Ragam Mak Mertua II

Ragam Mak Mertua II

Terima kasih yang dah bagi komen positif dan negatif tentang cerita sy semalam. Sy gigih baca setiap komen korang. Kebanyakan nya kecam plus cakap saya menantu tak guna, berkira, kedekut etc. Takpe sy tak berkecil hati sebab sy just minta pendapat tapi kena kecam pula. Terima kasih juga pada korang cuba rasa untuk berada di tempat aku. Jom aku ulas setiap satu cerita aku semalam.

Untuk pengetahuan korang,kenapa aku jadi berkira dengan family mertua aku sebab duit gaji aku banyak berhabis untuk tanggung perbelanjaan isi rumah.Bukan suami tak membantu tapi gaji suami kecil plus suami bekerja sendiri.Kadang2 gaji dapat 2 bulan sekali.Kadang2 3 bulan baru dapat. Bayangkan sepanjang nak tunggu duit gaji suami tu,aku kena guna duit gaji aku untuk beli barang keperluan rumah.Aku terpaksa buat part time income untuk sara kehidupan kami sekeluarga.Patut ke aku di cop sebagai berkira jikalau aku terpaksa bawa mak mertua aku ke hulu ke hilir dengan guna kereta dan minyak aku? Bayangkan suami aku tak pernah hulur duit minyak langsung dekat aku?Macam mana dia nak hulur kalau gaji pun dapat tak menentu.

Kaum lelaki yang banyak kecam aku tu,tolong tengok balik diri sendiri.Ada tak hulur duit nafkah dekat isteri secukupnya?Kalau setakat bagi RM300 sebulan,boleh belajar pergi beli sendiri barang keperluan rumah untuk sebulan?Charge sekali duit minyak pergi balik termasuk bayaran bil2 utiliti rumah.Kalau rasa RM300 tu cukup untuk sebulan,tahniah anda seorang yang sangat berjimat cermat.Suami aku memang sebiji perangai emaknya sebab selalu ajak pergi berjalan.Bila aku cakap tak cukup duit,suami boleh cakap pergi jalan bukan guna duit pun.Ronda2 naik kereta je.Memang kereta aku jalan guna air bukan guna minyak.Bayangkan setiap hujung minggu aku dah isi full tank untuk pergi balik kerja setiap minggu.Tapi bila dah pergi keluar ronda2 tu,korang rasa budget aku statik atau berubah2?Belajar untuk berada di tempat aku.Korang akan rasa apa yang aku rasa.

Part yang aku berkira untuk bawa mak mertua pergi pasar tu,aku nak bagitahu ayah mertua aku setiap pagi pergi pasar.Ayah mertua aku kije driver dan setiap pagi akan hantar beli dan hantar barang2 basar di kedai runcit.Bila sy tanya mertua kenapa tak tumpang suami mak je?Dia boleh cakap “mak tak sempat siap pagi tadi.”Sebab ayah pergi pasar awal sangat.Aku rasa dekat sini tak timbul isu tak sempat sebab setiap pagi mak mertua memang tahu ayah mertua sy pergi pasar pukul berapa.So dia boleh set masa kalau rasa nak tumpang betul tak?Yang suruh aku belajar untuk say NO tu,aku dah pernah buat dengan perasaan aku sendiri pula yang rasa bersalah.Lepas aku cakap tak dapat nak tolong hantar,mak mertua aku terus letak telefon sampai tak sempat aku nak bagi salam.Aku pernah datang rumah mertua lepas kejadian tempoh hari,tapi air muka mak mertua seakan-akan tak suka kedatangan aku.Pastu korang rasa aku patut ke cakap NO lagi untuk setiap permintaan dia?Untuk pengetahuan korang,sebelum aku kahwin dengan suami,mak mertua aku boleh je pergi mana-mana naik bas.Takde isu berbangkit pun sebelum tu.Tapi kenapa lepas aku kahwin dengan anak dia,aku yang kena ambil dan hantar mak mertua pergi kemana-mana?Sedangkan suami sy elok saja membuta dekat rumah sebab shift kerja pukul 9.30 am.Patut ke aku dipersalahkan?

Untuk isu yang memasak tu,aku sikit pun tak berkira.Yang cop aku pemalas tu,aku nak cakap setiap hari boleh kira dengan jari berapa kali je aku tak memasak.Mostly setiap hari aku buat breakfast.Tapi aku nak cakap korang sedih tak bila korang balik rumah mertua ramai2 tapi korang yang kena buat semua benda dalam rumah tu?Aku setuju orang yang cakap zaman sekarang isteri buat semua kerja rumah,yang suami elok je duduk dalam bilik menghadap fon 24jam.Bila isteri nak lepaskan lelah sekejap je terus di cop pemalas.Zaman nabi dulu,kaum adam yang buat kerja rumah.Tapi sekarang dah terbalik.Tu la salah satu faktor kenapa aku nak sewa rumah lain sebab aku cuba nak ubah mentaliti kaum lelaki terutama sekali suami aku sendiri supaya dia rasa lebih bertanggungjawab untuk sama2 bantu dalam hal rumahtangga.

Aku pernah rasa kena halau dari rumah mak mertua sebab kebetulan time tu adik beradik suami semua balik.Masa tu seingat aku,aku melepak rumah mertua tapi aku tak ringan tulang membantu mak mertua dekat dapur masa tu.Sebab time tu kebetulan biras2 aku balik,so banyak cerita nak share sampai terlupa nak tolong.Tapi aku still jenguk mak mertua dekat dapur then tanya if perlukan pertolongan.Tapi saya rasa time tu mak mertua dah sentap so dia cakap takpe dia boleh buat sendiri.Malam tu konon sy saja balik lambat sebab memang dah plan nk tidur situ.Tapi tak sangka mak mertua tanya kami suami isteri nak balik pukul berapa?Dah lewat malam ni?Esok boleh datang semula kalau nak melepak.Time tu rasa nak pengsan kejap kena halau sebab tak pernah lagi rasa macam tu.Dalam kes ni,aku juga ke patut dipersalahkan sedangkan aku dah penuhi semua permintaan mak mertua aku sebelum ni?

Korang yang cakap aku ni tak reti bersyukur dapat mak mertua sayang aku tu,aku harap 1 ari nanti korang dapat rasa mak mertua macam aku rasa sekarang.Untuk pengetahuan korang,setiap kali aku datang rumah mertua aku jarang datang dengan tangan kosong.Even anak dia sendiri pun datang sehelai sepinggang.Aku yang segan nak datang bawa badan je.Mak mertua jenis mulut puaka juga la aku rasa.Dengan anak-anak pun dia boleh maki dalam group whattsapp,apatah lagi aku ni yang taraf hanya sebagai menantu?Aku pernah terbaca dalam group whattsapp suami then tengok cara mak mertua bersuara dengan anak-anak dia.Sedih sangat tengok sebab mak ayah aku sendiri pun tak pernah maki anak-anak.Pastu korang rasa,mak mertua aku tu tak pernah langsung ke bercakap pasal aku dekat belakang aku?

Takpe la,aku post cerita semalam untuk minta pendapat,tapi tak sangka dapat kecaman. Hopefully, korang tak merasa berada di tempat aku.Zaman sekarang duit tu segala-galanya. Kalau rasa kahwin sebab cinta semata-mata,boleh la belajar beli barang2 keperluan dan kehendak dengan cinta korang tu.Bila korang selalu sangat keluarkan duit korang untuk perbelanjaan rumahtangga,rasa berkira tu akan datang dengan sendiri.Aku memang kahwin dengan suami tapi tak sangka aku kena menghadap seluruh perangai keluarga suami.Aku tak menyesal sebab dulu sebelum kahwin aku tak pernah ada persepsi negatif tentang mak mertua aku.Bila dah duduk sebumbung baru tahu.Aku pun ada kekurangan juga,bukan sampai tak nampak langsung kekurangan diri aku tu.Tapi aku minta pendapat so that aku boleh adapt pendapat korang tu kot2 tak mengguriskan hati mertua.Sebab aku baru kahwin,so aku tak nampak lagi perjalanan hidup berumahtangga tu macam mana.Mostly aku tengok orang lain hidup happy kahwin macam tak ada masalah.Mungkin ni bahagian aku.Allah memang nak uji tengok aku mampu ke tak.

Terima kasih.

– Aien

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit