Pukau Melalui Panggilan Telefon

Pukau Melalui Panggilan Telefon

Assalamualaikum.
Terima kasih publish cerita saya.

*Whatsapp*

Coke: Aku tumpang rumah kau tau. Nak rehat jap.

Pepsi: Ok. Dalam setengah jam aku balik kerja.

………………………………………………………

Pepsi kerling jam dinding.
“Hm lagi 5 minit nak 4.30 petang. Balik terus la harini. Boleh lepak dengan Coke,” getus hati Pepsi.
Tepat 4.30 petang terus Pepsi pecut balik rumah.

*5pm*
Sampai je rumah Pepsi hairan.
“Aik! Coke ni cakap tadi datang rumah. Kete takde,motor takde.”

Pepsi masuk rumah. Tambah hairan tengok grill cuma single lock. Biasanya double lock. Kipas pun tak tutup.
Tapi barang-barang Coke ada.
Baju towel semua ada atas katil. Macam Coke baru nak pergi mandi tapi dia takde pulak.

“Hm maybe Coke lapar kot. Dia keluar jap pergi kedai dekat-dekat kot.”

Pepsi pun duduk kat sofa tunggu Coke balik sambil scroll phone langsung terlelap. Pepsi terjaga tengok-tengok dah pukul 6 petang tapi Coke tak balik jugak. Tanpa teragak-agak Pepsi terus call Coke.

Pepsi: Wei manaaaa?
Coke: Pening. Tatau aku buat apa. *suara pending*
Pepsi: Hah? Tak paham?
Coke: Datang kat aku. BSN Danau.
Pepsi: Ok.

…………………………………………………….

*Depan BSN Danau*

Pepsi nampak Coke mundar mandir depan BSN. Coke nampak blur sambil pegang beberapa slip bank.

Pepsi: Buat apa ni? Nampak pelik je.
Coke: Duit aku. Habis semua. *Masih pending & air mata mengalir dah*
Pepsi: *terus rampas semua slip bank kat tangan Coke* Transfer kat sapa ribu-ribu ni?
Coke: Aku kena pukau. Aku jadi bodoh. Aku bagi semua duit aku. Aku macam tak boleh pikir.
Pepsi: Hah? Gilaaa. Ok jom buat report polis. Maybe cctv bank ada terekod muka orang tu.
Coke: Tak. Orang tu just call je.
Pepsi: Sumpah tak paham.

Coke tunjuk phone dia. Ada call masuk. Pepsi terus angkat call tu. Pepsi dengar suara lelaki dalam dialek Indonesia yang tak familiar. Pepsi tak berapa paham tapi Pepsi dapat tangkap la point lelaki tu push Coke untuk transfer lagi 2K. Pepsi bengang terus Pepsi block lelaki tu.

Coke masih lagi pending teruk. Gagap gaya budak baru dapat mulut. Biasanya Coke ni jenis cakap takde noktah. Pepsi push jugak Coke cerita apa jadi sebab Pepsi curious teruk. Rupanya…..

*Kronologi*

1. Coke kat rumah tadi nak mandi. Ada mesej offer Celcom hadiah bagai masuk. Coke ignore.
2. No Celcom hadiah tu call non stop. Coke angkat cakap tak minat then terus letak.
3. No Celcom hadiah tu call non stop lagi. Coke dah rasa annoying. Coke angkat call tu niat nak maki. Tiba-tiba lelaki terus cakap sepotong ayat yang Coke tak paham. Coke terus jadi tak sedar & follow je semua arahan lelaki Celcom hadiah tu.
4. Lelaki tu suruh Coke pergi bank. Coke pergi naik motor sambil on the phone even atas motor. Padahal Coke tak biasa on the phone atas motor.
5. Coke pergi Maybank Gombak Batu 5 then Coke transfer semua duit dia dekat lelaki tu. Coke snap gambar slip then hantar via whatsapp kat lelaki tu.
6.Then lelaki tu call semula. Push lagi Coke mintak duit.
7. Coke pergi BSN Danau Kota then transfer lagi semua duit dia kat lelaki tu. Bukan tu saja,Coke dalam tak sedar pergi bagi semua details dia. Gambar kad bank,ic, pin no semuanya.
8. Coke tengah bagi semua details dia then Pepsi call.Barula Coke tersedar.

Pepsi terus call bank minta block semua akaun Coke. Coke & Pepsi pergi buat report polis. Rupanya case pukau through phone call ni dah jadi kat orang lain jugak.

Malam tu Coke kejut Pepsi pukul 4pagi.
Coke tunjuk whatsapp dia mintak verify. Pepsi try godek. Pastu whatsapps just tulis
“Your no is banned from using whatsapp”
Sah mamat tu hack whatsapp Coke.
Pepsi dalam mamai just mampu berfikir untuk hantar email kat whatsapp untuk block account whatsapp Coke. Whatsapp takde hotline ye.

Next day, baru dapat balik account whatsapp si Coke ni balik.
Memang banyak whatsapp unknown no yang masuk. Ada yang maki. Tak kurang jugak yang reply tanya cemana nak redeem hadiah. Pepsi & Coke buat konklusi,mamat ni memang hack whatsapp mangsa dia. Lepastu try scam orang lain pulak guna akaun whatsapp mangsa.
So that, dia tak perlu nak beli banyak-banyak simkad. Susah nak trace no sebenar mamat scammer ni. Licik.

Atas sebab ni, Pepsi tak dedah kan no dia sebab Pepsi tak rasa pun tu no sebenar dia. Plus mesti dia akan guna banyak no. No dia call Coke tu no common Malaysia. Bukan no pelik luar negara dari Maldives ke Chillie ke apa.

Coke jugak terima mesej dari e-penyata gaji ada orang try buka payslip dia. Tapi alhamdulillah nasib menyebelahi Coke. Mamat tu tak berjaya buka.

Lunyai teruk Coke kena dengan mamat tu. Kesian Coke. Duit gaji bulan tu satu sen pun tak sempat guna. Memang senang cakap redha jela,bukan rezeki etc. Sebab tak jadi kat diri sendiri kan?

Heh. Ingat kan apa yang dorang dok viral tu nonsense. Sekali kena batang hidung sendiri baru tau real tak real mende bodoh macamni.
Nak percaya ke tak tu terpulang pada masing-masing.

-Sorry Pepsi tak pandai karang cerita.

– Pepsi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments