HAK.jangan lupa hak orang lain yang turut ada pada kita. Contohnya,hak suami keatas isteri,hak isteri keatas suami,hak ibu kepada anak,hak anak kepada ibu bapa,hak jiran jiran pada kita,hak Allah pada kita dan sebagainya. Jalan nak mengenal hak ni. Kena lah pergi menuntut ilmu. Melalui pembacaan,kuliah kuliah agama,mahupun video video yang banyak di media massa. Satu lagi contoh, hak orang fakir yang ada dalam rezeki orang berharta. Jangan buat tak tahu pulak ye, jangan lupa bayar zakat,menjaga kebajikan anak yatim, anak yatim ni antara 3 golongan yang doanya tiada hijab dengan Allah. Ada satu kisah tentang kawan penulis, dia menghadapi masalah dalam hidupnya,selain berusaha,dia turut mendermakan wang kepada pusat pusat anak yatim. Mungkin asbab kebajikan yang dia lakukan,sekarang dia sudah berjaya. Alhamdulillah…ni contoh ayat dari Al quran tentang hak orang lain dalam rezeki kita.

17.Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); 18. Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.(surah Al Fajr: 17-18 )

Pesanan Keempat, JAGA TUTUR KATA, khususnya buat yang suka mengumpat mahupun ahli persatuan bawang bawang sedunia. Baru baru ini penulis terbaca tentang banyak kisah kisah rumah tangga di iiumc,dah jadi macam trending orang post di iiumc. Yang post kisah kisah mereka tu tak salah,boleh dijadikan pengajaran buat pembaca,tapi yang menyedihkan pembaca bila melihat ramai orang komen yang tidak sepatutnya. Khususnya wanita yang memberi komen. Ada yang memberi komen positif,tapi banyak yang negatif dari positif. Wahai wanita @lelaki yang suka komen negatif,jagalah kata kata mu.jaga…penulis pesan sangat sangat tolong jaga kata-kata. Dahulu orang mengumpat melalui lisan,zaman sekarang ,dengan tulisan. Kita tidak boleh menilai orang tanpa tahu usul pangkal,dan kita tidak boleh menghukum seseorang tanpa usul periksa.melainkan orang itu terang terangan membuat kesalahan yang kita nampak atau bersaksi. Menghukum itu kerja Allah.siapa kita untuk menjatuhkan hukuman suami orang itu tidak elok,suami orang tu jahat.ayah dia jahat,ayah mereka tidak bertangjawab.kamu kenal ke mereka mereka itu semua. Kalau kamu tidak suka,keep it yourself. Simpan dalam hati,nasihat yang baik baik,bukan menghukum. Yang paling penulis terkesan,bila seorang isteri meluahkan mengenai kehidupannya bersuami,tapi suami dia tidak bertanggungjawab,tapi dia redha dengan ujian itu setelah dia menyedari asbab ujian yang Allah hadirkan kedalam hidupnya membuatkan dia lebih dekat dengan pencipta iatu Allah s.w.t. penulis sangat kagum dengan wanita itu, kerana dia mampu REDHA dan masih jalani kehidupannya. Kamu ingat senang ke nak redha. REDHA itu sebahagian iman, ada beza Redha ,sabar dan pasrah. Paham betul betul. Kita kalau nak memberi komen biarlah berilmu. Jangan cakap pakai akal sahaja, kita bercakap biar pakai ilmu. Bila penulis tengok ramai wanita yang memberi komen seolah olah komen mereka betul, siap suruh buat itu ini,merendahkan isteri itu,mengalakkan penceraian. ketahui lah kalian,kalian umpama SYAITAN yang berupa manusia. Dalam salah satu cabang iman iatu beriman kepada qada’ dan qadha.Jangan sekadar paham maksud,tu bukan paham namanya,paham ni mengenal dengan sebenar benarnya apa itu qada’ dan apa itu qadha.Selagi tak paham jangan suka suka hati komen yang tidak elok.korang ingat malaikat tak catat ke apa yang korang buat tu. Kalau nanti hari kebangkitan ,dapat kitab dari tangan kanan,Alhamdulillah,tapi jika dapat dari tangan kiri,paham paham lah.. Nauzubillahiminzalik.

Sepatutnya kalian memberi pandangan yang baik baik,jaga tutur kata penulisan.Dalam kitab Ihya Usuluddin,Iman Ghazali mengsyarahkan perihal hati.seingat penulis ayatnya berbunyi begini ” hati itu umpama medan perang, tempat berperangnya AKAL dan HAWA NAFSU, akal senjatanya ILMU,hawa nafsu senjatanya bisikan syaitan” . Wahai kamu semua,jagalah hati kamu sebaik baiknya,sesungguhnya hati itu RAJA segala anggota. Jikalau baik hatinya, selamatlah anggotanya,jikalau buruk,tercelah lah anggotanya.

ILMU ni asas dalam kehidupan kita, apa apa datang dengan ilmu sebelum yang lain, sebagai contoh, nak solat, solat tu ibadah,sebelum datangnya ibadah,kena datangnya ilmu, belajar ilmu cara nak solat baru buat ibadah. Takde ibadah dulu baru ilmu. Contoh satu lagi,anak kecil sebelum pandai bercakap,dia datang dengan ilmu dulu baru boleh bercakap,ilmu tu dia belajar melalai pancaindera yang Allah s.w.t kurniakan seperti telinga,mata,tangan,mulut, lidah, dan banyak lagi. Budak tu mendengar dengan telinga,melihat dengan mata dia proses melalui pancaindera dan belajar bercakap mengunakan lidah dan mulut barulah keluar kata kata dari mulut sehingga sebutannya lancar.nampak tak kepentingan ilmu tu dalam hidup.jadi untuk hidup kita ni didunia yang fana ni, hiasi dan bekalkan diri dengan ILMU AGAMA jangan sekadar ilmu duniawi sahaja.

Belajar tentang agama Islam tu fardhu Ain keatas setiap orang untuk mempelajarinya. Jangan buat buat tak tahu ye.penulis dah ingatkan dah ni. Hidup ini biarlah bersyariat, barulah korang akan menghargai nikmat yang Allah s.w.t kurniakan.

Penulis ada banyak lagi pesanan,tapi rasa setakat ini jelah dahulu. Maafkan penulis kalau pesanan dan luahan hati penulis melukakan hati siapa siapa, yang baik itu datang nya dari Allah s.w.t,yang tidak baik itu,datangnya dari diri penulis sendiri. Kalian doakan kita semua dari kalangan orang yang berjaya didunia dan akhirat ye, kejar lah syafaat Allah s.w.t.Ada 7 golongan yang mendapat naungan syafaat Allah s.w.t di hari akhirat kelak.

Doa ” Ya Allah ya Rahman ya Rahim, pencipta sekalian makhluk dan alam, kami merendahkan diri kami serendah rendahnya, kami bersaksi Kamu adalah tuhan kami, kami bersaksi Nabi Muhamad S.a.w itu pesuruh Kamu.Kau ampunkanlah dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami,dosa ahli keluarga kami serta keturunan kami dan jugak dosa muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia. Ya Allah, kau naungilah kami dengan limpah kurnia dan rahmat Mu, kau tetapkan lah kami di atas jalan yang lurus iatu jalan yang Engkau redhai. Kau satukan lah kami semua sebagai keluarga Islam yang sakinah dan mawaddah baik di dunia mahupun akhirat. Kau bukakan Nur pada pandangan kami,pada telinga kami,pada lidah kami,pada hati kami dan kurniakan lah Nur yang sebenar benarnya kepada kami agar kami dapat mengenali Mu dengan lebih baik dan mendekatkan kami kepada Mu. Kau jadikan kami dari orang yang tegas beragama seperti Umar,jadikan kami petah berhujah dan kuat hafalan seperti Abu Hurairah, jadikan kami kalangan ibu bapa yang baik seperi Luqman dan Nabi Yusuf, jadikan kami dikalangan orang yang sabar seperti Nabi Musa, kurniakan kami sifat patuh sepertinya Nabi Ibrahim dan jadikan kami dikalangan orang yang diangkat darjat disisi Mu.

penulis doakan kita semua tergolong di antara golongan tu.

Semoga kalian semua dinaungi dengan limpah kurnia,rahmat,taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t..aamiiin..

– Mr L –

– – Mr L –

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *