Salah Aku Ke

Salah Aku Ke

Major Depressive Disorder, Anxiety Disorder, Sleep Disorder, Bipolar Disorder. Namakan lagi kecelaruan mental yang lain. Itu yang aku lalui bertahun-tahun dan aku baru sedar aku hidup dengan illness-illness. Penat! Penat sangat. Malam-malam tak boleh tidur, pagi-pagi bangun penat sangat-sangat. Kadang-kadang bermalam-malam aku tak boleh tidur. Aku bergantung pada Lopazepam. Itu nyawa aku. Kadang-kadang aku terlebih tidur lebih dari biasa. Dan cycle tu berpusing lagi. Bipolar pula macam mana rasa dia? Macam nightmare, macam neraka! Cuma orang yang cukup kental boleh melalui benda bodoh ni hari-hari. Sebab aku Type 2, kebanyakan masa aku depress.

Depression rasa dia sakit sangat-sangat. Macam nak mati. Orang normal rasa touching sikit pun dah menangis. Ini bukan sedih macam tu. Sedih yang teramat dan susah nak berhenti. Sedih yang luar biasa sedih. Sedih yang kau rasa mati lagi better dari hidup macam ni. Kadang-kadang sampai hentak kepala dekat dinding. Itu depression. Kalau manic? Ya Allah, itu lah syurga, itu juga neraka. Sebab aku asyik depress je, aku suka sangat-sangat manic ni. Even benda ni boleh buat aku pokai. Segala anxiety aku hilang. Tapi penat wei manic ni.

Boleh imagine tak kau tak boleh tidur malam, tapi esok kau bangun kau tak boleh stop buat kerja. Aku pernah satu malam tak tidur, tapi esoknya aku boleh mop lantai, basuh kain guna tangan (kena mention), basuh kasut, macam-macam lagi lah. Selagi tak habis list dalam kepala otak aku ni. Selagi aku tak buat, selagi tu lah otak ni rasa nak pecah fikir. Lepas tu kalau ada benda aku nak beli, aku tak boleh stop. Otak aku cakap nak aku akan buat lah macam mana pun nak juga benda tu. Sebab tu orang marah cakap aku membazir, banyak duit, perli-perli cakap aku macam-macam. Aku nak buat macam mana dah otak aku cakap benda tu, aku tak boleh stop.

Anxiety jangan cakap lah. Paling aku benci. Sebab anxiety aku tak pergi kelas, tak buat test, tak buat presentation even aku prepare macam nak mati. Ada sekali tu aku dah prepare gila-gila sampai tak tidur lah nak buat presentation,last2 aku tak pergi pun sebab kedai printer tutup. Aku tak boleh nak print slide presentation. Bodoh kan. Kelas English aku pernah sekali je masuk. Sebabnya aku tak beli buku. Even aku dah beli buku pun aku tak masuk juga kelas tu. Sebab takut dah lama tak masuk. Scary bak hang. Itu Anxiety.

Anxiety ni kalau tak terkawal boleh lead pada Panic Attact. Aku selalu kena Panic Attact time hujan guruh kilat. Sesak nafas dan rasa macam nak mati. Itu namanya Astraphobia. Kalau dengar guruh gedung-gedung tu jangan harap lah aku nak keluar bilik. Pasang earphone kuat-kuat layan kpop. (salah satu sebab aku ponteng kelas). Kalau aku kena Panic Attact time dekat crowd, itu baru Agoraphobia. Tapi Agoraphobia aku tak kuat. Sebab aku berjiwa traveler. Nak taknak aku kena keluar gak tengok dunia.

September 2017, aku sambung degree, masa tu lah segalanya bermula. Budak lain semua dah ada kawan . Aku? Terkena kejutan budaya. Sebab budak2 kelas aku yang lain semua duduk kolej kediaman lain. Lepas tu, roommate aku dua-dua Cina. Tapi sorang tak muncul, duduk rumah sendiri. Yang duduk dengan aku tu senior tahun last pula tu. Buat hal sendiri la kisahnya. Aku tak dapat sambar sorang pun untuk jadi kawan aku. Last2 aku redha. Rezeki aku dalam berkawan takdak. Nak taknak, aku kena survive sendiri.

Kejutan budaya aku tak berakhir kat situ je. Dekat sini dari A to Z kau kena handle sendiri. Pendaftaran subjek, cari kelas dan ada subjek universiti yang kena bercampur dengan totally stranger! Tambahan aku sorang2. Dah lah masa mula-mula aku tak boleh daftar subjek. Nombor kad matrik tak berdaftar. Kenapalah dalam banyak2 budak kat sini masalah tu jatuh dekat aku? Last kejutan budaya aku, PTPTN! Dengan Yuran yang nak dekat RM2K (ini yang aku kena bayar setiap sem) PTPTN cuma support aku RM2300 satu sem. Lepas bayar yuran agak-agak tinggal kat aku berapa? Right, RM400. Agak-agak cukup tak nak bertahan RM400 dekat ibu kota Kuala Lumpur ni untuk enam bulan?

Aku tak datang dari keluarga senang. Nak minta duit pun tak berani. Rasa bersalah teramat. Seterusnya aku pun jatuhlah dalam lembah kegelapan yang namanya kemurungan. Ya aku mengaku aku tak kuat. Aku fragile. Cakap lah aku apa pun, lemah iman, tak jaga solat, kurang zikir, tak berusaha nak sembuh, orang lain dugaan lagi teruk ke. Sekati korang lah nak membawang aku apa. Tapi satu je aku nak cakap, korang rasa lah kalau Allah letak korang dekat tempat aku, korang rasa korang komfem tak depress? Korang konfem jiwa sado? Boleh handle? Allah anugerahkan setiap manusia ketahanan diri, ketahanan stress lain2. Sebab tu penyakit mental ni wujud. Sama macam cancer atau penyakit fizikal lain, antibodi setiap manusia lain2. Autisme pun penyakit mental juga tau. ADHD tau tak apa?

Kan aku cakap aku develop mental illness ni dari kecil tapi aku tak tahu. Takde kesedaran, tak cukup ilmu. Dah teruk baru aku start wonder pasal apa? Aku tarik semua kekuatan yang masih tersisa tu untuk pergi ke klinik dan ceritakan problem aku. Dan aku dapat surat rujukan ke klinik psikiatrist. Sumpah aku cakap itu kali pertama aku dapatkan rawatan rasmi dekat hospital besar. Sebelum2 ni kalau sakit pandai2 handle sendiri.

Mula-mula doktor diagnose aku MDD then tukar jadi Bipolar. Mula-mula kan aku rajin lah makan ubat. Aku inform orang. Kakak-kakak aku, kawan sekelas, parent, semua tahu. Sebab aku harapkan orang akan faham. Tapi sangkaan aku meleset. Diorang tak faham. Ilmu manusia kerdil (termasuk aku). Masalah aku totally diabaikan. Then aku pun malas nak makan ubat sebab takde sape care pun either aku makan ke tak. (aku ada 140 tablet ephilim tak bermakan lagi)

Yang paling kelakar, setiap kali jumpa je mesti doktor tu nak jumpa parent aku. Nak explain kat diorang. Dan setiap kali tu lah aku buat muka blur, senyum dan cakap ‘tak payah lah doktor, saya tanggung sendiri’. Sampai bila-bila aku takkan lupa ayat doktor tu masa aku bagitahu aku telan ubat 50 biji campur-campur, dia cakap ‘mana lagi okey, bunuh diri ke warded’ aku balas dengan muka blur dan muka ada senyum ‘dua2 tak okey’. Dalam hati berdoa semoga dia give up nak jumpa parent aku.

Boleh agak tak apa jadi kat aku masa sem 1? Aku fail. Status berubah jadi repeater. Dan makin rengganglah hubungan aku dengan classmate senasib dengan repeater lain. Sadis gila nasib. Sem 2 juga status berubah jadi bipolar survivor. (Orang lain berubah dari status single ke married, dari bini orang ke mak orang) Aku decided untuk turn off notification dengan dunia luar termasuk family. Tanggung semua sendiri, survive sendiri (acah2 iron lady).

Aku fake muka tak cantik aku dengan senyuman paling menawan. Aku stop makan ubat sebab ubat tu buat aku gemuk, rambut banyak gugur so aku stress. (Kan aku cakap takde sape peduli) Aku lupa rasa bahagia tu macam mana. Pagi-pagi aku bangun macam zombie aka mayat hidup. Hidup hilang makna. Dah takde keseronokan. Dah lah sem depan aku tak dapat PTPTN dan bakal ditendang dari hostel. (Sem ni pun survive makan telur je).

Sebab aku confess? Anggaplah ni wasiat aku. Kalau-kalau something jadi di masa hadapan. Ada juga tinggal jejak. Nak cuba ubah mentaliti orang pasal mental illness ni mission impossible. Aku tak salahkan family aku dan masyarakat sekeliling aku sebab tak faham. Aku yakin diorang cuba. Cuma aku yang menjarakkan diri sebab taknak jadi beban. Aku redha dengan Qada Qadar aku. Aku ikhlas. Aku cuma anggap sakit ni dari Allah, dan dia je yang boleh judge aku. Bipolar Disorder takde penawar, ada ubat je untuk kawal.

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit