Poligami Memang Best, Tetapi Sebentar Sahaja

Terima kasih admin kalau approve artikel ni.
Aku umur 16 masa dapat tau bapa ada perempuan simpanan. Dan masa tu ibu bapaku dah dlm akhir 40-an mereka. Sepatutnya pada waktu itu mereka dah berfikir nk buat apa waktu pencen. Tapi bukan bapa aku. Dia terlalu cintakan kekasihnya sampai ingin nak buat dia isteri yang kedua. Tapi tanpa dia sedari, dia telah membuat keputusan yang akan membebankan dirinya dan keluarganya. Ini adalah cerita realiti poligami pada usia tak berapa muda.

Bapa dan ibu seringkali turun naik mahkamah. Bapa mahu poligami, tapi ibu membantah. Dan akhirnya ayah menang kes tu. Dia berjanji di depan hakim yang dia mampu & akan berlaku adil. Sejak tu, hidup kami berubah. Bapa ada jadual untuk tidur di rumah yang mana. Dan kami mula nampak janji dia untuk berlaku adil memang langsung tak ditepati. Dia banyak belanjakan duitnya ke isteri ke-2.

Isteri ke-2 kemudiannya melahirkan 3 anak. Dengan isteri pertama pun ada 3 anak. Jangan tanya perbezaan umur. Memang 20 tahun beza umur kami dgn adik adik kecil tu. Isteri ke-2 suri rumah dan menjaga ketiga anaknya. Bapa memang 100% tanggung keluarga yang keduanya.

Mereka selalu keluar berdua. Dan bila mereka keluar berdating, anak anak mereka ditinggalkan dgn ibu, minta isteri pertama menjaganya. Tapi dgn ibu, bapa jarang sekali bawak pergi dating. Malam valentine bapa siap bawak isteri ke-2 dinner & tinggalkan anak anaknya di rumah isteri pertama. Di mananya yang dia janji akan berlaku adil?

Bapa seringkali mengeluh tentang kewangan. Maklumlah, isteri ke-2 boleh tahan maintanence tinggi. Sewa rumah, bil dan sekolah anak anak keluarga kedua semakin membebankan bapa. Seringkali dia mengeluh dgn anak anak dia yang dah besar ni untuk tolong dia dengan rumah keluarga pertama ni. Dengan kata lain, dia mahu lepaskan tanggungjawab dia pada keluarga pertama supaya dia boleh menjaga keluarga kedua. Dia semakin penat memikirkan duit dan semakin banyak mengeluh. Umur untuk pencen pula semakin dekat. Dan itu buat bapa lagi runsing. Anak anak hasil yang pertama semakin dewasa. Mereka dah mula berkahwin dan mempunyai anak mereka sendiri.

Bapa telah memilih jalan hidup yg bakal buat semua susah. Bukan saja dia telah bebankan dirinya, dia juga telah bebankan anak anak pertamanya untuk memikirkan hal adik adik kecil yang baru mula bersekolah sedangkan mereka sendiri baru nak mulakan keluarga. Bukan tu je, bapa akan susahkan anak anak kecilnya juga. Bapa mungkin dah tak ada semasa mereka masuk sekolah menengah, atau semasa mereka masuk Uni. Siapa mahu membiayai semua tu?

Anak anak yang pertama ni akan ada keluarga sendiri dan sudah kena fikir anak mereka sendiri. Bagaimana dengan hidup anak anak kecil tu? Mereka akan rasa susah dikemudian hari kerana bapanya dah tiada utk menyara mereka. Yang boleh tolong mereka hanyalah adik beradik tuanya. Tapi persoalannya lagi, mampukah mereka sara adik adik kecilnya sekali dengan keluarga mereka?

Masa akan berlalu. Penyesalan mungkin akan berlaku. Tapi pada masa tu, semuanya dah takboleh diubah. Kita dah takboleh kembali ke masa lalu. Semua org terpaksa juga harungi. Terpaksa hidup dengan apa yg dah terjadi.

Wahai lelaki yang teringin nak kahwin lagi, fikirlah jauh terutamanya usia dah masuk 40. Waktu tu patutnya korang dah fikir nak relax umur 50 tu. Bukannya tambahkan lagi tanggungjawab dan beban. Sekejap je syok bercinta tu. Bila anak hasil yang kedua tu dah bersekolah, barulah korang akan rasa susahnya. Malah, korang juga akan tempiaskan kesusahan korang tu kat ramai lagi orang

– JN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit