Public Shaming

Public Shaming

Assalamualaikum.

Apa yang aku nak share ni lebih kepada kesan public shaming. Sama ada company ni adalah scammer atau tak, aku taknak judge pasal aku pun taktahu hal sebenar. Kiri kanan ada orang jaga so aku taknak sebarkan benda tak betul. Yang menanggung nanti aku juga.

Ni pasal kes wedding planner. Nama company dirahsiakan takpayah la aku nak bagitau. Benda ni jadi kat member aku J. Si J ni bukan customer yang book nak buat wedding, tapi J adalah salah sorang yang terlibat and terkena badai tempias sikit gara2 kes yang menimpa wedding planner ni. Aku ringkaskan WP jela k.

Lebih kurang 2 minggu sebelum kejadian yang gamat kecoh gegak gempita, si WP ni pos la vacancy kosong untuk cari bebudak buat sales. J memang tengah cari kerja, pulak tu WP ni company yang gah juga, followers beratus ribu. Ada feedback baik, cantik kat page. J pun apply la. Kerja ni buat online je kat rumah tak payah masuk office. Lagi la J suka sebab sambil2 dia buat sales dia boleh cari kerja lain. Dapat lah duit lebih sikit lagi2 ekonomi sekarang.

Mula2 J dan beberapa lagi budak sales baru disuruh promote pakej asal. Pakej tu memang murah and ramai yang nak. Gaji dikira by komisen. Dia promote la kat fb dia, siap komen lagi kat status wedding planner tu sesiapa berminat disuruh pm dia. Awal2 takda customer lagi tapi takpa la kan. Lepas tu, WP open pakej baru diskaun SEPARUH HARGA dari pakej asal. Tapi dia tak bagi budak sales promote sebab dia takkan bagi komisen untuk pakej baru tu. J pun promote pakej lama je. Kalau orang pm dia minta detail pakej baru dia pas terus kat WP.

Selang 2 3 hari, WP tetiba open suruh promote pakej half price tu. Komisen kecik sikit la. J ok je, lagi suka ada lah sebab yang ramai2 pm dia memang nakkan pakej half price tu. WP taknak open lama2 pakej ni, happy hour dia cakap. J promote and dapat beberapa customer yang sangkut.

Sampai lah hari yang kecoh gempar pasal kes WP ni aniaya customer, makanan tak smapai, pelamin indah khabar dari rupa, DJ mengarut, and the list goes on. J dah kalut, risau sebab dia tak sangka benda ni nak jadi. Dia whatsapp WP, orang tu boleh cakap biar lah. Orang awam tak tahu hal sebenar. And then senyap. J and few other sales people ni la yang menghadap segala pertanyaan, tuduhan , cacian dan makian yang orang awam bagi. Dari pagi sampai ke malam nak tidur sampai henset jam. Orang panggil dia bukan2, doakan yang bukan2, makan duit haram segala bagai. Contact WP pun tak dapat. Call branch tak dapat. Dia jenuh cari jawapan siap pergi branch tapi tutup takda orang.

Yes. J face all this. Menangis, trauma, takut, risau, geram semua ada. Bukan dia minta benda ni jadi. Bukan dia minta kerja tak berkat. Dia elok2 cari kerja timbul kes ni, bos senyap or lari tak tahu and orang lain kena hadap. J samapi taknak keluar rumah, depressed,tak selera makan. Seriously aku kesian tengok. Aku geram juga sebab si WP tu takda nak stand up and say anything. Cuma buat 1 press conference and senyap. Lepas tu ada lagi client dia cari J ni minta refund duit la, minta contact no WP yang lain or saja2 nak halo nak tau WP ni beroperasi lagi ke tak.

J dah tak tahan tapi dia tak sanggup nak tukar nombor. Kesiankan orang2 yang mungkin dianiaya. Same goes with the other sales persons. Dorang hadap benda ni, dengan duit komisen sesen pun tak dapat, dengan takda apa2 respon dari WP. Lepastu orang awam jadi Tuhan, menghukum dengan jari dan otak sempit tanpa beri sikit ruang untuk J dan yang lain2 jelaskan. Tuhan akan balas doa orang teraniaya, perut terburai, kuat membongak, etc. Aku rasa orang2 ni tak sedar malaikat tu kiri kanan, catat segala benda kau buat. Kau cakap benda belum tentu macamtu, jadi fitnah. Kau hina J dan yang lain, kau buat dorang moral down, you kill their soul sampai jatuh terduduk, kau rasa Tuhan tu takkan adili kau ke? Jari yang menaip dan mulut yang bebas bercakap tu dah betul sangat dah?

Pasal WP ni betul atau tak aku taktahu. Dia cakap kena sabotaj, if its true pun maybe boleh kot explain elok2 kat orang2 bawah dia. Sampai sekarang senyap agaknya nk tempoh bertenang ke nak setel kes ke.

Kita2 yang melihat dan menilai tu jaga sikit la lidah dan tangan tu dari keluarkan ayat bukan2. Siasat dulu apa2 berita yang sampai pada kita. Ingat ni akhir zaman, zaman fitnah. Orang yang terlibat tu belum tentu salah, and belum tentu hati dia keras tegang macam batu. Ada orang hati tisu, jadi benda ni kalau silap sikit, dah jadi kes cyber bully. Dibuatnya J tak tahan g bunuh diri, kau rasa kau nak bertanggungjawab ke atas kematian dia? Mungkin kau rasa kau tak kenal dia and kau nak hambur apebenda kau nak. Tapi dia ada family, ada kawan2, jiran2 dan saudara yang dia nak kena hadap each day. Berita viral tu akan hilang, tapi maruah dan reputasi, memori, takkan hilang. Trauma tetap trauma. Nak baik mungkin bertahun.

Okay. Tu je lah sharing session aku. Ape2 pun yang baik kita ikut, tak baik jadikan sempadan. And most of all, hati2 kalau ada benda tu sounds too good to be true. Korang ada kawan ada saudara ada family yang belum sedar ditipu, educate them elok2. Show evidence. Bukan mendidik dengan cacian ye. Ingat Islam tu datang dengan aman, bahasa yang elok, akhlak yang mulia, baru tersebar meluas. Sabar la..sebab tak semua orang ‘hidayah’ nya sekelip mata. Ada yang dah kena tipu pun tak serik nak melabur juga kat benda bukan2 ni.

Dan yang tengah cari kerja, kalau korang terkena ujian macam J ni, aku harap korang bersabar dan doa banyak2. InsyaAllah Allah akan ganti dengan benda lagi baik. Allah nak test sikit supaya jadi lebih kuat pasni. Ok dah. Assalamualaikum.

– FF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments