Postgrad dan Salah Pilih SV

Assalamualaikum, Saya Orkid. Pelajar Master Sains di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Hajat saya untuk sambung ke peringkat Master sangatlah tinggi selepas tamatnya program degree di salah sebuah universiti tempatan yang lain.

Saya mula mendaftar di Universiti di Selangor pada tahun 2015. Sebelum mendaftar, saya telah membuat fully research tentang kos research dan supervisor. Email-email dihantar ke setiap potential SV. Sukacita, ada seorang SV berminat untuk ambil saya as a postgrad student. Seronok tak terkata!

3 bulan pertama, saya disuruh untuk datang ke lab seawal 8 pagi. Hari-hari. Lupa nak mention, SV saya x bayar pon. As a freelance research assistant, saya diarahkan untuk membantu pelajar-pelajar tahun akhir utk FYP. Membawa mereka ke universiti berdekatan untuk sample analysis. SV langsung x hulurkan duit minyak. Malah mintak saya percepatkan kerja-kerja mereka. 3 bulan tiada kena mengena langsung dengan projek saya. Dari urusan pelajar-pelajar FYP hingga ke purchasing Chemical, semua saya uruskan. Kerja-kerja pembaik-pulih lab, semua saya. Maklum lah, SV saya hanya ada seorang Master student (saya) dan seorang pHD student ( tak pernah nampak dalam lab). Saya penat!

SV saya janji untuk membayar saya sebagai RA tetapi sampai kesudah, duit-duit geran hanya untuk international conference beliau, chemicals dan sample analysis di luar universiti. Paling saya tak tahan, sepanjang 1 semester, tajuk research saya ditukar hampir 3-4 kali. Dan proposal jangan cakap la. Memang berkali-kali tukar sampai saya lost interest.

Habis Semester 1, doing nothing, saya decide untuk tukar SV. Itu yang terbaik memandangkan saya hanya ada 3 semester untuk complete master dan biasiswa will end in semester 4. SV dapat tahu. SV panggil saya ke office, di depan beberapa student, dimaki nya saya. Masa kejadian tu, saya sudah tak peduli. Janji saya bukan bawah supervision dia dah. SERIK! Tak lama kemudian, beliau pujuk saya dan berjanji manis. Saya dengan keputusan muktamad, saya inform beliau yang saya sudah ada SV baru. Masatu jugak beliau halau saya.

Alhamdulillah, sekarang saya sudah viva. Dan tak lama lagi saya akan bergraduat. Dan saya telah pon ditawarkan bekerja di sebuah company swasta. Saya telah habiskan Master saya dlm masa 4 tahun. Apa-apa pun, saya bersyukur Allah SWT temukan saya dengan SV baru yang sangat prihatin dan membantu saya menyelesaikan Master saya.

Moral of the story, kepada kawan-kawan yang berkeinginan untuk sambung Master dalam ekonomi sekarang, you need to be ready in terms of money. And please do research tentang supervisor. Tolong tanya kawan-kawan yang berada dekat universiti tu. Lagi satu tip, cari SV yang ada Title Prof, biasanya Prof ada geran dan boleh hire anda sebagai RA. To be honest, saya ditawarkan bekerja di corporate company dalam bidang saya dengan sijil degree sahaja. Dibekalkan master in Science juga telah memberi saya pengalaman yang manis dan ternyata nak berjaya itu bukan mudah.

Sekian.

– Orkid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit