Positive Vibes of FattZura

Saya bukanlah peminat artis, cerita Hero Seorang Cinderella pun tak tengok sebab kat hostel ni takde TV Astro Ria, dan tak pernah pun join hashtag yang fan mereka buat. Tapi, saya rasa rasa kisah mereka sangat bagus untuk dijadikan tauladan (mahupun sempadan) untuk dijadikan pelajaran. Saya start follow mereka sejak press conference yang mereka buat selepas balik dari umrah. Oh, baru tahu mereka pergi umrah bersama keluarga masing-masing sebelum press conference tersebut. Suprisingly, mereka sudah bertunang. Saya tumpang gembira. Apa yang menyebabkan saya terjadi “mengkaji” tentang mereka ialah sebaik sahaja dapat tahu berita pernikahan mereka 4 hari selepas press conference tersebut.

Di bawah ini adalah beberapa senarai positive vibes dan pengajaran yang saya dapat kongsikan:

1. Kalau dah suka dan tu, cepat-cepat kahwin.
Rasanya macam baru je dengar cerita Fattah Amin tu suka pada Neelofa, tiba-tiba 10 hari yang lepas dia bernikah dengan Fazura. Saya mcm wow.. Terus saya buka IG dan follow mereka. Tauladan kepada kita semua, kalau dah suka dan serasi tu, selidik, istikharah then teruslah kahwin. Nikah je dulu, reception kemudian bila dah cukup duit. (tak payah lah ikut mereka nak nikah kat hotel kalau tak mampu, follow lah yang tentang cepatkan nikah tu)

2. ALLAH itu Maha Pengampun Maha Pengasih Maha Penyayang
Semua orang tahu siapa Fazura yang amat sosial. Saya pernah merungut dalam hati saya tak redha kalau dia jadi permaisuri negeri saya bila tengok gambar-gambar dia dulu, tapi itulah. Saya yakin Fazura ke Mekah untuk beribadah. Urusan ibadah beliau, biar ALLAH yang tentukan. ALLAH melihat kepada pengakhiran hidup kita, taubat kita. Pengajaran di sini ialah sentiasa lah perbaiki ‘ibadah kita dan bertaubatlah. Juga satu lagi pengajaran ialah kita jangan cepat judge seseorang itu, judgelah tingkah laku dia yang kita tak sukai itu. Mana tahu jika seseorang itu berubah.

3. Karakter lelaki baik pada diri Fattah Amin
Mengenali Fazura (dari media) yang agak hot, saya menjangkakan suami beliau mungkin terdiri dari kalangan kerabat, VVIP, anak menteri atau anak usahawan. Tapi saya silap. There must be something tentang Fattah Amin yang saya tak tahu. Bila saya mengkaji, baru saya tahu bahawa Fattah Amin ini adalah kategori lelaki baik (dan mungkin tidak keterlaluan untuk saya nyatakan yang beliau adalah lelaki yang soleh di kalangan artis). Beliau tidak merokok dan jaga ‘amal ‘ibadah.

4. Kuasa doa – ALLAH itu Maha Mendengar
Ada 1 video dalam youtube siaran Meletop yang ketika itu dikelolakan oleh Imam Muda Asyraf dan Siti Nordiana, ada kata-kata dari IM sepertinya sebuah doa untuk mereka. Juga Fazura pernah ditanya perihal jodoh, beliau kata beliau mahukan jodoh yang dapat membimbing dirinya. Jadi, pengajaran di sini ialah berdoalah, insyaALLAH impian dan mimpi kita bak fairytale akan jadi kenyataan. Tapi, berbaik sangkalah kalau ALLAH belum makbulkan lagi, samada ALLAH tangguhkan atau ALLAH gantikan dengan yang lebih baik dari apa yang kita minta itu.

5. Keluarga soleh Fattah Amin
Tak pernah tahu tentang keluarga Fattah Amin sebelum ini, tapi terpancar kesolehan di wajah setiap ahli keluarga Fattah. Dan ahli keluarga mereka tak judge pun Fazura dengan menerima Fazura seadanya.

6. Sweet hubungan mereka suami-isteri
Iya, memang sweet manis bersemut. Tapi, baru 10 hari. They are yet to experience conflicts ahead. Tapi, insyaALLAH dengan cinta yang kuat dan rahmat kasih-sayang ALLAH, mudah-mudahan mereka dapat melayari bahtera rumahtangga dengan jayanya.

Mungkin ada lagi beberapa positive vibes dan pengajaran yang saya ter-miss out. Saya sendiri tak sangka saya dari bukan fan mereka boleh ubah DP FB & Whatsapp saya kepada gambar pernikahan mereka, kerana saya rasa sangat positive vibes mereka. Kita doalah yang baik-baik untuk mereka (doalah untuk diri kita juga), doalah moga Fattah Amin dapat didik isterinya dan kita doalah moga Fazura akhirnya berhijab dengan sempurna.

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit