Ramadhan Kali Ini

Alhamdulillah. Hari ni dah 1 Ramadhan. Syukur, segala puji bagi Allah, kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yg mulia ini. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan sihat dan dipermudah segala urusan. Bulan yg sering dirindui. Kalau kita rasa tak gembira dengan kedatangan Ramadhan, mungkin hati kita dah keras disebabkan perkara duniawi. Jadi, cuba check balik keadaan iman kita, ok atau tak.

Bukan semua orang berpeluang bertemu dengan Ramadhan. Kita pun tak dapat nak pastikan yg ini bukanlah Ramadhan terakhir kita. Marilah kita manfaatkan peluang yg ada ini untuk mmperbaiki segala tingkah laku (kebiasaan) seharian kita.

Walaupun ia perkara yg mudah sahaja, dan kebanyakkan daripada kita tahu sebenarnya, tapi sebagai manusia kita selalu trlupa/leka/ terlepas pandang. Lumrah. Ok lah, terus kepada isi penting.

Pagi : Lepas solat subuh, bacalah al-Quran. Walaupun hanya sehelai (2 muka surat).
Kalau pada hari biasa, selalunya kita tiada kesempatan sebab nak siapkan sarapan dan bgegas nak turun kerja. In shaa Allah, ketika berpuasa ada lebih banyak masa. Kalau boleh baca lebih banyak, lagi baik. Siapa tahu, baca punya baca, boleh khatam al-Quran tahun ni? Selain tu, boleh baca al-Mathurat. Supaya nanti, akan terbiasa walaupun Ramadhan dah berlalu. Takpelah, slow-slow. Tiada paksaan.

Tengahari : Solat pada awal waktu. Maksudnya, jaga waktu solat. Terutamanya solat Asar. Sebab pada kebiasannya, solat Zuhur terus ditunaikan pada waktu rehat makan tengahari. Dah bulan puasa kan, tak kan nak pergi makan pulak. Heheheee. Waktu ni, lepas solat, terpulanglah nak buat apa. Zikir ke, nak lelapkan mata sekejap ke, ataupun berborak. Tapi, kalau berborak, kena hati-hati ya. Risau. Nanti, terlajak borak sampai termengumpat. Ulang, ter. Yelah, kadang-kadang kita tak perasan. Terutamanya bagi perempuan. Tapi, tak semualah (Read: Ada je perempuan yg tak suka mengatakan tentang hal orang dan ada je lelaki yg berbicara tentang hal orang walaupun jarang jumpa).

Petang : Kalau masak sendiri, biasanya ok saja. Sebab boleh estimate banyak mana makanan yg kita nak masak. Tapi kalau pergi bazar, belilah juadah bbuka seadanya. Berpada-pada bak kata orang. Jangan pula, dah tau nak berbuka 4orang, beli makanan macam untuk berbuka 8orang. Dua kali ganda. Kan banyak sangat tu. Ya, faham. Nafsu nak makan ketika puasa ni lain macam (tak semua). Tengok tu, rasa nak beli. Tengok ni, rasa nak beli. Tengok gambar kat facebook pun boleh terliur, apakan lagi tengok sendiri. Hahaha. Tu yg akhirnya, makanan terlebih banyak dan akhirnya masuk ke dalam tong sampah. Jangan sampai membazir, itu amalan syaitan. Kita kena ingat, ramai orang kurang berkemampuan yg berbuka puasa ala kadar, sekadar untuk berbuka. Kalau memang ada niat nak bersedekah, lain cerita. Silakan. Kalau rasa mampu habiskn walaupun banyak, tiada halangan. Tapi, kalau boleh, cubalah kurangkan ya. Kenapa? Sebabnya, antara tujuan kita berpuasa adalah cuba untuk mengawal nafsu.

Malam : Menunaikan solat Tarawih.
Di surau/masjid mahupun di rumah.
Berapa rakaat, terpulang kepada setiap individu. 8rakaat ataupun 20rakaat dan dtutup dgn solat witir. Jika ada kelapangan dan tiada paksaan. Namanya pun memang solat sunat, kan? Tapi, seeloknya buatlah solat Tarawih. Paling sedikit pun, sekali untuk sepanjang Ramadhan tahun ni. Bunyi pun dah nampak sikit, kan? Rugi tau. Sangat rugi kalau kita tak usaha lakukan Tarawih. Kenapa? Sebab solat ni, kita tak dapat buat selain pada bulan yg istimewa ni. Walaupun kita tiba-tiba rasa rajin dan beria-ia nak buat solat sunat ni, tetap tak boleh. Lagi pula, kita tak tahu, sama ada kita mampu atau tak, nak tunaikan pada Ramadhan akan datang. Faham kan maksudnya? Lepastu, cuba tidur awal dan bangun untuk solat sunat Taubat ataupun Tahajud, sebelum sahur. Kalau selalu buat, in shaa Allah, senang nak bangun Tahajud walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Boleh rujuk video Ustaz Azhar Idrus mengenai solat Witir dan Tahajud kat Youtube.

So, ni sedikit sebanyak benda yg kita sering terlepas pandang. Banyak lagi yg kita boleh perbaiki. Antaranya, jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Serta, usahalah untuk jaga mata, jaga telinga, jaga mulut, dan jaga hati. Didik hati kita untuk buang sifat dengki, buruk sangka dan cuba kawal marah.
Bersedekahlah dengan seikhlas hati dan perbanyakkan doa. Ketika berbuka puasa adalah antara waktu yg digalakkan untuk berdoa, waktu mustajab doa. Banyak-banyak doa ya, jangan lupa.

Ini adalah confession pertamaku. Maaf kalau ada ayat yg susah nak faham. Tak pasti, mungkin ini antara yg terpendek pernah admin terima dan mungkin ada persamaan topik/isi dengan confession yg terdahulu. Kalau tersiar, terima kasih kepada admin dan alhamdulillah. In shaa Allah, semoga ada pahala buatku. Ini hanyalah pandangan peribadi. Maaf andai ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan”
-Saidina Ali r.a-

Kata Imam Hassan al-Basri:

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. SEANDAINYA seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila DIA SEMPURNA, nescaya tidak akan ada pendakwah (kerana tiada manusia yang sempurna). Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan”

Aku juga masih berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Terima kasih kepada pembaca dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga kita semua sentiasa beroleh rahmatNya. Assalamualaikum.

Sekian,
– N –

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *