Rezeki Ada Dimana-mana Sahaja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejanhtera,

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kat admin kalau cerita aku ni disiarkan. Bukan nak menunjuk, bukan jugak nak bermegah dengan apa yang ada, cuma aku nak cerita sedikit tentang hebatnya kuasa si-Dia dalam segala perkara yang aku pernah adapt sepanjang hidup ni.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tak berharta, duit pun cukup makan bila dah hujung bulan confirm makan telur ja. Aku anak ketiga dalam enam orang adik beradik, dan disebabkan aku anak lelaki sulung, jadi segala tanggungjawab tu memang sendirinya kau akan usaha untuk bantu keluarga.

Aku belajar alhamdulillah, since UPSR sampai ke SPM result aku agak baik sampai aku dapat sambung pengajian dalam bidang Engineering dekat sebuah Universiti yang aku boleh labelkan ada nama kat Malaysia ni. Walaupun masa awal nak masuk U dulu berbelah bahagi perasaan sebab takut kalau abah & mak tersepit nak bayar yuran belajar semua, tapi Tuhan tu Maha Mendengar, aku dapat tajaan “Edu-Loan” MARA sepanjang 4 tahun degree. Walaupun aku dapat elaun bulan2 dekat U dulu, tapi dalam masa yang sama aku akan bagi sedikit dekat parent aku sebab selalunya memang abah punya duit gaji tak cukup nak tanggung adik2 aku yang lain punya duit makan kat sekolah. Pernah sekali aku on-call dengan mak, tanya makan apa, tapi mak diam ja, katanya “alaaaa biasalah dah nak hujung bulan ni tapi tak pe kat rumah abang jangan nak risaukan, yang penting abang kat U sana makan jangan ikat perut, nanti sakit.”

Menangis jugak la aku masa tu tak memasal roommate aku gelabah fikir sebab apa, hahahaha.

Walaupun family aku tak kaya harta, tapi alhamdulillah bila turn nak bayar yuran ja, mesti rasa smooth ja tak pernah kena block sebab tak ada duit ke apa, pernah jugak satu semester U aku bagi tajaan untuk pelajar yang gaji dalam keluarga kurang daripada RM 3000. Syukur, sebab masa tu kebetulan duit yuran MARA dapat lambat, kalau tak confirm kena block untuk register semester baru.

Habis degree, sebulan lepas tu dapat kerja as Engineer dekat salah satu company. Gigih pergi naik turun bus, Uber semua sebab memang tempat nak interview tu tak ada kenalan mahupun sedara. Kalau korang semua nak tahu, segala perbelanjaan masa aku nak pergi interview dulu hasil duit kuih mak aku jual kat sekolah. Masa tu Allah SWT saja yang tahu sebak nak meronta ja bila mak bangun penat2 pagi subuh tapi duit hasil jualan bagi aku untuk beli tiket bus semua. Tapi alhamdulillah, interview pun smooth test pun lepas, a week after that aku dapat call yang aku dapat position tu.

Apa yang aku nak inform dekat sini, kita semua ada susahnya masing2, cuma samaada kita bersyukur mahupun tidak. Sebab bagi aku, rezeki akan jadi bertambah bila kita bersyukur, in addition, lagi berkat rezeki tu kalau kita share dgn orang lain. Rezeki Allah SWT itu bukan sahaja terletak pada harta kekayaan, tetapi ianya juga boleh kepada tubuh badan yang sihat, otak yang cergas dsb.

Aku doakan sesiapa yang mungkin mengalami kehidupan masa aku skrg, semoga tak putus asa dalam apa yang korang buat sekarang. Jangan lupa solat dan sentiasa bersyukur.

Thanks :)

– Injiniur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit