Assalamualaikum. Ni aku nak confess pasal kawan aku. Maaf kalau cerita ni tidak teratur sebab aku cuba ringkaskan.
Sedikit pengenalan, aku merupakan pelajar di satu institusi pengajian yang terletak di kuantan, pahang dan menetap di asrama yang disediakan. Aku mempunyai kawan2 rapat satu group yang selalu lepak sama dan aku namakan lily, aish, fana dan mimi (bukan nama sebenar).
Point utama aku confess kat sini nak cerita pasal kawan aku iaitu lily dan aish yang mengganggu fikiran aku sejak kebelakangan ni. Okay sebelum tu izinkan aku perkenalkan kawan aku, lily merupakan seorang yg paling islamik antara kita orang dan bertudung labuh manakala si aish pulak biasa2 je tapi masih sopan dan menutup aurat.
Cerita ni bermula pada cuti semester lepas. Disebabkan cuti sem, maka tak ramailah student kat hostel. Si fana dan mimi awal awal lagi dah balik kampung. Tinggallah aku, lily dan aish kat hostel. Aku pada mulanya berniat nak balik kampung tapi membatalkan hasrat aku tu atas sebab sebab tertentu dan membuat keputusan untuk hanya pulang sekejap di rumah saudara yang berdekatan. Pagi2 lagi aku keluar menuju ke rumah saudara sb aku plan malam nanti nak balik hostel. Jadi malam tu aku balik dan tengok lily dan aish tak ada kat bilik. Jadi aku tutup lampu dan terus tidur. Keesokan harinya lepas subuh aku tak dapat sambung tidur jadi aku hanya baring baring sambil tengok instagram. Kemudian tengah kusyuk layan insta tiba tiba aku dengar si lily macam tengah gelak gelak. Aku terus intai kat tempat lily. Astagfirullah mengucap panjang aku tengok si lily dan aish tengah buat perkara tak senonoh. Mungkin diorang ingatkan aku tak balik hostel dan tak perasan aku ada disebabkan katil aku di tingkat atas. Aku pun terkedu tengok peristiwa tu dan buat2 tidur.
Lepas kejadian tu aku terus berubah pandangan aku terutama terhadap lily sebab lily sebelum ni banyak menegur kitorang tentang ikhtilat dengan lelaki dan sebagainya. Dan ironinya dia sendiri tidak menjaga ikhtilat sesama jantina (ada ke ikhtilat sesama jantina? huhu) Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak buak, banyak la benda yang aku siasat dan terbukti mereka adalah pasangan lesbian. Sebelum ni diorang memang selalu sweet macam orang bercinta, tp aku tak ada pulak fikir bukan bukan, well perempuan kadang-kadang mmg sweet kalau dengan bff. Benda ni hanya aku yang tahu dan tak tahu nak menegur macam mana.
Jadi harap harap reader boleh bagi nasihat macam mana aku nak berdepan dengan diorang. Dan cerita ni aku ubah sikit sebab nak melindungi identiti aku sebab aku harap sangat kawan aku tu baca confession ni. Jadi mana student yang kemungkinan sama institusi dengan aku dekat kuantan tu boleh la share cerita dengan harapan kawan aku tu sedar.
– I
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit