Reflection dari Kata-kata

Assalamualaikum , pernah cuba untuk confess sebelum ni tapi tak disiarkan pun kemungkinan penulisan dan jalan cerita yang tak memberi faedah dan pengajaran pada semua.

Tetapi andai kata confession ini disiarkan semoga semua dapat ambil iktibar dan pengajaran dalam setiap perkara yang anda perkatakan dari hati ataupun mulut. Semoga semua sentiasa dipelihara oleh-Nya.

Cerita ini secara umum dan perkara yang sebenar terjadi dalam kehidupan aku. Bukan nak buka aib diri sendiri tapi tergerak hati nak share supaya semua orang yang membaca confession ni tak melakukan perkara yang sama macam aku secara sedar ataupun tak sedar.

Setiap hari aku akan baca page ni macam nak baca surat khabar agar sentiasa update dengan hal2 yang berlaku kat sekeliling kita yg kadang2 kita tak perasan dan tak sedar pun. Dan aku takkan missed baca komen2 semua readers kat page ni. Sengaja nak tahu pendapat setiap orang dan cara2 pemikiran orang. Dari situ timbul lah perasaan nak rasa tulis komen jugak. Komen aku tu kadang2 bukan berbentuk kecaman tapi more kepada bentuk positive la yang kononya aku pun boleh lakukan hal macam positive yang macam digambarkan dalam komen aku. Haa jaga2 dengan apa yang korang perkatakan tu. Ingat selalu jangan rasa diri kita bagus. Ini untuk rujukan diri kita sendiri je tak perlu bagitahu orang lain. Dalam erti kata lain muhasabah diri.

Tapi hakikat nya aku diuji dengan komen aku itu. Sebagai contoh yang mudah, masa aku belajar diploma aku selalu nampak pelajar2 ni cukup suka berdating tak kira siang malam tak kisah la kat ceruk manapun dan masa tu aku tengah single. Aku berilah nasihat kat geng2 aku ‘Astaughfirullahalazim diorang ni tak tahu ke asyik dating je siang malam, gelap hati bila nak belajar jadi susah, kesian kat mak ayah diorang ni. ” Masa aku bercakap mengenai hal ni. Aku fikir aku takkan diuji dan terjebak dengan hal mendekati zina seperti berdating ni.

Haaa selepas dengan beraninya aku katakan kat pelajar2 yang berdating tu aku diuji masa zaman aku kerja. Aku kenal dengan lelaki ni dan dia terus decide nak jadikan aku isteri dia. Tapi sebab mak ayah aku mintak hantaran 10k. Kena hold dulu lah sebab nak menyimpan duit so maybe tahun depan la kalau ada jodoh. Semoga dipermudahkan. Aku diuji dengan lelaki yang aku kenal ni hal2 yang sama sebiji dengan kata2 ”nasihat” yang aku lemparkan kat kawan2 aku dlu. Aku ingat aku tak diuji dengan hal ni. Rupanya aku pun lemah dengan dugaan syaitan. Aku pun buat perkara2 yang menghampiri zina seperti berdating dan berwhatsapp perkara2 yang lagha.

Banyak lagi perkara, contoh kedua yang terjadi aku diuji sekali lagi mengenai kata2 dalam hati. Masa sekolah menengah dulu kawan aku ada masalah family. Ayah dia kaki kuat jealous panas baran dan kaki pukul. So hari2 lah kawan aku tu akan menangis bercerita pasal keluarga dia. Dalam hati aku, ” kesiannya dia ada mak ayah yang tak fikirkan pasal anak2. Kalau aku kat tempat dia mungkin aku takkan selemah dia. Menangis macam tu, cubalah kuat sikit, ini kan dugaan untuk dia”. Dengan yakin nya aku bercakap dalam hati yang family aku ni akan bahagia selamanya. Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari, Dikira akan mulia dan baik selamanya, lalu ditimpa masalah sehingga menjadi melarat. Sekarang family aku pulak yang bermasalah. Sedihnya aku lagi teruk tau. Sampai aku rasa nak rosakkan diri sendiri sebab aku rasa family aku lansung tak fikirkan anak2 diorang. Alhamdulillah Allah masih jagakan aku. Aku tak pernah lagi ditemukan dengan kawan2 yang liar. semua baik2 sahaja.

Aku reflect semula kat diri aku selepas aku tersedar dengan kata kata kawan aku. Dia kata kat aku ” Kita akan diuji dengan kata2 kita sendiri”. So apa yang aku digest. Tak salah sangat tau kita nak kasi nasihat. Tapi tetapkan lah dalam hati tu sebelum kita menasihati sesiapa tentang sesuatu perkara yang kita belum pernah lalui. Cuba lah ingat kata2 itu dan jangan sesekali kita takkan diuji mcm si pendosa itu. Kita bukan maksum kita ni banyak cela, iman kita turun naik setiap saat kita bernafas, Kadang2 Allah sengaja nak menguji sama ada kita boleh tak buat macam apa yang kita perkatakan tu.

So far ni, aku selalu tewas dengan apa yang aku perkatakan. So korang ini pandangan aku sahaja, mana yang salah tu kita sama2 cuba perbaiki. Dan tak mustahil aku confess hari ni dan ada nasihat2 yang aku beri kat readers hal yang aku belum lalui. Aku akan diuji ~

Maaf andai kata penulisan yang tidak jelas dan tak sampai pun kat hati korang.

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit