Resign or Stay?

Salam semua. Sedikit pengenalan diri sendiri, lewat 20 an dan masih bujang. Aku nak minta pendapat semua tentang masalah yang membelengu jiwa aku ni. Aku sekarang ni dalam dilema sama ada untuk berhenti kerja atau terus kerja di tempat kerja aku sekarang ni. Aku mula berfikir macam ni bila aku dah jatuh hati dengan boss aku.

Aku telah bekerja dekat tempat kerja aku sekarang ni dalam tiga tahun dah. Aku memang suka kerja dekat sini sebab aku dapat buat kerja berkait dengan kemahiran dan minat aku. So, bila hantar kerja dekat bos, kebanyakkan masanya memang dia berpuas hati dengan kerja aku. Mula-mulanya memang aku suka kerja dekat sini, sebab suasana best, politik office pun takde sebab staff memang tak ramai, aku boleh masuk dengan semua orang, dan gaji pun okay.

Tapi, aku makin rasa tak best bila aku mula jatuh hati dengan boss. Boss aku ni baik, suka bercakap yang boleh memberikan motivasi, tak kedekut, prihatin dengan staff dia, suka menceriakan suasana di tempat kerja, dan macam2 lagi lah. Oh ya, dia memang bujang walaupun usia dah lanjut sikit. Aku mula suka dekat dia dalam hujung tahun lepas sebab dia ada buat something yang buat aku terharu sampai sekarang. Tak boleh nak cerita kat sini sebab segan. Haha. Bila aku cakap aku makin rasa tak best sebab boss aku ni rapat dengan seorang lagi staff bernama staff A. Lebih rapat daripada aku walaupun aku lebih senior daripada staff A ni. Mungkin mereka senang rapat sebab mereka sama bangsa. Mulanya aku tak kisah bila boss selalu bawa staff A ni pergi meeting dan jumpa clients. Tapi lama-lama aku rasa makin tak sedap hati sebab terlalu kerap. Sekarang ni hampir setiap hujung minggu boss bawa staff A keluar. Aku tak tahu lah diorang pergi meeting or jumpa clients or pergi dating.. By the way, staff A ni dah ada boyfriend. Kadang-kadang aku terfikir boyfriend staff A ni tak kisah ke dia selalu keluar dengan boss? Sebab staff A ni selalu post dekat social network tempat-tempat dia pergi dengan boss.

Makin lama benda ni berlaku, makin aku rasa cemburu.. Sekarang ni susah untuk aku kawal perasaan aku dekat tempat kerja. Bila setiap kali boss ajak staff A keluar, aku akan jadi bad mood. Rasanya semua orang dekat tempat kerja perasan aku bad mood. Harap-harap diorang ingat aku stress dengan kerja lah, bukan sebab boss keluar dengan staff A. Tapi kalau boss fokus dekat aku, aku akan rasa happy. Aku jadi bersemangat nak buat kerja, tak sabar nak datang kerja esoknya dan suka stay lama dekat tempat kerja semata-mata nak duduk lama dengan boss aku.

Tapi sekarang ni aku nak buat keputusan, aku rasa perasaan cemburu aku ni makin parah. Aku takut akan menjejaskan reputasi kerja aku. Aku taknak boss tahu yang aku suka dekat dia sebab ini akan mengeruhkan keadaan (rasanyalah). Aku berfikir satu-satunya cara untuk lari daripada perasaan suka dekat boss ini dengan jauhkan diri daripada dia, iaitu dengan berhenti kerja. Sekarang ni aku tak kisah kalau kerja yang seterusnya dapat gaji sikit je, politik office ada ke, lagi penat ke, atau boss tak best ke. Asalkan aku dapat lupakan dia. Bila aku dah lupakan dia, takde lah aku rasa cemburu bila tengok dia asyik dengan staff A je. Mungkin satu cara lagi ialan aku tetap teruskan kerja di situ, tapi aku kena usahakan untuk hapuskan perasaan aku dekat dia. Bukan senang sebab sebelum ni aku pernah confess dekat someone dan dia reject mentah-mentah. Aku ambil masa dalam enam bulan untuk lupakan dia. Tu pun aku mula lupakan dia sebab aku dah mula suka dekat boss aku. Kiranya fokus aku beralih kepada boss aku lah. Haha.

So sekarang ni, korang rasa mana yang lebih afdhal? Resign or stay? Sesiapa ada pengalaman macam ni?

– HH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *