Queen Control Sejati

Queen Control Sejati

Salam semua… Ya aku tau kalau baca tajuk je korang boleh agak jalan cerita aku ni dan ia agak cliché sebab aku memang nak cerita mengenai mak mertua (mil) aku. Sebelum korang jump to conclusion or nasihatkan aku pegi join KRT harap korang dapat bertenang dan baca dulu luahan aku ni. Dan di sini focus aku lebih kepada masalah antara mil dan fil (father in law) aku. Of course ada jugak kaitan dengan aku sebab aku satu-satunya menantu yang ada.

Sedikit introduction,aku dan suami dah berkahwin selama 8 tahun dan dah di kurniakan 3 orang anak. Kami berumur awal 30-an dan masing2 bekerja. Adik beradik suami ada 4 orang semuanya dan dia anak kedua tapi dia lelaki yang sulung. Adik beradik yang lain pun umur semua nak masuk 3 series tapi belum berkahwin. Bukan mereka tak nak atau tak berusaha tapi tak mendapat sokongan mil. Mil seolah macam tak nak bagi diorang ni semua kahwin. Masa kami kahwin dulu jangan cerita la dia punya drama tapi jodoh kuat last2 kahwin jugak. Aku malas nak cerita bab ni sb panjang sangat.

Oklah,aku start cerita ye. Kenapa aku cakap mil aku ni queen control sejati? Sebab utama nya dia adalah control freak yang mengawal semua orang terutama fil aku. Kat rumah tu semua keputusan di buat oleh mil aku. Ya,semuaaaaa! Dan fil aku ni seolah macam mayat hidup,dia diam je dan menurut je semua kata mil aku. Takde langsung komen atau tanda2 nak melawan. Aku memang heran sangat masal awal kahwin dulu tapi after 8 years,aku dah cukup masak dengan sikap mil ni. Dalam rumah tu jangan ada yang berani lawan cakap dia atau berlainan pendapat,dia akan mengamuk macam halilintar. Memaki hamun dengan kata2 yang tak elok dan tak sedap di dengar. Dia bukan hanya control keputusan besar malah benda2 kecik macam nak beli apa kat pasar pun kena ikut selera dia.

Tiap2 tahun wajib raya di kampung mil on first day raya tu alasannya mil aku masih ada mak yang tinggal seorang. Ya allah,fil aku pun masih ada mak dan ayah lagi okey! Cuma tahun lepas, ayah kepada fil aku meninggal. dan yang sedihnya dah la sampai sana tengahari lepastu petang sebelum maghrib mil aku ajak balik. Serius aku tak faham,yang lagi aku tak faham tu fil aku pun ikut je cakap bini dia. Apa salahnya duduk few days,yang meninggal tu ayah dia kot.

Lagi satu,mil aku suka sangat marah fil even depan orang ramai. Suara dah la kuat, kata-kata pun menusuk kalbu. takde perasaan malu langsung marah suami depan orang. Perkara ni suami aku pun sedar. Tapi dia cakap mak dia memang mcm tu dari dulu. Sebagai anak dia pernah tegur tapi kena sound balik and mil aku akan mula ungkit semua cerita besarkan anak2 dari kecil. So pendek kata tak boleh tegur langsung.

Bab duit pun satu hal. Pernah sekali tu masa borak2 aku rasa mil aku terlepas cakap. Ceritanya pasal duit pencen. Dia cakap dia dah ambil separuh dari duit pencen fil dan masuk ke akaun dia. Alasan sebab dia tak nak fil belanja bukan2. Dan dia ada ambil duit fil buat beli set emas (rantai,cincin,gelang,anting2) almost 20k tanpa persetujuan fil. Kiranya main ambik jela. Dan as usual fil aku diam saja langsung tak kata apa. Serius la kan..masa ni aku sampai terfikir biar betul,mil aku ni ada guna2 kan fil ke?

Dia punya sikap control ni bukan saja pada Fil,anak-anak tu of course la tapi aku tak nak komen panjang. cucu-cucu malahan sampai ke adik beradik mil dan anak2 saudara semua kalau boleh dia nak control. Kalau ada anak saudara yang nak kahwin dia akan lebih2 dan try hard supaya semuanya ikut plan dia. Aku tau sebab dalam kalangan makcik2,mil aku ni kategori yang paling tak di gemari dan akan di elakkan oleh anak2 saudara. Suami aku dan adik beradik dia sedar pasal hal ni tapi diorang pun tak boleh nak buat apa. Jujurnya,kalau hari raya takde seorang pun anak sedara yang datang beraya unless dia buat open house. Itupun terpaksa datang yang dekat2 tu. aku tau diorang ni semua memang nak elak jumpa mil aku sebab tak nak kena sound dan sindiran pedas. Elok tak payah jumpa je kan..

Baru2 ni mil dan fil aku dapat panggilan haji untuk tahun 2018. Alhamdulilah lah allah bagi peluang tu. Tapi ada beberapa benda pelik jadi lepas tu. Dalam 2 minggu lepas,mil aku jumpa aku personally dan bagi aku satu botol kecik minyak. Katanya minyak campuran daun bidara, limau kasturi dan dah di baca ayat quran. Pendinding untk sihir. Dia cakap dia minta maaf banyak2 sebab dia ada buat dosa besar pada aku. Aku masa tu dah syak dia ada hantar apa2 pada aku ni lagipun memang sepanjang kahwin ni kami selalu berubat sebab ada gangguan. Dia tak cakap apa yang dia buat dan terus keluar lepas tu. Kalau betul dia ada buat benda syirik tu,sedih sangat aku rasa. Sampai tahap tu dia nak control kami.

Minggu lepas pulak,masa aku tengah makan tengahari dekat area office tiba2 aku ternampak fil aku tengah makan dengan seorang perempuan lain. Aku kenal sangat perempuan tu. Kenalan rapat keluarga suami aku. Dia ibu tunggal anak 2 tapi masih muda lagi awal 40 an. Aku tak nafikan la makcik tu memang jenis suara lembut dan manja2 sikit. Agak mesra okey. Mesti fil aku tak sedar yang dia makan dekat area office aku. Padahal rumah kami jauh kot dari rumah dia. Balik office terus aku jadi detektif conan skejap. Aku stalk fb fil,dia ada fb tapi tak reti guna sangat. Anddd…bingo! Memang ada ayat2 cinta di situ. dalam hati aku..orang tua ni mesti tak reti cover ni..adoi.. Nasib baik mil aku tak berapa bukak FB dia.

Esoknya..masa otw nak ambil anak2 dari rumah baby sitter aku singgah sekejap 7e beli roti. Sekali lagi aku nampak fil dan makcik tu jalan berpegangan tangan dekat kedai hardware mungkin beli barang rumah…. terkedu,speechless aku sekajap. Cepat2 aku ambik gambar tapi di sebabkan aku kesiankan suami aku delete balik gambar tu. Sampai sekarang aku diamkan aje hal ni takde sorang pun yang aku tau.
Aku tak rasa diorang just skandal. Aku rasa mcm fil aku dah kawin lagi satu diam2 sebab dia orang surau. takkan dia nak buat benda tak elok terang terangan.

Macam2 yang aku fikirkan sekarang ni. Tapi aku buat conclusion mungkin apa yang jadi ni adalah kesan dari sikap mil aku sendiri. Sejujurnya kalau aku jd fil.dah lama aku angkat kaki sebab tak tahan kena control macam tu. Buat masa ni aku fikir lebih baik aku diam je. Biarlah mil aku tahu sendiri. Aku harap tahun ni bila dia balik dari haji,sikap dia akan berubah. Walaupun banyak benda yang aku tak setuju dengan mil tapi aku sedar dia adalah ibu yang mengandungkan dan membesarkan suami aku. Semoga dia sedar dan cepat2 berubah.. Insyallah

– Kate

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments