Rezeki Yang Tak Disangka

Rezeki Yang Tak Disangka

Assalamualaikum admin dan para pembaca (kalau disiarkan la).

Aku nak kongsi cerita dari satu amalan. Mungkin ramai yang boleh teka apa amalan tu. Yup, solat Dhuha.

Aku seorang pelajar kolej luar negara. Balik Malaysia sempena cuti sem sekarang. Kebiasaannya kalau waktu kelas2 biasa aku liat nak solat Dhuha sebab waktu Subuh awal dan akan tidur balik selepas solat Subuh. Bangun2 terkejar nak bersiap ke kelas. Memang tak tersempat nak solat Dhuha (padahal boleh je bangun awal sebenarnya). So bila dah mula cuti ni banyak masa di rumah. Bangun subuh, lepas tu guling2, golek2 scroll segala macam socmed, baru mandi dan solat Dhuha. Okay panjang pulak.

Back to the story. Ada satu pagi tu, aku nak travel ke negeri seberang. Flight pagi. Tapi sempat tunaikan Dhuha sebelum keluar rumah. Dalam dompet ada la duit mungkin cukup2 je untuk travel kali ni. Sebab fikir taknak minta kt parents. Tiba2 dalam kereta mak tanya,
“Ada duit tak?” Aku jawab “ada la dalam RM300” (RM300 kau nak travel amenda haha). Lepas tu mak cakap, “ha amik dompet mak, amik sorang RMxxx, mana tau ada apa-apa jadi ke”. Masa tu aku terdiam. Sebab memang tak berniat nak minta duit pun dari mak. Alih2 mak yang hulur. Alhamdulillah. Berkat Dhuha.

Cerita kedua. Alhamdulillah masih istiqamah tunaikan Dhuha walaupun kadang2 ada je hasutan kata “malas la” tapi aku solat juga. Masa lunch aku dan adik-adik keluar makan. Macam biasalah kalau di kedai-kedai mesti ada yang datang minta derma. Mula2 dia jual produk, tapi aku tak berminat. Dia kata boleh bagi sumbangan kalau taknak beli. Aku buka dompet, not yang sesuai aku bagi untuk dia is either RM 1 or RM 20. Aku fikir hinanya aku kalau bagi RM1 je. So aku sedekahkan la RM20. Adik aku cakap “RM20 tu lagi mahal dari produk dia jual kot.” Aku cakap, “takpe lah, kalau beli pun tak guna juga”. Keesokan harinya pergi makan kedai juga waktu lunch. Ada lagi orang datang minta sedekah. Aku bagi juga walaupun guna duit adik. Then malam tu aku keluar dengan kawan. Jalan2 di shopping mall saja nak cari kasut. Ada jumpa satu kasut yang aku berkenan. Tanya stok rupanya aku punya yang last stock. Kawan aku cakap “Rezeki ni sebab aku ada sekali.” Haha dia melawak je tapi benda sekecil ni walaupun nampak remeh aku anggap ini pun satu bentuk rezeki. Alhamdulillah. Berkat Dhuha dan sedekah mungkin?

Cerita ketiga. Pagi tu aku rasa malas sangat nak solat Dhuha. Sebab kepala berdenyut, macam kurang sihat. Tapi lepas mandi, aku terus je solat Dhuha macam biasa. Petang tu aku jalan2 dengan adik aku. Saja nak mengeteh di satu kedai ni, dah lama tak makan. Lepas seronok makan2, borak2, adik aku pergi la kaunter nak bayar. Cashier tu cakap bill meja kitorang takde. Then dia tanya kawan dia, kawan dia kata “oh, dah ada orang perempuan meja No. 8 dah bayarkan”. Adik aku datang kat aku, aku ingat okay dah bayar jom balik, tapi muka dia macam terpinga2. Lepas tu dia cerita apa yang terjadi. Akupun blur dengar cerita. Aku tanya banyak kali kt adik aku. Yela kang kalau keluar takut kena tahan sebab tak bayar. Haha. Lepas beberapa ketika aku blur, aku terfikir mungkin sebab aku solat Dhuha pagi tadi. Alhamdulillah. Terima kasih kepada insan tersebut kalau awak baca confession ni :) Semoga rezeki awak bertambah2. Aamiin.

Aku harap aku akan istiqamah buat solat Dhuha. Tapi bukan sebab nak minta rezeki semata je. Tapi kerana Allah. Rasa segar pagi tu bila dapat solat Dhuha. Korang cubalah :)

Thank you for reading !

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments