Roomate Aku Ummi Hurairah

Salam. Aku coret cerita ni sebab nak bagi korang kenal Ummi Hurairah . Ni gelaran aku dekat dia sebab dia ni terlalu sayangkan kucing.

Entah kenapa malam ni aku teringat dekat dia mungkin sebab tengah syok melantak dengan family dekat rumah terdengar kucing meowing.

Berbalik cerita roommate. Aku actually baru menyewa dua bulan lebih dekat situ sebab dapat kerja baru so kira kenal dia pun dalam dua bulan lebih jugak la kan.

Dia ni memang suka sangat dengan kucing sebab apa aku cakap dia suka kucing.

1. Kalau jumpa kucing mau dekat sejam dia gomol, belai, bercakap dengan kucing tu.
2. Dalam handbag dia wajib ada 5 paket wetfood.
3. Malam2 dia suka tengok video kucing.
4. Dia ada tabung semata untuk kucing.
5. Kalau kucing area rumah melabur depan rumah sewa kiteorang relek je dia cuci. Takde geli2.
6. Dia ni kalau kucing tiba-tiba datang makan dekat pinggan dia. Dia biarkan je takdenya dia nak halau.

Ada banyak lagi la.

Kami menyewa 6 orang satu rumah. Kira berbilang perangai dan cara pemakaian la, bangsa cuma satu je.

Aku dengan roommate aku ni free hair tapi pakaian aku ni still okay la berbanding roommate aku.

Nak dijadikan cerita beberapa minggu yang lalu. Roommate aku pergi adopt sekor kucing sebab kucing tu nampak tak sihat. Dia dah bawak pegi vet dan siap beli barang apa yang patut untuk si bulus tu.

Before that dia ada tanya aku kalau aku okay kucing duduk dalam bilik kiteorang. Aku ni jenis orang tak kesah, janji pandai jaga la kan dan disebabkan aku yakin yang dia ni akan jaga sebaiknya maka aku pun cakap okay.

Malangnya housemate yang lain tak beberapa nak suka tapi dorang ni jenis cakap belakang, depan-depan tak berani.

Ada satu kes sampai sekarang terkesan dalam hati aku.

Muezza (nama kucing tu) terlepas dari bilik dan melabur di bilik housemate kiteorg yang bertudung labuh. Aku ingat dorang ni berbudi bahasa la bila nak berbicara, sangkaan ku meleset habis apabila.

Dorang start maki hamun roommate aku. Cakap yang roommate aku tak jaga kucing elok2 la. Dorang jijik dengan taik kucing tu dan yang paling menyedihkan bila dorang cakap.

“Kau ingat bila kau jaga kucing ni, kau boleh masuk syurga ke? Pakai tudung pun tak, solat pun ke laut. Kau ni cium bau syurga pun belum tentu lagi”.

Roommate aku still buat muka chill. Dia cuma cakap minta maaf dan dia akan hantar baju yang kena pelaburan tadi ke dobi.

Dia pun keluar mendobi pakaian dorang dan settle semua dia masuk balik bilik sambil belai muezza, dia cakap

“Kenapa Muezza buat macam tu? Tak baik tau lepas ni kalau nak berak ke apa dalam bekas tu tau. Kesian la dekat ummi. Ummi tak kesah kena maki ke apa cuma ummi takut bila ummi pegi keja nanti balik2 Muezza takde sebab kena buang. Janji dengan ummi jadi anak yang baik ya”.

Lebih kurang begitu la ayat dia. Sebak jugak aku ni dengar masa tu. Diam2 aku kesat air mata.

Entah kenapa lepas tu aku tertanya dia satu soalan ni.

“Kau tak sakit hati ke dengar dorang cakap macam tu?”

Dia jawab simple je.

“Tipulah tak kecik hati tapi dah dorang buat pilihan nak cakap macam tu. Biarkan je lah. Aku memang bukan manusia yang baik apatah lagi hamba yang baik. Moto hidup aku simple je. Jadi diri kau, jangan judge orang dan apa pilihan yang kau buat, kau kena berani tanggung akibat dan kesan dia”.

Sejak hari tu, aku belajar untuk tak judge orang dan dengan aku sekali jadi gila kucing.

Dia banyak kekurangan tapi dia ada sifat penyayang yang tak ramai orang ada. Tu belum masuk cerita macam mana dia tolong tunang dia.

Apa pun banyak yang aku belajar dari dia dalam masa dua bulan. Harap2 dialah roommate aku untuk setahun ni. Better dia dari minah2 kuat maki hamun, cakap belakang ni.

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit