Roommate Boom Boom

Roommate Boom Boom

Assalamualaikum,terima kasih pada yg sudi baca dan admin siarkan confession aku ni. hai nama aku amoi. Bukan nama sebenar. Aku dekat sini nak cerita pengalaman ada seorang roomate yang paling pelik aku pernah jumpa. Bukan pelik sangat sebab dia kelainan upaya cuma perangai dia.

Aku gelar dia Minah, kenapa aku bagi tajuk confession aku tu Roommate Boom Boom. Sebab perangai dia macam diva nak letup2 sahaja. Aku kenal Minah dari minggu orientasi. Kenal2 macamtu. Xsebilik tapi sangat suka berkawan dgn dia. Selalu terfikir dia ni cantik,pandai bercakap, lepastu peramah dan suka tolong orang. Semua sangkaan aku meleset bila aku berada di semester ke 2. Masa tu kita org dah tak dpt dduk kolej lagi.Tinggal rumah sewa. Seingat aku 2 hari sebelum masuk rumah sewa Minah ws nak duduk dgn aku dan kawan2 rumah sewa lg 4 org tuh. Pernah ajak dia tinggal sebelum ni tapi dia asyik mengelat. Dari situ macam k xpelah nak cari aku last minit sbb xde tmpt tggl. So aku bg la dia join kita org.

Minah pernah mengadu kat aku yg dia takde kawan dan aku pada masa yg sama pun tercari2 lagi org nk jdkan kawan disebabkan masa sem1 aku dduk kolej aku tak ramai kawan dan aku agal susah nak bergaul. Jadi aku fikir bolehlah nak jadikan dia bestfriend aku tapi sebenarnya aku je cuba nak anggap dia kawan tapi dia xpernah. Aku ad bawa motor dia ad bawa kereta, kalau ada kelas yang sama aku tumpang kereta dia sebab dia yg ckp awal2 utk tumpang kereta dia. So aku on je. Yang pelik kalau setiap kali naik kete dia. Kete dia xde aircond so ktorg buka tingkap. Bila aku turunkan dia akan naikkan balik tingkap tu sbb tingkap auto. Aku rasa xselsa bila dia buag macamtu. Lepastu dia bawa punyalah laju. Ktorg selalu la juga pergi awal ke kelas,tapi aku pelik dia ni bawa kereta laju2 macam nak pergi racing.

Minah ni kalau dgn kawan2 lain mmg nampak sgt positif dan baik. Peramah kalau aku ckp perangai dia kat org mesti org tak akan percaya.

Kalau dekat rumah, Minah ni sangat cerewet dan ad masalah kulit sensitif. Setiap minggu mesti akan bersihkan bilik kitaorg. Barang2 dia akan dia kemas sekemas2nya. Tapi yg menjadi masalah bila dia menyapu dia akan angkat brg2 aku dan tak tahu letak balik tempatnya dan dibiarnya disitu. Perangai Minah ni lagi, dia kadang2 aku kategori takde perasaan. Pernah aku charge powerbank aku, belom sampau seratus lagi dia cabut aku punya plug charger dan pasang dia punya plug charger ,sedangkan banyak lagi suis boleh guna. Sebab Minah ni dia mmg buat benda ikut utk kesenangan dia je, tak pernah nak pikir senang org lain.

Minah ni nampak mcm berada kalau xde org yg betul2 kenal dia tp sebenarnya dia anak org biasa. Aku pelik kenapa dia nak menjuk2 sdgkn ank org biasa2. Pernah sekali aku dpt tahu dia tipu aku bgtahu yg bapa dia pakai kereta honda dan bila aku dpt tahu dr org lain bapa dia hanya pakai kereta biasa2 sahaja.

Minah ni kedekut bab barang yg remeh,mcm bila beli brg. Dia xde brg tu dia akan pinjam je brg aku tnpa minta izin. Kadang brg masak.Pernah aku sorokkan bakul aku sebab dia kalau membuang sampah dia akan buang dlm bakul aku sdgkan dia ada bakul sendiri. Mula2 aku biarkan tapi bila lama kelamaan sampah bertimbun dan melambak dia xreti nak buang aku ambil dan simpan dalam bilik.Nampak kedekutkan tapi sebenarnya geram.

Dia ni mmg kerap basuh baju even sikit, pernah dia angkat semua baju kawan2 yg lain lembab2 macamtu dan alasan yg dia bagi katanya masa angkat dah rasa kering. Agak2 masuk akal ke?. Tak tahulah minah ni punya perangai. Aku dah tak boleh hadap perangai dia . So aku dalam percubaan nak jauhkan diri dari dia. Goodluck sape2 yg menjadi roomate dia selepas ni. Banyak lagi nak cerita takut terpanjang pulak. Sampai sini sajelah cerita aku. K bye

– Amoi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments