Rezeki di Bumi Kimchi

Salam. Semoga memberi manfaat pada semua . Maaf bahasa sedikit tunggang langgang .

1. Bahasa – kenapa cakap bahasa ? Sebab sini totally bahasa baku , english mmg payah nak jumpa melainkan dekat bandar . Melainkan kau peminat kpop tegar yang tahu cakap korea walaupon basic .
OTHER google translate.

2. Makanan – sapa jenis spesis aku , mmg tak mampu nak telan nasi korea ( beras pulut) . Jawab nya get ready to buy beras siam 20kg = rm 80 ( lebih kurang ) . Siapa suka kimchii or vege sila lah datang . Mana nak datang berjalan bag tu sila penuh dengan makanan .

3. Toilet – no water ! Hahahah ni part paling paling nyampah . Ade hamba allah sanggup beli botol mineral dekat kedai yang harga sebotol rm3.80 untuk guna botol air dia . Murah lagi masuk tandas KLCC .

4. Masa bekerja – kalau dapat kilang masa bekerja antara 10-13 jam (termasuk rehat) . Bediri dan rehat cuma waktu rehat diberi . Hampe nak pgi toilet pon kekadang kene maki ! ( tapi tak semua kilang)

5. Rumah – semestinya kongsi , ikut pada rezeki dan paling penting jangan terlalu cerewet sebab kalau cerewet jawapan nya “byebye” .

6 . Arahan – siapa kurang penyabar sila jangan datang sebab dalam kilang yang korang keje nanti selalunya akan ada lebih dari 4 orang yang bgi arahan dan bila salah walaupon sebenarnya bukan salah kau , salah arahan orang lain tapi tetap kau di persalahkan . Sebab ape ? Sebab kau tak reti cakap korea nak menjawab balik silap silap “get out” je yg dia bgi .

7. Cuaca – winter (dec – march) , spring (march-june) , summer (june-sept) , autumn (sept-dec) .
Kalau datang melancong mungkin bahagia sebab tak ada kat malaysia melainkan summer tetapi kalau kerja , memang kene kuat semangat . Lagi lagi dapat bos kedekut ! Kikikih 

8. Cara bekerja – no slow slow , no gossip , no coffee, no smoking . Kene tabah untuk hadap benda ni .

9. Kesihatan – pada sesiapa yang sakit atau ade sakit yang kritikal kene perlu hati hati , bawak bekalan ubat seckup nya sebab kos rawatan terlalu mahal melainkan boleh kawtim dengan bos untuk bawa ke klinik . Antara baru berlaku ade keluar paper bile sakit yang melibatkan kos yang tinggi dan perlu pulang ke malaysia .

10. Currency – Kebanyakan yang datang sebab mata wang tinggi dari malaysia . Tapi kena ingat berjimat tu penting sebab sini banyak hasutan ( mall , makan , tempat berjalan)

11. Tempoh menetap – 3 bulan ( 90 hari ) . Sini part paling sedih sebab ramai yang datang kerja dan overstay . Bukan nak sibuk atau menghalang tapi cuba korang fikirkan andai kata satu hri masa korang dekat sini dan dapat berita kematian atau sebagainya , korang kene balik lepastu kene BLACKLIST 5 TAHUN . Masa akan datang kita tak tahu apa yang terjadi dan mungkin kita kene datang balik sebab rezeki masih disini .

12. Agent – kebanyakan suka ambil kesempatan atas orang orang yang perlu kerja di luar . Letak harga kemahin ! Sekali mai xdak kerja . Sila hati hati dik non semua .

*rezeki kita luas , jangan pertikaikan ape yang orang buat . Kadang-kadang kita tak nampak seseorang tu punya kesusahan . Tapi percaya lah rezeki masing masing . Kalau semua kerja di luar negara dape nak keje dlm malaysia kan . Apa sekali pun restu keluarga tu penting . Orang pertama dalam family selalu tentang keputusan aku dulu adalah kakak kandung . Tapi lepas dia faham kenape aku perlu pergi mencari rezeki dekat luar negara dia lah orang pertama yang “HALAU” untuk ke korea . Sampai bila bila akan ingat dia cakap ” duduk malaysia kau akan bertambah hutang dik . Merantau lah selagi belum ada apa apa ikatan , bukan untuk kesenangan orang lain tapi untuk diri sendiri .

-anakperantaukorea

– AnakPerantauKorea

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit