Produk Neraka

Assalamualaikum,
Tak nak borak panjang aku just nak share pengalaman aku. Tajuk aku pun macam teruk sangat kan, yes as it was so disaster of my life due to local product. First of all, aku xnak pukul sama rata yang local product semua teruk.

Secondly, nak bagi tahu waktu aku sekolah dan diploma dulu, kulit aku jarang naik jerawat dan susah sangat ada masalah kulit. Kulit memang tahan lasak. Btw aku berkulit putih.

Lepas masuk degree, aku suka join adventure activities, muka aku sunburn teruk dan kusam sangat. Buat secara tradisional lambat jalan. haha Start sini pengalaman meneroka produk2 bermula. Aku impress dengan kulit muka kawan aku, lawa gila namatey, dulu biasa2 je muka dia. Sekarang cantik weh macam korea flawless bakhang. Dari situ, aku tanya dia, pakai apa dia share je dengan aku pasal kecantikan, biasalah perempuan kann.

Then, aku start pakai that skincare. Siyesly ramai tanya aku pakai apa, kulit cantik sangat. Btw, aku pergi memana ramai gila lelaki mengorat dan siap terlanggar meja sebab tengokkan aku (siyes xtipu). Perempuan2 ramai jeles dengan aku sebab cantik, sebab ye lah kulit macam ala2 korea kott. Jadi cantik nie best sangattt, hahaha dihormati disayangi disukai.

After few months kecoh ramai breakout lepas pakai local product, aku mula jadi takut. Aku pakai almost 1year. Disebabkan fikir untuk long term aku quit local product. Alhamdulillah xdak jadi pape, lega weh. However, it becomes disaster after few months later. Muka aku naik jerawat teruk sangat. I lost my beautiful face. Aku xkeluar bilik sebab malu dan elakkan diri berjumpa orang.

Walau bagaimanapun, hidup harus diteruskan, sampai bila nak menyorot. Ramai kawan2 tanya kenapa dengan muka. Aku bagitahulah hal sebenar, tersilap produk. Ada kata xsesuai dengan kulit, ade kata kulit aku sensitive, ada kata hormone aku xstabil. Lelaki2 panggil aku muka pecah. Sakitnya tuh rasa macam nak quit study. Huhu

Pastu ade kawan aku ni kata, dia pakai local product xjadi pape pun, bahkan bangga lagi dengan kulit muka dy yang lawa. Aku malas nak ulas panjang. Aku dengar je. But u want to know, bulan nie dy jumpa aku, muka dy pun breakout weh. Dy datang pada aku minta tips. Another my friend, dia kata dia xnak berhenti sebab risau jadi macam aku. Ikut hg lah kalau hg nak pakai muka tu sementara ,hg buatlah macam tu. Kawan aku yang introduce ke aku produk nie, dy pakai 4tahun, lagi pecah teruk. Asal sembuh naik balik, sembuh naik balik. Doktor kata mercury banyak sangat tempek kat muka. Aku kasihan kat dy, asyik nangis je.

Kesimpulan aku nampak, makin lama kau pakai, semakin susah nak sembuh for the future. So, fikirlah secara bijak. Btw, kawan aku, dy breakout after 5months quit. Means that, lps quit xterus breakout lagi but after few months mercury baru mula beraksi.

Now, bila girls muka lawa2 lalu depan aku, aku xrasa jeles pun, dan bila aku tengok especially dalam tandas depa tepek pakai produk yang aku pernah pakai dulu, no wonder muka licin macam korea. Sebab aku pernah muka macam tu dulu. Aku berharap muka korang xpecah macam aku nnti quit. Btw, produk tu dah kena banned but xtahu pasai apa, macam mana bole market lagi, dan kenapa ada orang pakai lagi. Xtakut ke, hmmm Aku beribu duit habis untuk rawat muka, try and error produk yang sesuai plus supplement.

Pelbagai produk international dan local yang diyakini aku research dan review. Habaq mai je product apa, aku bole ulas. Review hampir separuh tahun. Sekarang muka aku quite okay but xflawless lagi. Anyway aku kena tinggal oleh pakwe aku sebab muka pecah. Thanks baby. Dulu cakap, saya xkisah muka awak cantik x, sekali di uji, kau kutuk aku kaw2. Dasar jantan!

K lah, end of my story aku bukan nak menakutkan mana2 pihak, just my experience. Korang pandai2lah pikir. Muka bukan pakai sekejap, nak pakai sampai tua. Jaga muka kerana ia salah satu keyakinan diri. Xsemua orang face this, atas naseb kut, naseb aku sudah tercatat macam nie. Aku redha However, rasa disaster sangat but dari sini aku belajar bersyukur walau kekadang menagis jugak. hukhuk

Finally mesti ramai nak tahu produk apa, aku dan kawan2 dan kenalan aku facing adalah local product D****, G G, N A, T*** dan etc.

– Miss Rapunzel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit