Re: Child Grooming

Re: Child Grooming

Salam semua. Terima kasih admin kalau post aku ni dipublish. Dan terima kasih kepada pembaca.

Aku baru lepas baca pasal child grooming oleh Ja yang dia kena buat dengan C dan D tu. Aku faham perasaan kekeliruan dia sebab aku pun penah alami benda yang sama. Tapi bukan keluarga jauh pun. Abang aku sendiri.

Mama papa aku dua-dua sibuk kerja masa kami adik beradik kecil dulu. Beza umur aku dengan abang aku 7 tahun. Disebabkan mak ayah aku sibuk kerja, kami pergi sekolah naik van sekolah atau bas sekolah. Dan memang dah jadi kebiasaan aku dengan abang aku tinggal berdua sementara nak ke sekolah tu. Benda ni jadi masa aku darjah 2, abang aku form 3. Tak payah la cerita detail sangat, ceritanya abang aku pernah cabul aku, pegang kemaluan aku.

Kau bayangkan masa tu punya naif gila aku, aku cuma rasa geli dan mampu ketawa je. Aku tak tahu apa-apa. Dan kehidupan aku macam biasa. Cuma abang aku ni dia memang suka pegang-pegang aku. Suka nak tengok aku pakai salin baju. Tapi masalahnya waktu tu aku cuma rasa benda tu macam gurauan adik beradik.

Sampai la satu hari tu, aku tidur. Dan aku terjaga sebab abang aku selak seluar aku dan pegang kemaluan aku. Aku sedar tapi aku buat-buat tidur sebab aku takut. Aku takut apa yg abang aku nak buat. Lepas tu aku tak ingat apa jadi tapi abang aku tak rogol aku.

Lepas kejadian tu, aku jadi lain. Aku jadi konfius. Pelajaran aku teruk, aku jadi malas belajar. Aku tak nak tinggal berdua dengan abang aku. Aku banyak duduk dalam bilik. Aku rasa takut nak hidup.

Tapi bila pelajaran aku teruk, mama aku marah cakap aku malukan dia. Dan sejak tu aku ada fikiran untuk lari dari rumah. Nak bunuh diri. Aku rasa diri aku keji. Aku rasa tak guna. Aku pernah bagitahu mama aku pasal kejadian tu, tapi mama aku cakap maybe aku mimpi atau maybe aku ngigau. Menangis aku cerita tapi mama aku buat tak tahu atau mama aku tak tahu nak buat apa. Tapi lepas mama aku buat tak tahu, aku buat kehidupan aku sendiri.

Masa masuk sekolah menengah, aku duduk asrama. Abang aku entah buat apa entah masa tu. Tapi kehidupan dia pun kucar kacir. Kerja tak tetap. Kerja tapi selalu tak cukup duit. Aku lantakkan je dia. Pernah banyak kali aku jumpa cd video lucah dalam bilik dia. Dan sejak tu memang aku takkan sekali kali jejak bilik dia dah apatah lagi kalau dia ada dalam bilik tu.

Tapi aku boleh buat apa. Dia abang aku. Aku pegi mana pun, aku akan jumpa dia jugak sebab balik rumah. Tapi aku takde la sampai benci dia. Aku just buat macam benda tu tak jadi atau aku tak sedar pun masa abang aku buat. Aku move on.

Ada sebab Allah sembunyikan aib diri kita sebab Allah nak kita jadi kuat di sebalik kisah silam kita. Kawan-kawan aku semua tak tahu. Diorang kenal aku sebagai yang ceria sengal suka ketawa. Tapi kadang-kadang aku selalu terkejut bangun sebab aku mimpi benda macam ada orang nak rogol aku, mimpi ada orang raba aku sampai aku berlawan nak mintak lepas.

Tu lah hakikatnya, mungkin kalau benda tu jadi sekarang, aku akan fight. Sebab aku tahu benda tu salah. Tapi benda tu dah lepas dah dan ada takde aku kena move on. Sekarang aku dah kahwin. Aku ada anak perempuan sorang laki sorang. Dan aku ambil pengajaran kisah hidup aku untuk aku didik anak aku jadi orang berguna. Aku doakan anak-anak aku jadi soleh dan solehah. Aku nak ajar dorang apa yg boleh dan tak boleh, ajaran yang mama papa aku tak pernah ajar, batas antara lelaki perempuan. Dan abang aku tu masih tak kahwin lagi. Dia tak pernah cukup duit, dan ya, aku masih berhati-hati even sampai sekarang. Sampai bila-bila.

Aku harap kepada semua yang pernah ada kisah silam hitam ni, dapat move on jadi seorang yang kuat. Kepada semua pesalah laku yang mencabul tu, aku harap sangat dorang sedar dan cepat-cepat taubat. Kalau kau sedar yang kau buat tu salah tapi masih kau buat benda terkutuk tu, aku doakan kau cepat terhapus dari dunia ni sebab kau parasit, orang tak nampak apa kau buat tapi sebenarnya kau dah bunuh jiwa mangsa kau tu hidup-hidup. Penderitaan sepanjang zaman.

– Markonah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit