Ramadhan Ke 10 Tanpa Mama

Nama aku Athirah. Berusia 20an. Sempena bulan Ramadhan ni, aku nak confess mengenai ketabahan Mama melawan penyakitnya. Aku rindu Mama sebenarnya. Aku rindu masakan dia. Yelah hampir 10 kami sekeluarga tidak menjamah masakan Mama. Mama aku sebenarnya menghidap penyakit Kanser Pangkal Rahim. Sewaktu dia diagnos, Mama sedang mengandungkan aku, 3 bulan. Dan of course la Mama nak kandungan ini selamat. Doc beritahu jika Mama teruskan juga, kemungkinan bayi dalam kandungan tak dapat diselamatkan dan nyawa Mama juga mungkin akan terancam. Doc tu seakan-akan memberi amaran bahawa jika teruskan kandungan, Mama berisiko besar untuk mati.

Mama berbincang dengan Papa dan keluarga apa yang harus dilakukan? Mama akur. Janin dalam rahim perlu digugurkan demi keselamatan Mama. Dalam esak tangis, Mama tandatangan borang untuk gugurkan kandungan. Papa sentiasa menyokong Mama dan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk Mama. Dan malam itu jugak Mama dimasukkan ke Operation theatre. 2 orang doc ditugaskan dalam pembedahan itu. Selama berjam-jam juga Mama didalam tu. Papa resah menunggu kami.

Selepas pembedahan berjaya, Mama direhatkan seminggu di wad. Tak lama lepas tu Mama pon dibenarkan discharge. Hari-hari yang Mama lalui sangat indah. Semakin hari semakin tinggi selera makan Mama. Tapi Mama biarkan mungkin faktor badan yang sedikit chubby. Sehinggakan 6 bulan kemudian. Mama mengalami sakit perut yang teramat sangat. Bagaikan sakit orang bersalin. Nenek call Papa balik rumah dan bawa Mama ke hospital. Guess what, Mama sakit yang teramat sangat kerana di dalam perutnya ada bayi. Bayi yang akan keluar! Doc, nurse dan semua yang ada terkejut. Especially Doc Rozita, kerana dialah yang memaksa dengan lantang agar Mama menggugurkan kandungan. Kuasa Allah SWT, tiada siapa boleh menghalang. Pada tarikh 16 Januari 199* Mama selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Athirah.

Papa dan Nenek terpinga-pinga bila diberitahu Mama selamat semuanya. Papa ingatkan Mama dah selamat meninggal. Nurse keluar memberitahu Papa boleh melihat aku di wad kanak-kanak. Papa kaget! Eh betul ke isteri saya melahirkan bayi? Nenek dan Papa berpelukan. Nampak sangat seronoknya! Dan aku pula dimasukkan ke dalam inkubator sebab jantung lemah. Manakala Mama ditempatkan di ICU kerana kehilangan banyak darah. Papa menitiskan air mata kegembiraan. Doc Rozita datang berjumpa Papa dan memohon maaf atas kelantangan berkata-kata kepada Mama. Dia menyesal kerana melawan kehendak Illahi. Dia sedar jika Allah SWT berkehendak, tiada satu makhluk pon yang dapat halang, maka jadilah ia. Kun Fa Ya Kun. Papa maafkan dan memohon agar doc Rozita dapat membantu Mama pula.

Selama seminggu Mama di ICU dan dia telah dipindahkan ke wad biasa manakala aku masih di dalam inkubator selama 3 bulan. Semua kaum keluarga terkejut kerana Mama lahirkan seorang bayi perempuan. Dulu kan Mama ada bagitahu Mama terpaksa gugurkan kandungan atas nasihat doc. But now, things changed! Semua orang impress. Nenek cakap mungkin doc tu silap cuci janin atau Allah SWT memang nak lindungi aku dari semua tu. Husnudzon Nenek aku tu.

Mama dan Papa sangat manjakan aku. Yelah anak perempuan tunggal. Semua kemahuan aku diturutkan. Along dan Angah juga sangat sayangkan aku. Mama masih lagi berjuang dengan penyakitnya. Mama seorang wanita yang tak mudah mengalah. Dia sentiasa kuat didepan anak-anak dan suami. Mama pernah cakap “Mama berjuang lahirkan Athirah adalah untuk temankan Papa kalau suatu hari nanti Mama dah tak ade. At least Athirah boleh temankan Papa, gantikan tempat Mama, hiburkan hati Papa”. Sedih weh bila Mama cakap macam ni. Aku sayang Mama dunia akhirat. Aku cuba untuk buat Mama happy dan bahagia. Along dan Angah juga belajar rajin-rajin dan kami selalu hadiahkan result yang cemerlang untuk Mama dan Papa.

Kebahagiaan kami tergugat bila Mama jatuh dan koma. Ketika itu Along study di UK, Angah di UIA dan aku di Form 3. Mama tak sedarkan diri selama 2 minggu. Doc inform Papa yang daya tahan Mama melawan kanser tu dah merudum. Mama tak terdaya lagi. Papa terduduk kaku. Penyakit kanser bukanlah macam demam biasa. Doc telah cuba berikan Mama dos ubat yang paling kuat tapi tetap juga tidak mampu melawan. Papa redha dan pasrah. Along dipanggil pulang. Angah diminta balik dan kami semua disisi Mama. Doa dan harapan kami adalah Mama kembali sihat. Ayat terakhir Mama “Mama sayang semua”. Aku tengok ade hembusan lembut dari Mama. Mama dah tak ade! Aku menangis sekuat hati. Pedulikan semua yang tengok! Papa tabah. Papa tak nangis macam kami bertiga. Nenek, Paklong dan Maklong turut menangis disitu. Semua sedih Mama tak ade.

Selepas Mama pergi, aku semakin manja dengan Papa. Along kembali ke UK teruskan pengajian, Angah juga sama. Papa cakap pada kami, “Walaupun Mama tak ade di dunia tapi Mama tetap ada dalam hati kita semua”. Papa pesan, kalau kami bertiga ada masalah, ceritalah dengan Papa. Jangan disimpan. Papa memang seorang ayah yang terbaik. Masakan tidak, 25 tahun hidup bersama Mama. Dulu Mama dan Papa sama-sama menuntut di UPM dan sama-sama bekerja di jabatan Pendidikan dan akhirnya berkahwin. Mama seorang yang tegas, sangat berdikari dan positif orangnya.

Sewaktu mula didiagnos kanser Pangkal Rahim, Mama tak duduk diam, dia jumpa pakar dan terus bincang apa dia perlu buat. Itulah Mama sentiasa optimis. Masa Mama bagitahu Papa tentang penyakit tu, Mama menangis sepuas hati. Mama tak kuat tapi Papa cakap, setiap ujian yang datang tu Allah SWT sayang. DIA rindu kita, sebab tu DIA bagi ujian. Dan setiap penyakit, pasti ada penawar. Aku berbangga menjadi anak kepada Harlina(Nama Samaran) dan Mukhriz(Nama Samaran).

Kini hampir 10 tahun Mama pergi. Along sudah berkahwin dan anak dia dah 3 orang. Angah pulak anak baru sorang je. Aku pulak sedang melanjutkan pengajian Master dan Papa pula sudah bersara. Malangnya Papa masih keseorangan. Kata Papa, nak kahwin baru bukan main pilih je. Pilih isteri bukan macam pilih ikan di pasar! Hahaha.. Papa, Papa. Kami adik beradik sentiasa doakan Papa sihat, bahagia selalu. Dan kami juga sedang mencarikan Mama baru untuk Papa itupun kalau Papa setuju lah kan.

Kalian tolong doakan ya supaya roh Mama aku ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Dan semoga Papa aku dapat seseorang wanita yang boleh menjaga dia dengan baik.

Along, Angah kalau baca ni, tolong diam2 jangan bagitau Papa atau komen disini ya. Diam2 aje yea.

– Athirah Mukhriz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *