Racism Dalam Kehidupan Seharian

Assalammualaikum WRWB. Ni kali kedua aku hantar confession. Pertama kali hari tu mengenai “Bahaya Aplikasi Bigo” – dan aku ucapkan terima kasih atas positive response yang diberikan.

Mengikut amatan aku la, ramai pembaca di IIUMC ni boleh kata rational dan jenis yang berfikir. Tak menyakitkan hati sangat bila baca komen. Jadi saja aku nak petik satu isu yang selama ni aku observe je. Sebab aku rasa pembaca IIUMC lebih mudah faham mesej yang aku nak sampaikan.

Aku Melayu, ex student UIA. Daripada aku kecil, aku dah diajar tentang “ethnic slurs” – pada siapa-siapa yang tak tahu, ethnic slurs ni bermaksud terma-terma or perkataan yang berbunyi perkauman. Lepas tu dapat pula rezeki masuk UIA. Bergaul dengan saudara seagama dari pelbagai bangsa dari pelbagai negara probably lagi membukak mata aku. Betapa ramai antara kita ni antara sedar tak sedar selalu menggunakan perkataan dan ayat berbaur perkauman dalam kehidupan harian kita.

Contohnya memanggil orang Afrika dengan perkataan “nigger” dan “negro” – Ya aku tahu ramai yang meluat dengan sesetengah orang Afrika yang jadi punca masalah sosial di Malaysia sekarang. Tapi berapa ramai je yang tahu bahawa orang Afrika ni ada yang baik, terpelajar, berbudi-pekerti, alim, dan mereka ni cukup pantang dipanggil “negro” atau “nigger” – bahkan Presiden Obama sendiri dah tandatangani undang-undang yang mengkategorikan perkataan sebegini sebagai offensive. Beberapa tahun lalu, pemain bola sepak Uruguay Luis Suarez didenda teruk sebab gunakan perkataan “negrito” ke atas Patrice Evra – a French-African player.

Satu lagi contoh yang lagi common. Bila kita describe tentang perangai orang yang terpegun atau kagum bila terjumpa sesuatu, berapa ramai yang gemar menggunakan perkataan seperti “Batak” dan “Jakun”? Kita buat tak tahu yang Jakun ni adalah salah satu etnik orang Asli manakala Batak juga salah satu kumpulan etnik di Malaysia. Ada di kalangan orang Jakun dan Batak ni dah maju pun, jadi adil ke kita terus menggunakan terms sebegini? Atau pun memang kebanyakan orang Malaysia ni jenis yang payah nak bergaul dengan orang etnik lain?

Satu lagi yang paling common – penggunaan term “keling” – tanyalah pada mana-mana rakyat Malaysia berketurunan India, adakah mereka suka dipanggil “keling”? Ya, memang dahulu ada tempat dipanggil Kalinga atau pun Benua Keling, tapi kita secara umum dah tahu perkataan “keling” tu sekarang denotes an offensive term, kenapa insist nak gunakan lagi?

Mungkin ada sesetengah pembaca anggap perkara ni remeh, bukan isu besar. Tapi sikap perkauman ni – sama ada sengaja atau tak sengaja – fikirkan lah, adakah ia selaras dengan syariat Islam? Telah tertulis dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 – “Aku ciptakan kamu sebagai manusia berbilang bangsa supaya kamu saling mengenali dan berbaik antara satu sama lain.”

Pada orang-orang yang masih terbiasa menggunakan these offensive terms, rajinkanlah diri tu membaca dan meneroka dunia. Cuba luaskan minda dan pemikiran, pandangan tu bagi jauh. Mengembara ke sana sini jika ada rezeki. Kenali lebih orang dan jangan stagnant. Moga-moga satu hari nanti kita dapat menjadi umat yang terbaik.

– Muhammad I

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit