psycho itu kawan aku-part 2

psycho itu kawan aku-part 2

Berat jugak hati aku nak sambung tulis. Ada pulak kata aku yang psiko. Kang aku cari korang sampai dapat kalau aku psiko. Alah.. lawak je. Untuk pengetahuan korang sekarang aku tengah struggle dengan emosi aku. Aku rasa macam dia tau je yang aku tulis pasal dia. Walaupun dia tu nak pegang lappy or fon pun payah. Asyik perati orang je keje. Sejak aku berhenti tulis tadi dia tengok je aku. Pastu tadi dia tanya aku untuk kali yang entah ke berapa, ” kau tulis cerita eh?” Aku angguk jelah. Gila duh nak angkat muka tengok dia pastu cakap ” ya, aku tulis pasal kau”. Esok gamaknya aku pulak yang bakal jadi macam tikus tu. Dahla aku yang tanamkan tikus tu. Nak harapkan dia yang taklah. Dok jenguk tikus tu pastu sengih.

Ada sekali tu aku baru balik kelas. Aku bukak pintu bilik tengok dia dok mencangkung kutip rambut yang gugur. Biasalah kan bilik perempuan ada banyak rambut gugur waktu sikat-sikat tu. Sampai ke tempat aku dia teroka cari rambut. Pastu dia beralih kat aku, ” lama dah kau tengok aku?” And aku speechless lagi. Sumpah weh. Aku ni jenis perempuan yang cakap banyak. Kalau aku speechless tu kira teruk ah. Pastu aku tanya dia balik, “kau kutip rambut buat apa? Nanti aku sapula. Buat kotor tangan kau je” pastu dia sengih lagi kat aku. Dia kata slow2, “cantikla rambut2 ni”. Aku telan je air liur. Sejak tu lepas aku sikat rambut je aku terus simpan sendiri rambut yang gugur tu.

Sekarang aku makin aware dengan dia. Biarlah aku bertahan untuk sem ni. Nak habih dah ni. Pastu aku nak blah. Aku harap korang yang kata aku psiko tu yang dapat dia. Baru korang tahu nasib korang. Huhu..

Ni cerita kawan aku. Dalam banyak2 kawan aku, ada sorang ni yang paling takut dengan dia. Sebabnya ada satu malam tu dia tengah study kat ruang tamu. Pastu minah ni dok atas sofa. Dia ingatkan minah ni tengah tengok tv or main fon. Bila dia beralih je, elok je minah tu tengok dia. Tepat ke arah dia. Tv mati dan tangan dia kosong je. Apa lagi, kelam kabut ah lari masuk bilik.

Lagi satukan, aku rasa dia memang suka bawah katil. Selang 10 minit dia jenguk bawah katil. Ada apa tak tahulah. aku takut nak tanya. Nanti dia jawab ada kawan dia bawah tu mampus aku. Solat? Dia solat tapi laju nak mampus. Aku nak tegur tapi.. aku takutla. Aku mengaku aku memang takut tapi aku beranikan diri je. Kalau aku buat takut depan dia aku takut dia ambik kesempatan.

Gelak sensorang tu benda biasa. Duduk bertinggung sambil main rambut tu pun rutin dah. Cerita kawan aku paling tak boleh blah. Katanya dia tengah sidai baju, pastu ada orang cuit dia. Dia beralih tak ada orang. Pastu minah tu gelak. Kawan aku tak nampak, dia dok mencangkung sambil gelak kat kawan aku. Dahla malam. Mau tak menjerit kawan aku. Ah.. penatla cerita.. nanti kalau ada yang nak baru aku sambung lagi.. kalau aku rajin. Btw, sekali lagi.. yang kata aku psiko tu aku harap korang akan jumpa manusia macam ni suatu hari nanti baru korang tahu perasaan aku.

– hani

CREATE A POST

Comments

comments

Leave a Reply