Produk Kosmetik Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. First of all nk ucap terima kasih dkt admin sebab sudi siarkan artikal ni(kalau tersiar). sebenarnya sy xpandai sangat nak buat karangan ni almaklumlah karangan zaman sekolah dulu kelaut je…

Haha sebenarnya kelakar gila kalau dengar cerita jatuh bangun founder yang kononnya asal orang susah la apa la lepas tu berjaya buat produk sendiri dan berjaya dalam perniagaan. Tak dinafikan sebenarnya mungkin ada tapi hanya segelintir yang begitu yang lain hanyalah founder kosmetik timbang kilo. Masa sy belajar di sebuah ipta dulu Madam saya ada bercerita kisah seorang pensyarah saya yang rosak teruk mukanya akibat guna 1 produk tempatan iaitu XV. Menurut cerita Madam saya pensyarah ni terpaksa membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan dari klinik kulit kesan daripada pakai produk tersebut. Mukanya menjadi merah,sensitif terhadap matahari, berjeragat dan macam2 lagi.

Lepastu pensyarah saya yang mengajar subjek “killer ” ada bagi tahu yang peratusan bahan yang terkandung dalam produk XW adalah hanya 10% dan yang selebihnya langsung tidak ada apa2 kandungan vitamin. Harga produk tersebut sgt mahal dan memang tidak berbaloi. Selain itu produk D dan produk XB itu juga merupakan produk branding kerana tekstur,bau dan warna adalah sama dengan produk lain yang terhangat dipasaran dan fakta ini juga dikongsi oleh teman kepada teman saya sendiri kerana dia bekerja di bahagian production company tersebut. secara kesimpulannya semua orang boleh menjadi founder produk jika ada duit. Dengan hanya modal yang rendah tapi pulangan untung yang lumayan mampu menjadikan anda JUTAWAN.

Tapi kadang2 saya rasa sangat kecewa dengan sikap pengguna yang hanya ingin kelihatan cantik dengan menggunakan produk yang merbahaya. Semasa saya buat thesis untuk semester akhir pengajian saya (tajuk research pasal cosmetic awarenes) saya dapati yang kebanyakan dari mereka tidak kisah asalkan produk tersebut mampu menjadikan kulit muka mereka licin macam lantai mozek huhu. Untuk pengetahuan semua (kot2 terselit pengguna tegar kosmetik beracun) founder yang claim kulit muka putih lawa flawless konon pakai produk sendiri tu sebenarnya tipu. Sebab apa saya kata tipu haha kebanyakan founder2 tu dah pegi buat Vitamin injection,pegi spa,pegi dermatologist dlu sebelum jual produk dan boleh katakan mereka semua tu takkan pakai pun produk tu. Saya bukan nak galakkan tapi bagi pendapat saya secara personal dari pakai kosmetik beracun kan baik makan jamu,makan makanan berkhasiat, dan ni kata pensyarah saya baik pegi cucuk ke buat plastik surgery ke setel. sebab xde beza pun dengan makan dan pakai kosmetik yang entah apa2 atas alasan nak putih,cantik konon nak jadi macam orang korea sangat.haha korea xpakai pun kosmetik yg entah apa2 tu dan fyi artis diorang banyak buat iv injection,jupe dematologist dan memang baka diorang putih dari dalam perut sampai mati pun putih lg tau x. sekurang2 nya risiko untuk dapat penyakit merbahaya tu kurang.(tapi bukan nak galakan,cuma nak bagi tau,sat g kot2 kena kecam)

Okeylah saya banyak benda nak bagi tahu tapi xtahu nak bagi tahu apa cuma saya harap agar mereka yang ada diluar sana terutama pengguna sedar bahaya kosmetik beracun yang mereka guna. Isu pasal paraben pun ramai yang kecoh konon xnak pakai produk yang ada paraben. Ni apatah lagi produk kosmetik yang ada hidrokinun,merkuri,lead,plumbum,tretinon,mineral oil,sls dan macam2 lg.
Sekian dari saya yg ada kelulusan dalam health administration,penah buat praktikal kat hospital,penah buat thesis pasal cosmetic awarenes dan mungkin akan buat master(by research) dalam cosmetic and health entrepreneurship.(nak cakap expert x tapi just nk bgtau yg saya bercakap berdasarkan fakta bukan fiksyen semata-mata,so jgn kecam)

– burunghantu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit