Puan Bosa Acah-acah Suci

Assalammualaikum Admin, terima kasih kalau baca dan approve confession ni.

First of all, aku perkenalkan diri aku sebagai Roy. Cerita aku ni mungkin cliché dan normal berlaku di mana-mana organisasi iaitu BULI. Aku ingat buli ni selalu zaman sekolah-sekolah ja wujud, rupanya dalam organisasi lagi teruk. Mungkin jugak TINDAS/SALAH GUNA KUASA/KASTA. Ntahla, nanti korang klasifikasikanlah lepas habis baca confession aku ni.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang Puan K (Bos perempuan acah-acah suci)

Tulus aku katakan sepanjang beberapa tahun kerja dengan Puan K ni tak pernah aman hidup kami satu Pejabat . Puan K kiranya agak berpangkat lah dalam Pejabat aku nih. Most decision dalam Pejabat boleh dikatakan decision dia lah sebab dia pandai mempengaruhi bos besar untuk ikut kata dia. Macam mana aku tahu, tak payah lah cerita. Panjang sangat nanti confession aku ni.

Kenapa kami tak selesa dengan Puan K?

1. Lembut Gusi dari Lidah/Sejenis York Cooling King

Puan K ni bijak dalam berkata-kata, tetapi dengan bos-bos jelah. Kalau dengan kami-kami ni staf bawahan, memang tak lah. Jadi, bos-bos memang sayang lah dengan dia. Aku guna ayat bos-bos sebab Pejabat aku ni dah banyak kali tukar bos besar, tapi kenapa lah tak tukar sekali dengan Puan K!! Hmm. Bila bos sayang dia, paham-paham jela, aduan kami jadi tak bermakna. Tidak dipandang. Okay fine.

2. Bijak Mempengaruhi/ Manipulasi

Setiap kali ada staf baru masuk, Puan K akan brainwash staf tu sejam lamanya dalam bilik dia. Pintu tutup rapat. Selain daripada hal kerja, dia akan warning staf tu supaya tak terlalu rapat dengan staf-staf lain, kena ada gap di antara staf bawahan dengan pegawai. Tidak boleh berkakak-kakak, berabang-abang. Kena panggil Tuan/Puan semuanya. So, mostly staf yang direct bawah dia memang tak bergaul sangat dengan staf dari department lain.

3. Puan K Suka Ugut Staf Kontrak

Ini memang cara dia. Kalau dia nak staf kontrak buat sesuatu, dia akan terus bagi arahan ja tanpa berbincang/mesyuarat terlebih dulu dengan staf tersebut. Kalau dibantah, dia akan ugut “you kena ingat, you tu staf kontrak”, atau kalau staf tu melawan dia, dia akan kata, “you taknak sambung dah ke?” Macam lah rezeki tu di tangan dia. Tapi apa lah yang staf tu boleh buat kan, akur jela.

4. Miss Perfectionist

Format. Very particular about formatting which is actually good. Cuma janganlah keterlaluan. Kerja yang sepatutnya 5 minit, jadi 15 minit disebabkan ini. Kerja-kerja lain tertangguh.

5. Penunggang Agama

Yang paling aku perasan, dia suka lemahkan kami dengan ayat-ayat Islamic dia. Contohnya, kalau dia mintak kami buat sesuatu atau kerja lebih masa, dia akan kata, “Semoga Allah merahmati usaha awak.” Kalau kena dekat aku, nak je aku tanya dia, “Puan ikhlas ke doakan saya atau sekadar mainan di bibir?” Jadi, suka atau tidak, kami akan tetap buat kerja tu even bukan dalam bidang tugas kami (bukan berkira kerja, tapi seriously banyak kerja lain yang lebih priority).

Banyak lagi yang aku boleh list sebenarnya, tapi cukup cukup lah tu. Penat dah menaip.

Korang bayangkanlah, lelaki-lelaki dalam Pejabat aku ni boleh kata semua tak suka dengan cara dia. Hari-hari dok kutuk dia. Lelaki kot. Lelaki selalunya kan cool, tak kesah dan jarang nak amek tahu. Itu lelaki. Korang bayangkan betapa jemahnya perempuan pulak. Bayangkanlah situasi hari-hari masuk kerja, aura negative je sepanjang masa. Berdosa? Memang hari-hari rasa berdosa sebab dok kutuk dia. Haish. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami.

Takde ke sisi baik tentang Puan K?

Ada.

Apa yang aku perhatikan, dia seorang Muslim yang baik. Dia cukup menjaga solat. Solat dhuha selalu buat. Alhamdulillah. Dia seorang anak yang berbakti kepada ibu bapa. Dia sangat titikberatkan kebajikan ibu bapa dia. Lembut ja bercakap dengan orang tua dia. Mungkin itu asbab perjalanan karier dia lancar. Cepat naik pangkat.

Disebabkan itu, aku keliru. Kenapa ciri-ciri di atas tidak seiring dengan tindak tanduk dia? Kadang-kadang timbul jugak rasa kesian dekat dia. Takda kawan. Dikutuk. Dibenci. Pernah jugak ada staf yang mendoakan dia mati. Astagfirullahalazim.

Kesan-kesan kepada organisasi?

-Low productivity.
-High pressure. Ada staf yang tak bersemangat datang kerja sebab asyik kena kritik dengan dia.
-High turnover. Ada staf yang stress sampai berhenti disebabkan dia.
-Suasana kerja yang totally negative

Seseorang yang aku hormati pernah berkata, “Semulia-mulia manusia adalah manusia yang hebat ujiannya.” Dan pada aku, Puan K adalah sebentuk ujian kepada kami. Mungkin ujian untuk menguji sejauh mana kesabaran kami. Aku percaya ini jugak ujian untuk Puan K dalam memegang jawatan dia, pangkat dan kuasa yang dia ada sekarang. Segala nikmat di dunia ni kan juga berbentuk ujian. Jadi janganlah kita rasa bangga diri dengan apa yang kita ada. Jawatan yang tinggi, wang yang banyak atau rezeki yang melimpah kerana ini jugak mungkin salah satu bentuk ujian untuk kita. Wallahualam.

Sekian.

– Roy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit