Rumah Kampung Kotor II

Assalamualaikum, jumpa lagi kali ni. Thanks laa admin sebab approve confession pertama aku. Aku Raff, muncul kali ni untuk tambahan apa yang berlaku semasa kat kampung tu.

Sebelum aku sambung, aku nak terangkan beberapa perkara ya. Haritu aku tulis dalam keadaan marah, tu yang bercelaru. Hahaha, maaf maaf.

Btw, bagi yang baca confession tu mesti ada yang perasan. Aku tulis, “atuk aku ada 2 rumah. Rumah pertama dah lama terbiar sejak atuk meninggal”. Tapi bila kat bawah-bawah. Aku tulis, “dulu masa ada tokbah aku, elok je rumah tu sebab tokbah selalu kemaskan”

Atuk = ayah kepada tokbah

Tokbah = bapa kepada ayah aku (atuk aku)

So, rumah pertama tu, atuk letak atas nama tokbah. Memang tokbah dah tak duduk situ sejak atuk meninggal. Dan duduk rumah kedua (sekarang), tapi tokbah aku meninggal sebelum ayah aku renovate rumah tu. Dulu, tokbah rajin kemas rumah. Even rumah tu kayu, tapi bersih dan selesa.

Dan 1 lagi, dalam confession sebelum ni aku ada cakap makcik tiri aku. Okey, diorang kira 1 bapa tapi lain mak, aku pun tak tau nape aku tulis makcik tiri haritu. Maaf maaf..

Sebab tu tiap bulan ayah hulur RM150 kadang ayah bagi lebih. Raya memang ayah bagi RM300. Benda ni bukan ibu aku tak pernah tegur, tapi ayah aku cakap. Ibu kedekut sampai ayah aku nak bagi adik dia sendiri pun tak boleh.

Ini bukan soal kedekut, tapi sebab tak patut. Kalau diorang jenis okey, kemas rumah tu. Aku tak kisah, bagi laa RM300 pun. Duduk rumah tu bukan kena bayar bil air api pun. Tiap-tiap bulan pakcik makcik aku yang lain pun ada hulur untuk keperluan rumah jugak. Semua dah terang kan ?

Lepas tengok keadaan rumah tu macam tu, ayah aku yang kemas dengan pakcik aku. Baru laa nampak licin sikit dapur tu, bilik pulak aku dengan adik yang kemas. Itupun sebab ayah aku.

Bukan menantu perempuan, taknak tolong. Tapi sebab diorang pun tak sanggup. Tahun-tahun sebelumnya diorang yang kemas rumah ni. Tapi kali ni, dah tak sanggup nak jejak (termasuk ibu aku).

Ada yang suggestkan ambik maid, bukan tak pernah ambik. Tapi maid lari, ambik lagi. Pun lari jugak, alasan dia. Dia nak balik indon, tapi tak pasti laa kan. Aku tak cerita part ni sebab haritu note dah max words. Lepas dari maid lari tu, ada laa sepupu angkat aku kemaskan rumah tu secara rela hati, tapi ayah upah juga laa dia sebab dia kemas bersih. Tapi tahun ni dia tak kemas, sebab dia terasa hati dengan makcik aku yang duduk situ tu.

Aku tak pasti samaada diorang ada Hoarding Disorder ke apa, tapi takkan laa empat2 beradik jadi macam tu ? Memang, kalau kat bilik air banyak botol-botol pencuci miss v yang dah kosong masih disimpan. Tak tau apa motif.

Kalau bilik dah kotor, pasal solat dia tu wallahua’lam. Tapi kalau balik sana, memang family aku tak pakai telekung or sejadah dari diorang. Sebab rasa was-was. Aku duduk sana takde laa bising-bising rumah kotor, just akan diam and buat muka tak happy. Kalau nak ikut mulut makcik aku lagi laa, dia cakap “rumah ni kalau bagi kat gelandangan pun dia taknak”

Jujur aku cakap, bukan setakat rumah je kotor. Kereta diorang tu pun kotor sangat. Pernah laa sekali aku tumpang kereta dia, and then makcik ‘tiri’ aku ni minta roti yang ada kat seat belakang. So aku pun bagi laa, aku tanya roti bila tu ? Dia cakap roti semalam.

Guys, roti tu dah terdedah. Tapi dia boleh makan, aku cakap ni dah terdedah. Tak boleh makan, tapi dia cakap boleh. Dalam kereta selamat, mana ada kucing. Setakat habuk sikit-sikit je. Okey, aku diam.

Bagi aku tak kisah pun nak bela kucing, sebab aku pun ada bela kucing. Lagi banyak dari diorang, lebih kurang ada 26 ekor. Tapi aku and adik-adik betul-bwtul jaga. Litterbox, sangkar, tempat air, tempat makanan semua kitorang jaga.

Benda ni semua rajin dengan malas je, kalau rajin, suruh buat benda susah pun boleh. Tapi kalau dah malas, suruh ambik tisu depan mata pun tak boleh buat.

Aku harap sangat, makcik ‘tiri’ aku tu kahwin dengan orang rajin. Kalau dapat yang sama-sama pemalas, fuhh. Mau jadi macam pusat pelupusan sampah.

Idea korang yang suruh mangga pintu bilik tu, boleh tahan bernas. InsyaAllah aku bagitahu ayah, memandangkan hujung bulan ni ayah aku nak balik kampung lagi, sebab nak beraya rumah sedara yang lain. So, dah alang-alang tu lebih baik aku usulkan sekali idea bernas korang tu.

Terima Kasih Admin, Assalamualaikum.

– Raff

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *