psycho itu kawan aku-part last

psycho itu kawan aku-part last

Ni part last bagi cerita aku. Dah2, korang jangan dah suruh aku tulis. Nanti yang nak menanggung tu aku bukan korang dah. Sebelum tu aku nak clearkan sesuatu. Aku memang bukan student uia so tak payah la nak kata cerita ni rekaan sebab aku tak stay kat mahallah bagai tu. Aku ni budak student u lain tapi aku seriously aku minat page korang ni. ok, dah yang tu. Untuk part yang last ni aku nak cerita benda yang paling ekstrem yang pernah dia buat. Tapikan aku fikir2 aku nak buat bodoh je kat dia lepas ni. Takut aku pulak yang berjangkit nanti payah.

Ni aku tak takut, tapi aku paling geram sekali. Geram sampai kekadang tersumpah jugak tambah2 bila aku dah lewat nak ke kelas. Korang tahu dia buat apa? setiap hari setiap masa dia akan susun kasut kat luar rumah. Dia bukan susun jenis biasa duh, dia akan silangkan kasut2 tuh. Naik gila aku. Dahla lewat pastu sarung2 kasut beralih pulak. Kadang2 dia akan rungkaikan tali kasut kami. Aku nak je rasa marah dia tapi aku tahu dia macam tu. Nanti kang nasib aku jadi macam si tikus tu pulak. Kami diamkan je diri sampai sanggup bawak kasut masuk bilik. Adoi, kawan2 aku takpelah, aku ni bawak kasut masuk bilik tak tahu nak letak mana.

Ada satu malam tu, aku ternampak parut kat lengan dia. Its weird. Dia macam kesan cakar yang panjang2 tu. Ada lima garisan cakar tu. Sebelum ni dia memang jenis pakai baju lengan panjang tak kira masa bila. Cuma malam tu je dia pakai baju lengan pendek dan aku pulak ternampak. Mulut aku pulak gatai je tanya kenapa tu. Guess what? dia jawab, “roomate aku yang cakar,” and this memang GILA! sape roomate dia? aku? lepas tu dia gelak. Sumpah aku tak cakap dah lepas tuh. Aku rasa macam aku pulak yang tak betul sekarang. Tapi sampai sekarang aku fikir sape yang cakar dia. ahh.. Korang ah tanya pulak. Asyik aku je..

Actually ni part yang aku nak rahsiakan. Tapi memandangkan aku dah banyak cerita so aku ceritakan la jugak. Sebenarnya kami dah bertujuh. Kurang sorang. Tapi bukan kurang dia. Dia masih ada. Kawan aku yang paling takut kat dia tu yang dah keluar menyewa dengan orang lain. Aku nasihat pun dia tak makan dah. Semuanya sebab ada bangkai cicak atas katil dia. Ada la dalam lima enam ekor. Siap cucuk dengan jarum bagi melekat kat tilam. Menangis teruk kawan aku ni. Dia buat bodoh je. Tak bersalah je muka. Ikutkan hati aku nak je keluarkan dia dari rumah tapi bukan senang. Takut nanti dia simpan dendam lagi la. Kawan aku tu pun satu. Aku dah cakap jangan main2 dengan orang macam tu tapi dia tak dengar. Dia tahu minah ni suka dok bawah katil dia pergi cakap, “gila apa kau ni!” pastu dia ikat tali kasut sukan minah ni bagi melekat 2 kasut. Hangin satu badan duh. Aku nak cakapla. Kalau ada kawan macam ni jangan la buat diorang marah. Kita terpaksa je tahan perasaan kalau tak…

Aku rasa aku patut stop dah. Dia buat2 cakap telefon aku tahu tapi dia cakap dengan aku. Tahu apa? “Kalau aku tahu apa kau buat nahas kau.” pastu gelak2. Aku tau dia cakap kat aku. Nak cakap dengan sape lagi? Dia bukan ada kawan. alah, takpe. Aku dah ada weapon dah. Aku ada diari dia. hahahha…

KORANG JAGA2. TAK SEMESTINYA KORANG TENGOK KAWAN KORANG TU OK MEANS DIA MEMANG OK. JAPGI DIA BISIK, “aku tunggu masa je nak main2 dengan kau pulak”. And now its your turn, bro and sis… wait……

– hani

CREATE A POST

Comments

comments

2 Replies to “psycho itu kawan aku-part last”

  1. Perghh…tak pasal2 aku follow citer psiko ko ni. Teringat zaman belajar dulu dapat roomate kakak senior, duk 1 sem dengan dia, asyik cakap pasal alam bunian je.

    Dia citer, Alam bunian canggih bukan macam dunia kita…
    Lampu jalan…fuhh gila, gune batu zamrud, cd2 ni bunian x pakai
    (zmn vcd time tu) . Diorang pakai cip storage infiniti, almari die berkunci 24jam,
    gi mandi or gi toilet kejap pun dia akan kunci . Pastu tengah2 malam aku terbangun tidur nmpak dia duk ngadap almari dia lama gila, buat ape entah. Dia pun solat laju..

    So, aku percaya roomate psiko ko ni wujud..sedare akak tu kot??

Leave a Reply